…PART 2:: MELAKA HUNTER PLAK…

thehehehehe (gelak malu2 kucing… sbb berzaman baru nak update)

after majlis kahwin tu aku dan inche hasben berangkat ke hotel…
apa ek nama hotel tu, gua dah lupa…. japppp searchingg~~~

haaaa…. dah jumpa! nama dia PLACE2STAY…
tk pernah dgr right? sebab hotel ni baru lagi… and hotel bujet. so takdela terkenal
masa aku pergi tu penempatan kat situ kosong lagi, takde orang duduk.
kedai pon tak banyak buka… parking lot pon kosong berlambak lambak
so aku fikir, tempat tu mesti baru buka kan…

hotel dia nice… cuma bilik sempit la…
kitaorang cari bilik murah je, sebab nak tido semalam je kan.
tak salah aku harganya rm60-80 semalam. seriyes lupa. sebab dah berbulan. thehehehehe

make it short la ek. malas nak update pepanjang.
after isya’ aku dan inche hasben terus bersiap2 nak berjalan ke jonker walk
tempat tujuan sebenar datang ke melaka.

jalan kaki dari hotel ke jonker walk ni jauhla jugak dalam 45min.. lenguh kaki oke. rasa nak patah
sebab masa tu tatau jalan..
so bantai ikut suka je lalu memana. padahal masa balik ikut jalan taman, dalam 30min la…
kurus gini oke (tapi tak jugak kurus2 jugak… iskkkk)

sampai2 terus g amek gambo dulu…tapi tak banyak gambar boleh diamek
sebab aku takde mood nak bergambar dgn muka pucat lesi malas nak makeup ni
pastu badan menggemuk cam badak… cessss
stresss!

Camera 360

Camera 360

kat sini memang la takde pape sangat. kawasan dia tu lebih kepada tempat istirehat…
so lenguh2 kaki tu mehla sini rehat kejap…
so selfie adalah harus walau muka macam ponti anak -_-

Camera 360

then bila rasa penat dah hilang teruskan perjalanan di sekitar jonker walk.
memang la sangat meriah waktu ni,
siap ada bunga api la orang buat konsert la…
aku lak sibuk cari cenderahati untuk kenkawan…
masuk keluar masuk keluar kedai… penat jugak nak cari cenderahati tapi tk dapat dapat
gatalllll je tangan nak membeli belah kat situ, tapi cepat2 putuskan niat memandang bawak duit tak banyak
memang sengaja letak rm50 je dalam beg supaya tak boros melampau macam esok ko akan dapat sejuta -_-”

tapi yang tak beshnya kat jonker walk ni, semua kedai nya adalah cina,
makanan semua cina yang jual…
so rasa was was and tak seronok nak memakan tu memang la tak dapat dielak.
akhirnya telan2 liur jelah sebab dahaga tahap melampau….
cari air dalam tin pon tak jumpa2…
rasa nak nanges oke… satu jonker walk ko tawaf dengan tekak yang kering and perit
so padan muka sendiri sape suruh tak bekal air mineral siap2
well…. tak menjangkakan yang pemandangan dan persekitaran macam ni.
ingatkan adalah kedai melayu seketul dua…. MIMPIIII laaaa!!

Camera 360

akhirnya beli keychain untuk diri sendiri… hahaha takde keje sangat dah
cenderahati tak jumpa jumpa
tapi nasibla at the end jumpa jugak….
meroyan makkkk tau kalau tak…
Camera 360

memilih, terpilih, dipilih, pilihan………… susah jugak nak pilih bila dah jumpa… rasa cam nak amek semua..

Camera 360nak beli!! nak beli!!!! — grrrr…. cepat2 istighfar supaya tak tergoda T.T

Camera 360cari pengganti gelang yang lama dulu, tapi takde yang berkenan, bila jumpa and cuba… rasa cam….
entah malas nak membeli…. *purffff kedekut sangat mak jemah ni*

akhirnya dah jumpa semua, balik makan and terus masuk hotel.
gua dah tak larat, rasa nak patah kaki hoihhhh
dahla seme kedai cina kat sana. menapak kuar dekat2 area hotel baru jumpa kedai melayu
tu pon tak sedap….
sob sob sob….
redha!

so boleh dikatakan tak besh sangat pon pegi jonker ni
takde pape…. cuma kalau nk  membeli barang perhiasan or barang rumah tu okela…
kalau setakat nak beli tepi2 jalan macam pasar malam, mohon jangan mimpi ye….
and mohon beli mineral sebagai bekal siap2 sebab memang aura tak yakin nak membeli sekitar situ adalah kuat

esoknya pegi jonker street pulak. sebab nak merasa kedai ais kacang durin yang katanya pemes sangat tu
sesampai je. dahla takde tempat duduk, nahhh amekkk ko semua cina. kitaorang masuk pon seme pandanggggg jeeee…
aku dah gelabah, pakkal aku pakai tudung rasa gelabah. kalau aku free hair ni mau seme org pon malas nak pandang.
(ceh ceh perasan cina sangat ko!)

tapi lantakla… janji ada yg kata kedai ni jamin halal… so aku lets go.
lagipun takde rasa was2 memandangkan dia hanya jual ais kacang n asam laksa
nak makan asam laksa tapi perut dah full!! sebab sempat makan pagi kat gerai dalam pasar tu
sini besh tau sebab makcik2 kat sini baikkk sangat…
layan aje karenah aku nak ayam goreng dalam kuali… nak bahagian peha la….
hahahaha

Camera 360
orang kata ais kacang durian dia besh, mahbeleeeess omakau!!
tapi aku takde perasan pon masa makan. sebab tak rasa apa… rasa pelik ada… sebab dia just letak syrup durian
rasa durian dia langsung tk ada lak tu…
ceh! bikin panas jek… so not suggested untuk aku n family!

Camera 360
ok, berbalik kisah ais kacang… tula dia, merujuk gambo
Jonker 88 kalau tk salah aku gerai tu…
tapi memang always penuh.. ko kena tunggu abis orang makan cepat2 chup situ…
berdiri sampai dia annoying rasa nak belah cepat2
gitu……….

then sempatla kami berjalan ke dataran pahlawan, pasar2 untuk beli buah tangan
pergi mall sebab nak amek ekon sebab masa tu cuaca kat melaka panas nak meninggal
memang always panas ek melaka…. cancel duduk melaka macam ni, migrain aku.
sebab setiap kali aku datang memang panas berdenting macam nila…. smpai aku migrain n demam….
puteri lilin banyak cengkadak…. what to do?!

Camera 360

 

baju ni cantik… kain dia oke… tapi mahal nak matik!!
terus tak jadi beli… dasar mak jemah kedekut memang gitu
better aku balik terengganu jelah beli….
murah pon murah, boleh dapat 2 pasang lagi dengan harga ni -_-
Camera 360

Camera 360

Camera 360

Camera 360

Camera 360

Camera 360

kuciwa gelang seme beso2 tapi beli la jugak sebab dah berkenan
memang gila ok pergi pasar. tertewas napsu nak berjimat… seme nak beli bawak balik kat kuarga

then pergi kat kapal beso n kincir….
memang besh pegi sini
pemandangan cantik…. sunyi and tenangggg je rasa… waktu malam ke siang ke besh sangat
rasa cam duduk luar negara lak…
Camera 360

Camera 360

Camera 360

oke… itu je cerita…
tak besh kan? sebab dah lama baru reti nak menulis.
perasan teruja dah hilang. padan muka!

lepas je pegi sini we olls shoot balik KL. esok keje…!!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s