… IF YOU DON’T HAVE A GOOD WORDS TO SAY, BETTER LEAVE IT UNSAID …

Sebenarnya cerita ni dah lama…
Tapi aku biarkan dahulu, peram sampai kemarahan sudah berkurangan
Kerna.. bila aku menulis terus waktu kejadian, memang akan muncul lah segala makian
Yang dah tentu tentu nya engkau tidak mahu langsung dengarkan…

Jadi bila dah sejuk sikit macam ni barulah boleh menaip dengan sopan dan santun
Dengan hemah dan tatabahasa yang betul, walaupun….

Aku ada benda yang aku tak puas hati, yang aku rasa tak senang bila tak luahkan
Dan walau tak ada orang nak tahu pun, peduli apa aku… tetap juga aku nak luahkan

Aku tak suka bila manusia suka menghakimi orang
Bukan setakat menghakimi, tapi di darab dengan rasa menyampah atau cuba nak berlawak
Tapi lawak kau kelihatan sangat bodoh tak kena tempat
Atau kau memang tak boleh tengok orang senang, atau kau ada masalah hati atau yang sewaktu dengannya

Aku, kalau menyampah pun… sebab kau update gambar laki kau ke, gambar anak kau sehari dua kali ke
Aku tak pernah merempan depan kau, let alone nak mengutuk sesuka hati atau berlawak bodoh tak kena tempat
Aku hanya akan bermonolog dalam diri, dan kadang kadang terlintas untuk unfriend maybe?
Tapi, aku masih ada hati, tak nak kau kecikkan hati kau sendiri jadi aku biarkan saja

Tolong….
Maksud aku, benar benar tolong… jika kau tak ada perkataan yang baik untuk diperkatakan
Tolong DIAM, aku tak perlukan komen kau…. kutukan kau atau lawak bodoh tak kena tempat kau
Kerana ia sangat menjengkelkan, bukan hanya pada aku tapi pada orang lain juga

Pertanyaan aku…
Apakah salah aku memuat naik gambar kedua orang tua ku? Dan mengatakan yang aku rindu?
Salahkan aku mengatakan nya selama aku membuka muka buku tak pernah aku menulis tentang mereka
Hanya pada satu detik, aku terlalu rindu… dan dang! terus terkena tepat pada masanya.

Kau tidak mengenali aku, dan aku juga tidak mengenali kau
Maksud aku, kita tak berkawan rapat mahupun bersahabat. kita hanya kawan satu pejabat
Dan kau masih baru, bercakap dengan kau pun kelihatan sangat canggung
Hanya bersapa ketika melintas di depan mata.
Tak terasa nak duduk semeja bersembang tentang sesuatu yang gila!

Jadi, aku tak tahu sama ada itu memang cara kau bergurau
Dan aku kira kau tak tahu cara bergaul dengan orang yang lebih tua dari kau.
Aku boleh terima lawak bodoh, aku tak lah begitu membosankan,
tapi tolong lah lawak bodoh yang kena tempat dan masa, bukan main bantai sahaja

Kau punya komen tentang aku mengada ngada mengatakan bertapa aku merindui emak dan ayah aku
Kau kira itu lawak?

Atas dasar apa kau rasa kau mampu membuatkan nya sebagai satu lawak?
Atas dasar kau memang tak pandai berlawak, atau atas dasar kau badut?
atau atas dasar kau rasa aku pinjam mak ayah kau kah? aku mintak kasih sayang mak ayah kau kah?
Aku menumpang rumah dan mak bapak kau kah?
setahu dan seingat aku, aku punya mak ayah kandung sendiri, dan aku tak perlukan kau sekeluarga dalam hidup aku pun, hanya menyesakkan kepala!

Sebelum kau cuba buat lawak bodoh tak kena tempat kau tu, cuba kau fikir
~~ mungkinkah orang ini emak dan ayahnya sudah meninggal tahun lalu jadi dia terasa terlalu rindu maka terluah dari nya kata kata rindu itu, maka kelakarkah lawak kau itu?
~~ mungkinkah orang ini emak dan ayahnya tinggal berjauhan darinya, jarang untuk mereka berjumpa mungkin lima dan enam bulan sekali, bukan macam kau yang hanya dua jam sudah sampai dikampung maka boleh balik tiap tiap minggu, maka maniskah lawak kau itu?
~~ mungkinkah orang ini emak dan ayahnya sudah terlalu tua sehingga sering kali jatuh sakit dan dia perlu bekerja tanpa henti untuk membantu mereka dan menjenguk ke kampung hanya mampu setahun dua kali. maka lawakkah lawak kau itu?

