… TERLALU SKEMA ATAU PENYAKIT? …

Assalamualaikum. Hye Readers!
Pernah dengar tentang OCD? atau anda adalah salah seorang penghidap OCD?
Apa itu OCD? – Nama panjang bagi OCD adalah “Obsesive Compulsive Disorder”
atau dalam bahasa mudahnya adalah sejenis gangguan kecemasan.
Iaitu seseorang senang stress dan melakukan perkara berulang. itu contoh mudahnya lah
kalau nak tahu lebih lanjut mohon search sendiri.
aku bukan nak cerita tentang penyakit ni, aku nak cerita tentang diri aku la hoih

oke untuk lebih bagi korang sikit makluman ni antara gangguan kecemasan seorang penghidap OCD

  • Takut kotor atau terkontaminasi oleh kuman.
  • Takut mencelakai orang lain.
  • Takut membuat kesalahan.
  • Takut malu atau berperilaku sosial yang tidak dapat diterima masyarakat.
  • Takut berpikir jahat atau berdosa.
  • Perlu kerapian, seimbang atau ketepatan.
  • Keraguan yang berlebihan dan kebutuhan untuk selalu dipercayai.

korang boleh  rujuk SINI

Minggu lepas aku ada bersembang beramai-ramai sementara berlatih koir.
Salah seorang kawan menceritakan habit nya sekaligus cerita pasal OCD pun keluar.
Dan habit dia sama dengan habit aku jugak, maka adakah aku pun pesakit OCD?

Emmm rasanya aku ni mungkin salah seorang penghidap OCD tapi bukan jenis extreme.
Penat ok kalau kau extreme OCD, aku dah tengok dalam tv, mak ai letih rupanya ada penyakit ni

aku ada OCD cuma tidak seteruk tu. aku jenis OCD yang “perlu kerapian, seimbang dan ketepatan”
itu memang jelas nyata, selain tu OCD aku berkaitan “takut kotor atau terkontaminasi oleh kuman”, “takut membuat kesalahan”, “takut malu atau perilaku sosial yang tidak dapat diterima masyarakat”
Ok, dah macam OCD extreme pulak aku rasa. mula-mula rasa macam satu je.

PERLU KERAPIAN,SEIMBANG dan KETEPATAN –
Its soooo meee! itu memang yang sangat jelas. siapa rapat dengan aku dia pasti nampak cacat aku ni.
Cacat perwatakan, bukan fizikal maksud aku.
Aku adalah seorang yang terlalu kemas? atau skema? atau… apa-apa jelah ayat dia. aku tak ingat ayat yang sesuai
aku jenis kalau hanger tu aku akan susun samaaaaaa warna, sama size, kepala pon sama. tak leh sebelah sana sebelah sini. no no no!
dan hanger aku pulak aku bahagikan kepada beberapa jenis, dan labelkan ikut ingatan otak.
takdela aku nak pergi buat 5S lak kan label setiap hanger. matiklaaaaaa kalau extreme mungkin la kot.
aku akan bezakan hanger untuk baju kerja aku, tudung aku, baju jalan aku, baju harian hasbeng aku, baju kerja hasbeng aku
dan baju yang dijemur.
aku takkan campur-campur or main tangkap muat je. jadi susunan pon kena betul. besar besar kecik kecik
aku tak boleh tengok bercampur.
selalu hasbeng la main ambik je hanger ikut suka dia, aku ni tak leh.. so aku akan susun balik letak hanger betul
dan YA! penatnya pada aku. sebab aku yang akan betulkan, aku tak kan puas hati kalau orang buat.
nanti kepala hanger lari-lari arah sana sini

aku tak boleh macam ni. susunan tak sama, warna campur2… serious aku tak boleh tengok
(gambar ni contoh je yer. kalau tak benarkan sila bagitahu pada saya )

HANGER

credit untuk BLOG beliau, (beliau pon jenis aku jugak ada OCD sipi-sipi gitu… hihi hi awak! salam perkenalan)

aku punya hanger mesti macam ni. sama bentuk dan sama kedudukan dan sama warna untuk baju masing-masing

hanger1

kalau baju yang digantung pon, muka depan je semua kalau ada yang terberalih ke belakang bahagian depannya,
aku sanggup keluarkan dan susun semula.

itu baru cerita bab hanger.
belum lagi cerita bab, pinggan kena samaaaaaa je semua susunan pon kena sama.
kalau corak tu satu tempat susunan, yang lain corak kena susun kat corak lain yang sama.
lagi, kalau beli barang- barang untuk satu bahagian, semua warna kena sama.
contoh kalau bilik aku tirai dah kaler hijau, semua barang dalam tu kena kaler hijau.
kalau bilik air baldi kaler biru, semua mak nenek dalam bilik air kena warna biru.

