… ANDA SEORANG YANG MATANG JIKA …

  • Anda dapat bertenang dan bersabar sekiranya hajat anda tidak tercapai
    ~~ NOOOO! A BIG NOOOO!!! bersabar? meroyan lagi hader…. aku selagi tak tercapai akan aku usahakan sampai dapat dannn akan aku merempan kat sape-sape supaya aku akan dapat! kalau boleh tak dapat si Adi Putra (sebab hasbeng orang and aku wipe orang) atau tak dapat Jullian Cuffe dan juga tak dapat pakwe-pakwe korea (sebab malas belajar so tak ditawarkan ke luar negara) pon aku nak merempan jugak… tapi daripada aku kena penampa dengan hasbeng sendiri baik aku diam-diam je. kahkahkah. maksud meroyan dan merempan tu lebih kepada nikmat donia la. benda lain redha jelah.
  • Anda mampu sembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku seperti biasa
    ~~ Emm…. setakat ni boleh lagi lah. aku bukan seorang yang mudah sembunyikan perasaan. bila aku benci, aku marah dan tak suka pada seseorang memang akan jelas kelihatan di muka. memang nampak sangattt masalahnya. so aku takkan sembunyikan cumanya aku akan lebih diam dia orang yang aku tak suka ni. aku rasa cara tu lebih afdhal lagi la kot daripada kau nampak muka toyer aku.
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung
    ~~ Tipulah kalau kata tak rasa pape… mesti ada jugak rasa jeles tu kan. nak-nak lagi kalau kau buat lebih baik dari dia tapi orang tak nampak. time dia orang nampak pulak. mesti la lagi terasakan. well… aku bukan orang-orang alim yang tak pernah terasa apa-apa pun walau sekecil bakteria dalam hati mereka.
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda  benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka
    ~~ 
    Aku kurang faham, tapi aku rasa dia kata dapat menghadapi kebencian manusia yang takde sebab pon untuk membenci diri kita kan? kalau itu maksudnya. yaaa dapat, ramai je orang benci aku. yang ada sebab aku paham la, yang tetiba nak membenci aku tu aku tak paham and tak nak paham pon sebenarnya. aku tak kisah kau nak benci aku segunung lautan ke, se apa je lagilah. aku tak kisah… silaa… tapi jangan usik aku, if kau usik aku kau pasti tak suka cara aku pulak membenci kau. oh ya bukan setakat tu… yang benci belakang baik depan tu pon ada. no hal.
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang  anda fikir boleh dapat
    ~~ TAK MAMPOOOO!! okehhhh… yang ni memang tak mampu. aku kalau nak sesuatu benda tu aku nak jugak.. aku tak kira. aku nak time tu jugak jugak. haaaaa buruk kan perangai?? memang banyak perangai buruk pon aku ni, sape je sedar? mak ayah aku jelah kot. aha hasbeng aku pon aku rasa dah makin sedar yang dia kawen dengan perempuan gila. aku kalau tak dapat memang akan menggila. ehh dulikkkk. ahahhaha psiko sangat hoihhh bunyi nyer tu. contohnya kalau aku kata aku nak beli buku tu, walau apa cara sekalipun aku nak jugak pada masa tu. aku tak nak tunggu esok lusa tulat tuli tunggeng.. NO! sila bawak aku pergi beli sekarang!
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat yang lain
    ~~ 
    Yang ni aku dapat je. Semua orang kisah hidup dia berbeza kan? aku rasa tak perlu aku nak sakit hati atau malu sebab cerita hidup kita berbeza. untuk bermegah-megah macam mereka aku juga mampu tapi aku memilih jalan lain dan perhitungan lain yang membuat kan aku kurang mampu. dan untuk itu aku mendidik aku untuk menjadi seorang yang tahu menghargai dan tahu bersusah payah untuk memiliki apa yang aku rasa aku boleh miliki. you are not in my shoes so pleaseee don’t make that face.
  • Anda terus berlaku adil dan saksama  walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
    ~~ Selalu aku memang akan terus berlaku adil dan saksama. walau apa cara sekalipun. kawan atau bukan, jika keadaan memaksa memang keadilan jadi pilihan. well being a libra girl its teach me how to make the balance.
