… ADDICTED …

Hobi membaca dah menjelma semula!

Sekian lama dah ditinggalkan. Sebab malas nak baca novel melayu yang sangat cliche
Beli tu beli, rasanya ada dalam 8 buah novel melayu aku dah beli
cuma belum baca sebab bila baca rasa macam dah boleh jangka apa nak jadi lepas tu
ending pon dah boleh jangka..
lepas tu zaman novel di drama kan, jadi aku lagilah malas
dahla tu semua drama jadik sama sebab semua novel jalan cerita sama
cuma perlu ubah nama, jalan cerita, watak, penjahat semua sama
perempuan jelita, hero hensem nak matik-kaya nak mampus-ego nak meninggal
kawen sebab terpaksa lepas tu gaduh, lepas tu cinta tak nak ngaku, last-last ngaku,
lepas tu ada orang kacau hubungan dorang, gaduh, ending berbaik ada anak….

pehlissssssssss la, rasa macam why la whyyyyy???????
tapi disebabkan ketagihan membaca novel dah datang balik
maka turutkanlah hati, walau rasa nak humban semua buku-buku novel dalam tong sampah
childish nyer la penulisan…… (amboihhhhh sodap betei ko mengutuk orang kan??? hebat sangatkah?)
tapi bertabah jugak baca sebab dah beli
tak kuasa dah nak tambah lagi novel baru

ni semua gara-gara novel dak jenny han la ni
(ayat tu…………….. macamkan si jenny budak sekolah aku lak)

tahun lepas tergerak hati nak beli novel omputih sebab cover cantik, kahkahkah
aku jarang baca novel omputih sebab nanti mesti ending macam tak berkesudahan
pastu nanti aku frustttttt, cerita tiba-tiba habis cenggitu je.

then aku grab To All The Boys I Loved Before
tapi awal tahun baru mood nak membaca datang, membaca pon lambat-lambat
biasalah kan takde mood… feeling pun tak berapa nak ada
sekali dah sampai mood, baca sungguh-sungguh. ulang dari awal sebab nak bagi faham balik
lepas tu nah hambik kau addicted!!!!!!!

images*gambar; cilok gugel, malas nak cucuk usb phone. aku suka cover dia! aku suka ppuan nih!*

cerita pasal dia ni gadis kacukan korea, then dia ni jenis mudah jatuh cinta
dari zaman sekolah rendah dia dah sukakan orang tu and orang ni
so sampaila dia dewasa dia masih sama. dia akan tulis surat kat dorang
tapi dia takkan anta surat tu sebaliknya simpan dalam kotak pemberian mak dia
dia ni jugak sebenarnya terjatuh hati dekat boys next door yang jadik boyfriend kakak dia
takde sape tahu siapa yang dia suka
sampaila satu hari surat tu tetiba hilang dan tiba-tiba je orang yang dia suka semua-semua
dari zaman dia sekolah rendah terima surat dia
so dia jumpa lah balik dorang-dorang ni
dan pada masa yang sama dia kena jadi kekasih kontrak si Peter Kavinsky

meroyan jugakla sebab ending tergantung…..
kalau boleh nak aja aku campak buku tu dalam api… stress makkkkk!

lama hoihhhh aku hidup dalam keadaan resah gelisah mengenangkan ending macam tu
tak salah aku dalam bulan april ke ek? aku dah lupa ke may cam tu la
aku nampak kat mana ntah, insta? ke blog jenny han? ke mana aku lupa jugak…
ada sambungan….

perghhh dah memang cacing kepanasan aku… lambat gila masuk malaysia
aku rasa macam tiap2 hari aku pergi survey kat kedai buku POPULAR, MPH…
kalau boleh nak aja berkampung kat sana situ
haaaa punyalah tak sabar….
akhirnya!!!!

Aku dapat la jugak beli P.S I Still Love You
dalam masa beberapa hari dah habis baca.
haaaa kauuuuuu… lepas tu aku meroyan lagik.. hahahhahaha
meroyan nak cari buku lama-lama JENNY HAN…
tak kira kena dapatkan jugak jugak… aku dah addicted sangat dengan penulisan si Jenny
cara dia menulis tu details sangat, aku rasa macam aku lak yang ada dalam buku tu

 

P.S.-I-still-love-you-Jenny-Han-cover* also cilok from gugel, malas! LARA JEAN SONG COVEY*

P.S I Still Love You ni details tentang cinta si heroin Lara Jean Song Covey with Peter Kavinsky
dan macam mana muncul balik buah hati lama Lara Jean also cinta antara Margot dan boy next door tu
cumanya cerita ni aku tak puas hati bab Peter yang masih bersama
and masih melayan bekas buah hati dia tu… apa nama aku lupa
orang tak penting so tak perlu aku nak ingat
kalau aku jadi si Lara Jean tu pon aku dah mintak putus awal2 dah agaknya
asikla berkepit dengan perempuan gedik tu
helloooooo get a life la…. macam kan takde jantan lain kau nak gedikkan
emo pulekkkks aku baca cerita tu

now tengah angau carik Summer I Turn Pretty!
rasanya kat Kinokuniya ada box set
can’t wait!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s