Aku rasa kau sudah besar, sudah berkahwin dan bakal jadi ibu
(walau pun tidak mahu ambil tahu tapi kau usaha memberitahu nampaknya)
Aku rasa otak kau belum terputus uratnya sedang itu kau boleh bekerja lagi
Maka, kau boleh berfikir apa yang aku tulis ini, fikir sedalam-dalamnya.

Aku tak pernah bising kau… memuat naik gambar kucing kau setiap hari
Aku tak pernah bising kau… memuat naik gambar laki kau seminggu sekali
Aku tak pernah bising kau… menulis tentang sayang kau pada ibu kau sebulan sekali
Aku tak pernah bising kau… menulis tentang kesakitan kau dan ibu ayah kau ada diwaktu itu membuatkan kau gembira, terharu barangkali untuk entah berapa kali
(dan aku rasa tak lama lagi bakal memuat naik dan menulis tentang anak pula nanti untuk entah berapa kali)

aku tak pernah bising kerana malas ambil pusing dan aku sememangnya malas untuk menjaga tepi kain
maka, kau boleh fikir bukan apa yang aku tulis ini?
jika kau terasa dan kau sedar, maka baguslah, tak perlu minta maaf
kerana kau sudah menaruh rasa benci ini pada kau, dimana aku sudah susah untuk terima kau
Jadi… tak perlu minta maaf… cuma… insaflah…
Belajar yang… jika kau tidak ada perkara baik untuk kau perkatakan melainkan menyakitkan hati orang lain
Maka diam itu lebih baik, dan aku tak terasa bila kau langsung tidak mahu menegur aku

Bila aku kata, tak perlu minta maaf
Aku juga maksudkan tolong jauhkan diri kau dari aku…
tolong buat kau tak kenal aku dan tidak perlu beramah mesra dengan aku
Kita hanya rakan sepejabat tapi kau bukan sahabat
aku tidak perlukan manusia macam kau…. tiada akal!

Berfikir sebelum kau berkata-kata
Bersyukur atas apa yang kau ada
Bertanya bila kau tak tahu apa apa
maka kau takkan mengata orang lain sewenang wenangnya

emak dan ayah aku tinggal berjauhan, mereka sahaja berdua tanpa peneman
dan aku tidak mampu balik tiap bulan
emak aku seringkali jatuh sakit, terlalu tua kedua orang tua ku
sering sakit yang pelik pelik sehingga setiap hari dalam hidup aku tidak pernah berlalu tanpa rasa bimbang
namun tidak pernah aku cuba tunjukkan
emak dan ayah aku sudah tua usia nya untuk aku tidak bimbangkan
emak ayah aku adalah syurga, nyawa, sayang dan cinta…

kalaulah kau mahu tahu dan bertanya dahulu
sebelum mengatakan aku mengada-ngada tak seperti kau yang hebat
yang langsung tiada rasa apa-apa
hanya kerna kau mampu menjengah mereka setiap minggu? setiap bulan?
hanya kerna mereka sentiasa ada di depan mata?

aku tak tahu cara kau sayangkan mereka, dan aku juga tidak mahu tahu jika kau memang tak sayangkan kedua orang tua kau….
kalau kau anak yang derhaka dan tak ada rasa cinta
aku tidak mahu tahu dan tidak teringin untuk ambil tahu
itu masalah kau tapi tolong jangan campur masalah aku, hanya kerana kau kurang kasih sayang.

sekian!

DSC06783

SAM_0503

notatangan: put your feet in others shoes, so you can stop talking nonsense!

notatangan 2:  mom…please get well soon.. miss ya so much… jangan sakit sakit lagi please. anaknda risau sangat…😥

2 thoughts on “… IF YOU DON’T HAVE A GOOD WORDS TO SAY, BETTER LEAVE IT UNSAID …

  1. bee kenapa ni ? you okay tak ? as for me tak salah pun nak upload apa yang kita rasa nak upload. kenapa dengan orang orang sekeliling ni pun tak tahu lah

    • ::siti::

      tak berapa nak oke yang.
      emak ai tak berapa sihat sekarang. blood pressure naik… so sekarang dah tak lalu makan, kalau makan muntah, nak gerak banyak2 pon nanti pitam. oh God, DIA saja yang tahu yang.
      ai baru update sekali gambar my mom terus kena kutuk.
      ai tak tau pe masalah ppuan ni, kurang kasih sayang agaknya. benda lain boleh bawak bergurau tapi bukan pasal mak ayah okey

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s