… KAU SAMPAH SEBAB : KERJA GOMEN + GAJI HUJUNG BULAN …

Ohhhh myyyyyy!!!!

rasa nak muntah dah cek balik entri lama, update balik….
tengok2 baru sampai entri melaka…
dahla.. stop!!! tahun depan la gua sambung.
pedulik la nak cakap apa. pehal aku nak menyenangkan hati semua orang pulak kan?
macam la ko bagi makan aku setiap hari pulekkks

dahla.. next time aku sambung. tak larat dah hadap
mulut tempayan boleh ditutup.. mulut orang yang sama besar dengan tempayan???

nak hapdet cerita baru. muntah tengok cerita lama. kbye.

oh ya!!

ada satu benda nak cerita.
aku ada terbaca status FB yang keluar kat newsfeed sebab friend la kononnya.
pernah beli something dari dia tak salah aku 2 kali jugakla
tapi payment aku cantik je. ratus2 pon aku bayar sekali.

then ingat habis ni nak beli lagi dengan beliau. tapi attitude tu tak berapa nak cantik
memangla mengata orang lain. memangla tak de kena mengena dengan aku
tapi attitude seorang peniaga aku rasa kau kena jaga.
kalau kau ada masalah dengan sorang tu aku rasa kau perlu marah dia je not the whole manusia
yang takde kena mengena dalam cerita tu…

aku dah nampak banyak kali status2 dia yang keje nak marah orang je tu
well aku sekadar perhati je, mind ur own bisnes kata omputih la kan
malas aku nak jaga tepi kain baju kurung ko
kain baju kurung aku pon berlambak-lambak aku nak kena belek
tapi kali ni serious aku tak boleh hadap betul orang macam ni

orang yang baru mula nak berjaya atau dah berjaya sebab riban2 purchase masuk setiap bulan
lepas tu acah2 hebat sangat and berlagak nak mampus…
something like “aku ni tak reti la nak ramah2 manis mulut dengan orang, bagi aku kau nak beli beli, tak nak beli sudah” ewahhhh…. manusia yang aku rasa bila kau mati nanti, kau sendiri golek2 masuk kubur agaknya tak perlu langsung pertolongan dari orang sebab kau awal2 mengaku kau sombong kan

aku orang meniaga..
aku paham pancaroba nyer tapi aku tak pernah bila ada masalah
aku kaitkan semua orang dalam cerita aku
kalau nak maki pon, aku maki sendiri2 je tak pun dengan kawan aku yang paling aku percaya
nak guna FB sebagai medium?
not so good, customer ko ada follow ko, apa dorang kata bila nampak ko setiap hari nak meroyan
kastemer ko bermasalah atau ko sebenarnya yang jenis manoksia yang rasa ko sorang je hebat and bagus

aku tak tahu kenapa bila ada masalah kau kena kaitkan semua benda yang tak de kena mengena
like this

 

Screenshot_2015-09-22-18-34-52

well, perlu ek kau mention “gomen” kat situ.
aku rasa yang bermasalah dia je dengan kau.
kerja dia takde kena mengena dengan kau pon, ke dia bayo ko pakai LO jabatan dia?
ke jabatan dia ada share2 beli dengan kau
ke jabatan dia mintak ko sponsor???
serious aku tak paham…
dah banyak kali isu ni jadi persoalan
tapi kali ni sangat menarik hati aku sebab tahap kau perli gomen servant ni macam satu malaysia yang bagi masalah kat kau, kau perli pekerja gomen ni SAMPAH! kerja gomen hujung bulan baru dapat gaji jadi kerja gomen adalah SAMPAH… dan aku tengah fikir apa persamaan dua ni… serious aku tak boleh nak serap

dan boleh kira yer gomen servant yang ada dalam malaysia ni,
dan berapa kerat yang cari pasal dengan kau
dan kau perlu sedar yang membeli dengan kau pun kebanyakkan gomen servant
duit dorang tu yang kau makan jadi darah daging, yang kau guna untuk beli ini dan itu, yang bagi kau keuntungan, yang bantu kau naikkan perniagaan