tu baru sikit……. sikit je tuh…. belum lagi cerita cara lipat baju.
yang paling parah aku seorang yang sangat mementingkan ketepatan.
orang lain masak main campak je berapa ulas bawang (blend siap-siap nanti campak-campak je berapa sudu nak)
main campak berapa sudu gula dan garam. berapa sudu serbuk kunyit.
aku tak yerrrrr…. aku jenis kena tahu berapa biji bawang untuk digunakan
berapa tablespoon serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk cili.
aku akan kira.

same goes kalau orang suruh aku bukak fail ke, buat lukisan kotak ke.
balut hadiah, balut barang untuk pos…
aku akan kira berapa sentimeter 0ke…. ukur dan tanda dengan pembaris.

nak masak nasi? aku akan sukat berapa cawan dan berapa liter air.
kena bagitahu aku tepat-tepat. jangan agak agak… 2 cawan air… nope!
2 cawan air ko tu berapa liter aku nak kena sukat (tengok pada sukatan pada cawan beras)
kalau kau tak bagitahu tepat, sila kau masak sendiri.

Gosok baju…. aku jenis penggosok baju yang rapi.
Kalau tak ilang kedut kau jangan cakap pape, aku rela berdiri kat papan seterika tu
tenyeh sampai hilang
seluar keje hasbeng aku, siap aku gosok sampai ada line tajam. haaaaaa kau!

yes! memang penat bila kau seorang peng-kemas atau lite OCD
even kau bukan seorang penghidap yang extreme tetap rasa letih.
Ye… aku dah ingat ayatkan… “Penat bila mana kau seorang yang mementingkan KESEMPURNAAN”

aku tak boleh tengok tulisan kat kertas minit cakar-cakar ayam ataupun main aci tulis je
aku rela cek balik dan tulis balik dari awal sampai bilangan ke 100.
penat?

tadi komen facebook kawan, dia cerita tengah ubat gigi yang dipicit ditengah
yer, itu hasbeng gua punya kerja. dulu-dulu masa baru-baru kawen
aku penat betul duk mengentel ubat gigi tu biar jadi rata balik atas yer. so nak picit, picitla bahagian bawah.
nampak kemas kan? aku tak paham kenapa nak kena picit bahagian tengah. kenapa????????
sampai sekarang aku masih tak paham.

2

Credit to this BLOG (mahap jadikan gamba sebagai contoh. kalau tak suka saya remove)

so bila aku dah tolak cantik cantik ke atas, kang pagi esok aku tengok, tengah lagi yang dipicit.
lebih kurang 3 bulan aku tahan dok tolak keatas. last-last aku fedup!
aku beli ubat gigi aku sendiri, berlainan jenama.
so lepas tu, dah… lantak engkau la nak picit sampai terbelah dua ke ubat gigi tu
pedulik apa aku…
aku dah ada ubat gigi sendiri yang aku dah tak sakit mata bila memandang, settel!

ni jenis aku guna ubat gigi, dari bawah tekan, dah nak habis nanti gulung-gulung sampai keluar ubat gigi nya.
guna sampai titisan yang terakhir :p

UbatGigi1

dari blog ABAM ENSEM AUJINZ >.< (kita dah puji ni, kasi kita pinjam gambo ek..:P )

selain dari benda benda yang korang rasa remeh ni
aku pon jenis yang sangat takut kalau aku melukai seseorang
kalau kata-kata aku memberi kesan yang membuat kau benci atau akan jadi tak suka pada aku
kecuali kau memang aku benci no hal la aku nak fikir.
especially kalau baru kenal.
seriously aku akan cuba buat yang terbaik. tapi dalam pada masa yang sama aku takut kalau aku terbuat benda kau tak suka

and aku jenis cover sangat depan orang ramai
sebab tu konon nampak aku ni skema, atau nampak aku ni lahaiiii lembutnya
takde nak gila-gila
aku tak suka dimalukan dan memalukan dan termalu…
hoihhh aku bukan cover baikkk punya, aku ni ada OCD tahu?!

ewahhh. dah macam bangga pulak.
tapi bukan best pon ada penyakit ni
penyakit ni memenatkan dan membuat kau kurang berkawan
sebab macam aku, aku jenis susah nak berkawan bila semua benda aku jadi takut.