  • Anda dapat menerima kritikan atau salah faham tanpa membesar-besarkannya
    ~~ Nope! kalau aku rasa kritikan dan salah faham kau tu tak revelan memang aku akan cuba mempertahan dan memperbetulkannya walau terpaksa ke seluruh pelusuk dunia.
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan tanpa merasa resah, bimbang dan tidak ragu
    ~~
    Errrrr tak jugak la kot… tak berapa pasti :p
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang
    ~~ 
    Tengok keadaan jugak lah ni. dah kalau memang tak setuju camne kau nak paksa aku bagi persetujuan pulak. eh eh main paksa-paksa nampak.
  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati
    ~~ Yeahhh this rock babehhh! sebab aku punya hobi ni sikit je, kalau tak menghadap komputer 24jam, hobi aku membaca novel, kalau malas baca aku suka shopping dan suka lepak lepak makan dan kalau kau tak suka, please mind your own bisnes.. syuh syuh :p
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu tanpa merasa malu
    ~~Yup! aku mengaku je walaupun seantora donia tahu, cuma aku yang tak tahu aku akan tanya jugak. dan selalu itulah mereka-mereka akan mempersendakannya. sobsobsob. malu bertanya sesat jalan tahu!
  • Anda menghadapi orang tua tua atau orang orang yang berpengaruh tanpa sentiasa berusaha  untuk menimbulkan kesan-kesan negatif
    ~~ Aku tak pasti yang ni. mungkin la kot. sebab aku jarang bersama-sama orang orang tua kecuali mak ayah aku dan memang tak pernah terlibat dengan orang-orang berpengaruh. kalau boleh aku nak sangat elakkan dua golongan ini, sebab terlalu banyak protokol terlalu banyak juga hati yang perlu dijaga. aku akan jaga hati orang kalau orang pon pandai jaga hati aku.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna
    ~~ Errrr…. tak paham tapi kalau aku, apa salahnya berlebihan kalau itu mampu membuatkannya menjadi yang terbaik. bukan ke manusia lebih suka yang terbaik daripada yang sederhana baik?
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya
    ~~ Selalunya begitulah. kepentingan orang lain lebih penting dari diri sendiri. dan setiap pengorbanan kerana melebihkan orang lain itu langsung tidak dihargai dan dipandang pon. jadi perlu lebih pentingkan diri sendirikah?
  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap  orang-orang yang anda tidak sukai
    ~~ Walaupun aku ni libra girl the balance, tapi kalau dengan orang yang aku tak suka dan benci memang aku takde kompromi. macam mana yang aku kata kan tadi, aku tak pandai sembunyikan rasa benci dan tak suka aku ni.
  • Anda dapat mengujudkan rasa kasih sayang, cinta atau boleh bersahabat  tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka
    ~~ Tak pasti, tapi rasa macam tak boleh jek. entah. tak pasti pulak aku dengan ayat soalan ni. kalau aku bukan yang utama pon memang aku boleh bersahabat. tapi bersahabat biasa-biasa lah. nak aku jadi macam BFF tu tak mungkin la. tak ke rasa janggal?
  • Sekirannya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki idaman setiap wanita.
  • Dan jika anda wanita,  anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan lelaki secara jujur
    ~~ Ha ah, dapatlah… habis tu takkan la aku nak simpan rasa cinta pada semua lelaki dalam office aku ni? gila? ramai hoih lelaki-lelaki dalam bahagian aku belum masuk satu jabatan lagi. memang aku bekerja pon dibawah bos lelaki bersama-sama sahabat lelaki.  aku memang pencinta setia namun ku bukan buaya……… lalalallalalalalla

10 daripada 19 soalan adalah tidak, jadi? matangkah??
memang tak berapa nak matang pon…

” I don’t know how to act my age.. i’ve never been this old before”

Kenyit kenyit mata

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s