jadi? if kau nak memaki pleaseeeeee state orang tu sorang je
jangan kau gunakan sewenang-wenangnya latar belakang orang tu
kau boleh kot kata “kau rasa kau paling cantik/ kau paling hebat/ kau paling kaya”
tak perlu kau rasa kau kerja gomen.. what the hell girl? pe masalah kau???
oh ya maybe kau ada brain damage problem tapi belom tahap kritikal
dan buat pengetahuan kau, gaji kami bukan hujung bulan…
gaji kami ada awal bulan, ada pertengahan bulan
jadi penjual jadi pencacai, minda jangan singkat sangat mengata orang je pandai

aku ada jugak buyer swasta yang selalu buat perangai
aku ada jugak buyer budak U yang selalu buat perangai
dan
aku ada jugak buyer yang bekerja sendiri yang terlalu annoying
tapi aku tak pernah babitkan pekerjaan latar belakang orang…
kau kaum mana, kau kerja apa…. itu takde kena mengena dengan aku
yang buat masalah nya kau.. kenapa aku nak pergi babitkan orang lain yang tak bersalah

ada je yang hutang jenis liat nak mampuih untuk bayar
jenis dua bulan kalau tak tanya memang buat-buat lupa
jenis tanya panjang berjela-jela 4 hari 4 malam
jenis cakap dengang-dengang nak beli 4-5set
jenis janji dan harapan palsu dan macam macam jenis lagi
jenis nak barang segera jadi nak COD nak selfpickup!! tapi last-last kau kena tunggu 2 jam!!!!!
tapi bila second time aku pos laju je sebab malas layan kau macam puteri raja
and barang tu lambat sampai kau punya meroyan kat FB dari pagi sampai petang kata aku menipu
yelah pos laju tu kan bapak aku punya syarikat………….
yang jenis hutang rm50 pun mak aiii aku kena mintak macamkan hutang rm500
tu semua bukan kerja gomen, tapi boleh tanya sesiapa yang purchase dengan aku
boleh tanya kawan-kawan aku
boleh tanya siapa readers aku dan boleh tanya sesiapa
pernah ke aku memaki orang??? pernah ke aku jaja cerita orang???
pernah ke aku mencacai tak tentu hala, let alone nak kata kerja orang
kalau aku kata kat kau apa kau rasa?
kalau aku kata tu la keje sendiri/swasta sebab dari dulu tak nak belajar pandai2
bila dah bodoh terpaksa la keje sendiri/swasta
tu pon berlagak nak mampus
apa yang kau rasa????? dan apa yang orang lain yang takde kena mengena dalam hal ni dan tak ada salah dan silap pon dengan kau, yang kerja swasta atau kerja sendiri akan rasa??????? apa???????

ya! memang akan ada orang backing “alaaa kalau bukan awak yang buat, kenapa nak terasa”
harussssssssss aku terasa sebab kau kaitkan kerja aku…. aku government servant!
dan kau.. kalau kau tak nak aku terasa kenapa kau kaitkan kerja aku??
dah takde modal kah??
kesian, baru mula berniaga… baru mula nak hidup… sebab tu statement agak banggang
nak cari modal cerita takde terpaksa pergi kaitkan benda lain yang takde kena mengena
belajar banyak2 dik, jangan jadi budak budak sangat
budak budak je yang guna latar belakang orang nak cari gaduh

“kau rasa kau bagus sangat ke main langgar-langgar orang ni ha???!!!! ko ni sampah sebab mak kerja cuci tandas ayah jaga kilang la kau jadi gini!!!”
padahal mak kawan tu takde salah pon dalam cerita ni
salah nyer budak tu sebab terpijak kasut kau masa perhimpunan
otak biol macam kau la. k bye

2 thoughts on “… KAU SAMPAH SEBAB : KERJA GOMEN + GAJI HUJUNG BULAN …

  1. uih… tak dapat bayangkan u tengah marah-marah. tengok muka lembut dan lemah gemalai. sekali meletop macham gunung berapi daaaaaaa..

    tapi lepas ni i tau dah sapa buleh tolong sahkan document i semua. hahahahah! buleh kan kan kan?? *kenyit mata*

    • ::izzie::

      kahkahkah!! ai memang tak suka nak marah2 apatah lagi nak cari gaduh. ai jenis happy go lucky punya orang. tapi please jangan cari pasal dulu
      haaaaaa memang gunung berapi aktif terus ai jadik.
      kalau ai marah teruk, sebab tu ai suka diam and luah kat blog

      bolehhhhhhhhhhhhh……………… 10% !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s