cumanya orang akan kagum bila semua kerja aku kemas, tersusun dan rapi
tula jelah kalau orang nak kagum pon,
benda lain macam buat orang meluat je😛

takut kotor atau terkontaminasi oleh kuman
aku takut pada kotoran tapi takdelah sampai nak fkir tentang kuman. gasaklah kan
cuma aku jenis. lepas masak aku basuh tanggan
pastu aku hidang makanan, lepas tu nanti aku basuh tangan. lap
nanti dalam lepas lap kan nak makan pulak, jadi basuh lagi
aku tak boleh makan dalam keadaan tangan kering, nanti aku rasa macam tak bersih.

klah dah panjang sangat kalau nak ulas pon.
Next time la kalau ada masa aku ulas lagi.
setakat ni biar tu jelah yang korang tahu.

jumpa di next entri
_mood tengah rajin nak menaip_

notakakitangan :: semua perkataan huruf besar dapat di klik untuk ke capaian blog seperti yang dinyatakan

8 thoughts on “… TERLALU SKEMA ATAU PENYAKIT? …

  1. Lately memang ramai sangat claimed themselves to have an OCD. Sebenarnya, there’s nothing to brag about OCD, it is a mental illness. Mental illness a no joke.

    Same thing like depression. Most of OCD cases could lead to other mental illnesses such as depression. Dan ramai jugak self-claimed that they are having depression. Sebenarnya, semua mental illnesses ni kena dapat pengesahan daripada doktor. Dan perlu dapatkan bantuan dari peringkat awal sebelum menjadi lebih kronik.

    “Sometimes it’s not OCD. Sometimes maybe you are just neat.” =)

    • :: izzie ::

      Yeke… ai tak mengikuti perkembangan semasa la gamaknya. tak tau pulak ada orang suka bila dia tahu dia ni OCD
      Pelik pulak rasanya. sebab ai sendiri tak rasa suka pon bila buat benda benda cenggini.
      penat tahu

      tapi yar ai dont claim im a OCD person. ai rasa macam ai ni dah terjangkit
      and im not a neat person also.. i just TERLALU MEMENTINGKAN KESEMPURNAAN… itu ayat sebenarnya
      tapi dari awal entri tak jumpa-jumpa perkataan yang sesuai macam tu. ahahahaha

      and yes, dah buat ujian OCD, thanks god! juz 30% je which mean kalau tak dibendung memang akan terjangkit.
      tapi since ai ni tahap pemalas dia boleh tahan jugakla maknanya tak de la nak lebih2 jangkit tu

  2. kadang kita memang ada cara kita dalam rutin seharian. i pun jenis kalau picit ubat gigi, kena dari bawah. kalau sapa picit ubat gigi i kat tengah-tengah, nanti i picit balik dari bawah.

    kalau kita pulak jenis perfectionist when it comes to arranging things, mmg penat nak kena susun balik kalau ada yg tak kena di mata. tapi takpe, as long as ada self-control. jangan sampai memudaratkan diri sendiri. sebab tu lah mental illness is a no joke. orang nampak kat luar macam biasa tapi dalaman, kita tak tau macam mana dia struggle.

  3. babe i pun pantang bab hanger. tapi i ada exceptional case , kalau dah malas i biarkan je. baju pun I nak lipat sekata. pantang betul kalau ada yg terkeluar. haih. ubat gigi tu mmg nyakitkan hati. tapi nak buat mcm mana . kang beli asing asing ubat gigi kang hahaha. tapi kekadang tahap pemalas i mengatasi segalanya . so takat bebel sorang sorang je lah

  4. Sya penghidap OCD teruk,,,sy sgt mementingkn kesempurnaan dlm semua hal dan ingin stiap tugas saya siap serentak pada waktu yg sama.pakaian sya mesti guna ikut urutan sebab d susun ikut hari.baju tudung kasut dn beg mesti sama dn padan kalau tak rasa semcm dn hilang kyakinan.bangun pg mesti tpat jam 5 setiap hr kalau tk saya akn panik dn mengelabah.sya kena ikut jadual waktu yg sya buat dan tak leh skip.saya pentgkn disiplin kerapian dn kesempurnaan…smua ni.tp sya lihat org lain boleh juga jalani hidup biasa.sy juga ada menu makan sendiri setiap hr tak boleh lebih atau kurang.sya tak makn luar takut ganggu jadual pemakanan.OCD ni buat saya sllu takut ,bimbang, cemas..tolong saya…

    • anon…

      teruk tu.. saya rasa lebih baik awak berjumpa dengan doc pakar, yang mana mereka lebih tahu keadaan awak.
      saya tidak dapat membantu kerana tiada kepakaran dalam bidang ni.
      sebelum ia bertambah teruk dan menganggu hidup awak sehingga berlanjutan dan makin teruk
      nasihat saya adalah jumpa doc pakar supaya mereka dapat membantu awak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s