… SYAWAL DAN RAMADHAN AL MUBARAK …

Assalamualaikum…..selamat sejahtera…..

Yeayyyy!! dapat masuk blog…. yeay yeay…..
Berkurun, ada tenet dengan kadar kelajuan yang tak terhingga, baru lah dapat buka wordpress ni kat rumah.
Kalau kat opis jangan mimpi……. tak boleh buka langsung, kena block ke haper ke gua tatau….

So kita rangkum la seme cerita jadi satu… stress sangat mak jijah sebab asyik tak boleh bukak blog sendiri.

Ramadhan…….
Pon dah nak beransur pergi kan? rasa sekejap sangat…. pejam celik pejam celik… ehhhh ramadhan dah nak balik???
rasa macam tak cukup ibadah yang dibuat dalam bulan yang mulia ni… ehhh bukan rasa macam tapi memang langsung tak cukup tau… mulalah rasa nyesal sebab tak beribadah dengan betul. tak grab peluang yang ada ni erat erat
*nanges laju2 duduk ceruk dinding…errrr ke penjuru dinding??*

img_2752

oke yang ni  menakutkan

The_Crying_Corner_by_Lynn_spirit_Rains

menangis di penjuru dinding katanya

 

Besok. In shaa Allah dah masuk datang pulak tetamu kita semua, Syawal…..
Seminggu je duduknya, lepas tu balik….. masa ramadhan tiba duduk sebulan kita dok sibuk pasal tetamu baru kita syawal
padahal syawal duduk seminggu je dah kalut nak balik…. hurmmm aku la yg syawal seminggu tu, korang sebulan pon sanggup lagi bersyawal…. aku dah tua2 ni tak kuasa nak fefeeling raya lelama.

Masa ramadhan ritu, satu apa pon gua tak sempat update… tetengok kenkawan lain update kat blog la kat FB la berbuka apa, kat mana, beli itu ini…
aku takde masa rasanya nak buat semua tu T.T
pagi2 sahur dalam kul 4am dh bangun masak sahur…. masak simple2 je…
kalau yang tak berapa nak simple tu, aku dah masak siap2 malam tu, so pagi esok panaskan pastu tambah sikit sayur ke, telur ke….
kalau simple2 je pagi tu aku bangun masak… gigih oke…
pastu g keje… balik keje walau balik 430pm tp sampai rumah jam 6pm ye… bukan sebab jauh….
tapi jammed nak mampuih… kalau bkn puasa ni, pukul 5.15 dah sampai umah… ni semua pakat2 balik awal…
mulalah sampai tu kalut nak masak untuk berbuka…
tak cukup tangan hoih… rasa nak pergi pinjam tangan robot mana2 ke, sangkut kat belakang, tolong buat kerja.
nasib la ada jugak inche somi sudi membantu… tolong2 masak nasi la… blander la… tumbuk2 la…..
itu pon lagi 5min nak berbuka baru siap sobsobsob…

Syawal tahun ni…
Aku balik beraya di Johor…. kampung inche somi… sepatutnya beraya kampung aku dulu,
sebab mak aku selang setahun beraya kat kampung n KL, jadi tahun ni tahun beraya di kampung kat terengganu sana tuh
adik badik aku semua balik la nampaknya….
tapi kebetulan jugak tahun ni inche somi kata family dia kena berkumpul besar2an… kira seme family belah mak mentua aku balik beraya rumah nyai la…
so sebagai isteri yang berhati mulia, baik, sopan dan santun aku turutkan ajala…..
takpelah nak buat camne kan, kena ikut somi la….
maknanya 2 tahun lagi la baru boleh beraya kat terengganu….
*nanges lagi dok penjuru dinding*

checklist aku untuk raya alhamdulillah hampir kesemua tercapai la
baju raya sedondon dgn inche somi – done
duit raya untuk mak mentua, pak mentua, adik2 ipar, mak ayah, anak2 sedara aku – done
kasut raya inche somi – done
kasut raya aku – not done… tayahla… malas lak aku nak membazir, pakai yang lama je
sampin and butang baju inche somi – done… dah dapat masa beli baju raya aaron ajis ritu 
kuih raya untuk rumah sendiri – done tapi rasa cam nak tambah lagi, kihkihkih
kuih raya untuk bawak balik kampung – done
beg tangan mak jijah – not done… pon rasa tayah sebab dah ada yang lama lom pakai lagi
tudung raya – not done… pakai yang ada je, tak kuasa laaa… tak larat dah nak membeli

kira semua tercapai la tu kan? tinggal nak potong rambut je…
tapi bahagian aku maybe lepas raya…. sebab rebond kan takleh cuci rambut..
nanti pepagi raya sok camne nak mandi sunat hari raya kan…
so ingat nak highlite sekali… pape pon after raya la….

tu jelah kot…. macam takde apa sangat… sebab first time beraya kampung orang…. jadi tatau lagi pe nak buat
baru nak belajar2 masuk idup orang….
kalau kampung aku petik jari je dah tau apa nak buat….
cewahhhhhhhhhhhhh berlagak riak di bulan puasa….

klah tu je kot aku nak cerita… aku ni ada banyak benda nak sembang,
tapi dah panjang bebenor ni, muntah kang……….

so chow……! selamat menyambut syawal semua…..
sedih jugak ramadhan dah nak balik…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s