… TAGING – POKING – FLIRTING …

1. Bekas kekasih saya adalah…
~ amboih awal-awal sudah panas soalannya. errrr…. tak perlu diungkit cerita lama… cerita masa lalu.. cerita kau dan aku… gituuu.

2. Saya sedang mendengar…
~ Incomplete by Backstreetboys, sesuatu sangat

3. Mungkin saya patut…
~ Kurangkan cara berbelanja yang bukan-bukan, makan berlambak-lambak supaya dapat simpan duit jadi jotawan

4. Saya suka…
~ Menghabiskan masa buat benda yang berfaedah sahaja cthnya bershopping, berblogging, tengok drama2 luar negara… mungkin tak ada faedah pada anda tapi berfaedah pada saya >.<

5. Sahabat-sahabat baik saya…
~ Biarlah rahsia, saya tidak mahu ada manusia yang kurang kasih sayang dan tiada perhatian merampas rerakan saya. LOSER!

6. Saya tak faham…
~ Kenapa sampai sekarang aircond masih belum dibetulkan? kenapa tombol boleh tercabut? kenapa bilik air asyik rosak dan kenapa saya masih berada disini… dijabatan ini.

7. Saya kehilangan..
~ Memori? tak memasal… kehilangan rasa CINTA? oke tak memasal jugak…. Saya kehilangan JIWA

8. Ramai yang berkata..
~ Saya ni garang… muka je lembut tp garang nak matik. huh! baru tahu ke? *flip shawl* 
well, don’t judge a book by its cover. Kalau orang buat saya marah harusla garang, gua belum gila lagi nak garang tak memasal. Gua manja sebenarnya. tapi bukan jenis manja menggeletis sampai orang lain pon nak bunuh diri je tengok. oh ya, satu lagi orang selalu kata saya sombong, well……. memang sombong pon, ada masalah?

9. Makna nama saya..
~ Saya tak pasti, yang saya tahu NuR (cahaya) Iza? (kesejahteraan) jadi? Cahaya Kesejahteraan barangkali. patutla sejahtera aman sentosa je hidup. jajajajaja.

10. Cinta itu adalah..
~ Berkorban apa saja demi melihat dia bahagia walau bersama atau tidak bersama kita. *angguk angguk*

11. Di sesuatu tempat, seseorang sedang..
~ Mengarahkan orang yang sama itu dan ini, memeningkan kepala orang begitu begini, time orang semua la, time dia? lepas tu cari salah orang. hurmmmm… kbye.

12. Saya akan cuba..
~ Menyimpan. Aduhai susah nya….. saya lebih suka menghabiskan dari menyimpan… lepas tu awal bulan meroyan :p

13. Ayat selamanya membawa maksud..
~ Allah S.W.T sahaja yang selamanya. tiada yang kekal dan semuanya dusta kecuali DIA.

14. Telefon bimbit saya..
~ Samsung Galaxy S4 yang saya beli dengan duit hasil titik peluh suka duka saya sendiri dan sekarang tengah pandang sinis je sebab selalu hank. nak aja saya buang semua mak nenek didalam ini. tapi nanti saya juga yang menyesal. banyak gambar2 lama yang masih belum berpindah… errr maksud saya dipindahkan

15. Bila saya terjaga dari tidur..
~ kalau hari bekerja tengok jam, mamai mamai dulu then terus gi mandi untuk siap-siap pegi keje. kalau hari biasa pon tengok jam, mamai mamai dulu then terus bangun mandi untuk siap-siap masuk dapur. :p

16. Saya paling meluat apabila..
~ tengok manusia yang gedik.. yang manja tapi gedik.. setakat manja itu normal, kalau gedik pon itu normal tapi kalau manja gedik tu nampak sangat kurang kasih sayang. sampai kan perihal dalam kain pon mahu dikebarkan untuk dapatkan perhatian. oh lupa… LOSER.

17. Pesta/Parti adalah..
~ makan makan bersama sahabat sahabat BFF dan bersembang tak ingat donia. oh kalau yang ada lagu-lagu membingitkan telinga, pakaian singkat menyakitkan mata tu tak payah la jemput saya. saya takut anda kecik hati jika saya blah begitu sahaja.

18. Haiwan paling comel yang saya pernah temui adalah..
~ muchkin cat and dwarf rabbit… tak pernah tengok depan depan, tengok gambar je itu pon dah kegeraman. kalau depan depan nanti mati pulak saya kerja kan. comel sangat!

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya..
semua. kerana saya seronok menjadi saya. tapi kalau boleh mahu saya mengulangi masa 3-4 tahun lalu, agar tiada sengketa bersama dia, dia dan dia. 

20. Hari ini..
~ masih berjerebu, masih kelabu… haishhh bilalah nak habis musim ini, tak sanggup menghirup bau bau. Dan… harini murah betul rezeki, semua orang blanja itu ini. Trimas!

21. Malam ini saya akan..
~ gosok baju, mandi, main games hidden object then tido awal sebab esok kerja. 

22. Esok pula saya akan..
bangun kemudian tengok jam, mamai mamai dulu then terus gi mandi untuk siap-siap pegi keje. 

23. Saya betul2 inginkan..
~ semua yang saya inginkan ada di depan mata saya sekarang tanpa sebarang halangan. wahh  mendalam tak maksudnya. ok tak, bye.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..
~ tak ada masa nak telek wajah kat cermin, saya buat kerja semua dengan kadar segera. tak de masa nak telek dan perasan cantik.

25. Pusat membeli belah atau arked permainan..
Pusat membeli belah, haruslaaaa….. saya boleh duduk dari pagi sampai malam di pusat membeli belah. saya cerewet jadi barang semua saya akan betul betul telek.

26. Makanan Barat atau Jepun..
~ Barat. Saya tak tertelan Sushi, jadi saya takut tak dapat telan makanan jepun, tapi saya minat makanan korea!

27. Bilik yang gelap atau terang..
Gelap. saya paling tak suka keadaan terang. samar samar saya boleh terima. sebab tu rabun!

28. Makanan segera adalah..
~ Saya kurang makan makanan segera. saya selalu makan kerepek kerepek sahaja. apakah itu juga dikategorikan makanan segera?

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang..
~ belum ada ayat terakhir. sebab saya selalu cakap dan cakap. buat masa ni baru lepas cakap JAS menipu. err bukan Jaslinda Jamal yer… :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s