… APA YANG AKU TAK PAHAM …

Seperti yang diketahui, aku memang tengah rajin menaip.

Dahla mengantuk macam haper je ni. kalau disorong bantal sekali dengan bantal peluk. confirm tidur lena sampai ke petang.
Dari tadi lagi menguap sampai dah sakit kepala ni. Aku memang kalau menguap lebih 3 kali confirm migrain ada ura-ura nak datang.
Dahla aku belum dapat aku punya kafein harini. OMG.
Painkiller mana painkiller…. beli sepapan tapi semua tinggal kat rumah.
Aku tak jalan kalau makan panadol or prostan… or what-so-ever
Aku cuma kena telan 2 biji painkiller (if migrain tahap teruk sampai muntah-muntah)
Kalau ura-ura camni sebiji je dah cukup. tapi lepas tu kena paksa diri untuk tidur supaya lebih cepat baiknya.

oke… biar kan disitu sahaja. kang aku telan nescafe berlambak-lambak biar cepat sikit sembuh (walaupun…)

aku nak cerita beberapa perkara yang aku agak tidak paham….
kalau sesiapa paham boleh tolong terangkan?

  1. Aku tak paham kenapa…
    Kalau kita pergi ke kedai/branch/booth something yang kita nak sangat beli barangan dia, and barangan dia takde atau kalau ada pun
    dia akan suruh atau pujuk dan akhirnya jadi paksaan pada kita untuk membeli barangan yang dia tengah promote tu.contoh: aku ke booth samsung semalam, memandangkan center dia takde stock. aku pergi nak beli clear view mirror case (price rm254).
    dia dah mula perlahan-lahan suruh aku beli tempered glass (price RM149 front glass only),
    katanya better aku beli yang tu daripada beli mirror cover.
    then aku cakap aku nak jugak pastu dia cari stock, masa tengah cari stock. masih usaha promote the glasses thing tu.
    pastu katanya takde stock sebab ramai orang tak suka pakai benda tu, leceh.
    so dia approched untuk aku beli glass depan belakang (price rm190 kalau tak salah aku). dia usaha dok membebel nak aku beli glass tupoint nyer sekarang: first, harga yang aku nak beli dah tentu-tentu mahal dari harga yang kau nak suruh beli.
    second, aku rasa itu duit aku… itu handphone aku, so if aku nak beli cover tu apakah masalahnya pada kau? why bother?
    simpan saja niat baik tu, aku tak termakan pujukan. yeaa aku akan beli glass tu, but not now la. aku lebih perlukan benda yang limited ni dulu
    the glasses thing tu, berlambak kan? so aku akan beli. no worries. dia punya pujuk sampai aku rasa… eh please la aku just nak confirm memang takde ke cover aku nak tu, if confirm aku cabut… ni dokla promote glass tu…. haihhhhh

  2. Aku tak paham kenapa…
    Kalau kita pergi kedai makan, kita kena hisap rokok depan orang. yee memang tak salah and mamak tu pon memang bagi kau bekas abu rokok tu. tapi its attitude men…. attitude!
    kau duduk rapat-rapat dengan manusia-manusia di meja makan, kau dah habis makan terus kau merokok… mana adab engkau ek?
    manners engkau mana?
    why kalau dah rasa gian sangat tak pergi duduk diluar, and hisaplah sampai habis sekotak. janji aku tak hirup udara kau tu. aku ni lagi berpotensi untuk dapat penyakit dari kau si perokok tahu? dah la aku ni antibodi sangat lemah.
    oke. let says kau nak jugak pertahankan merokok dalam kedai tu. oke sila merokok, aku tak cakap pon salah… nope. tapi sila perhati dulu
    kemana asap yang kau hembus tu pergi. if takde orang sebelah kau lantakla kau nak hisap sampai mati kat situ pon.
    ni ada orang kot, kipas menghala kearah kau bila kau hisap asap dia lari kat aku…. boleh tak kau guna otak kau sikit.
    nak merokok tak salah, tapi kalau sampai rokok tu jadikan kau bengap tu memang salah la.
    bukan merokok je, vape pun sama jugakla. menyusahkan orang je.dan, aku tak paham kenapa nak kena merokok di tangga dalam premis kerajaan sedangkan memang keluar pekeliling benda itu adalah dilarang.
    WHY??????????????
    kau rasa jabatan ni bapak kau yang punya ke apa?

  3. Apa yang aku tak paham…
    Kalau bahagian lain susah payah penat jerih buat mesyuarat tempah makanan cari makanan, tapi bahagian lain yang takde kena mengena sibuk habiskan. bukan setakat habiskan, siap tapau lagi, grrrr!
    Sekarang ni, jabatan aku banyakkk betul songeh nak buat tempahan makanan. jadi memang akan stress bila kena layan perangai manusia-manusia ni semua, prosedur semua semata-mata sebab nak tempah makanan untuk meeting.
    Kalau meeting dengan orang dalam, gasakla kan. tak yah tempah pon takpe. pandai-pandai korangla
    tapi bila melibatkan orang luar, nak tak nak kena la cari caterer buat LO buat itu buat ini, hadap manusia-manusia kat bawah tu.
    so tabah la kan.
    tapi tula. bila kita yang kena hadap kena marah kena ini kena itu dengan ketua (sebab caterer salah tarikh, caterer lambat hantar makan, caterer bla bla bla) akuuuuuu yang nak kena hadap tau walau takde kena mengena pon dengan aku, bukan aku yang jaga caterer tu.
    tapi pekakkan jelah telinga,KULI la katakan.
    tapi bila sampai je makanan, habis je meeting (membazir tu nombor satu manusia manusia ni)
    tak sempat aku yang takde kena mengena dengan meeting tu masuk nak makan (sebab bila habis meeting ada saki baki makanan, ketua seksyen selalu la roger roger suruh turun makan)
    turun-turun je dah nampak kakak ini itu bawak tuppaware penuh berisi makanan letak tempat dia yang berdepan dengan bilik meeting tu,
    speechless jap!
    macam ni la…. macam aku sebut sebelum ni, adab mana adab???? kau nak makan sila la amek, tapi berpada-pada. kau nak tapau, sila la bagi orang lain makan dulu, lepas tu kau nak tapau bawak balik satu baldi pon takde orang kisah.
    tapi apapun rule nya kau kena tunggu la dulu orang bahagian tu yang turun makan. orang yang penat lelah, yang memang bahagian dia yang buat tempahan tu bukan kau.
    tunggu dulu. lepas dah habis kau nak telan satu kawah pon takde orang nak cakap apa.
    bila time kau pandai lak, nak mengumpat itu ini, mengata begitu begini bila orang lain yang takde kena mengena mendahului kau.
    tapi kau????? itu yang dikatakan memaku dulang paku serpih (entri sebelum)

 

banyak lagi yang aku tak paham, tapi malas nak tulis remeh-remeh tu. tulis yang rasa bagi impak besar je la.

kalau kau paham, sila la kau tolong nyatakan.

2 thoughts on “… APA YANG AKU TAK PAHAM …

  1. hi babe. hahah i pun tak paham,. tapi yg 1st tu opkos nak tambah sales la. komisen lebih. boss puji =p dulu i keje pun sama jugak. org tu nak carik kasut, kita kena promote socks la spray la blablabla. pastu 2nd perokok tu mmg bodoh. mak buyung ke budak kecik ke dornag takde akal punya. heheh yg 3rd tu terjadi di mana mana . bab tapau pun sama. yg buat keje tak sempat tapau apa apa, yg lain dah bawak tupperware -___-makanan free kan.

    • kalau nak beli yang lebih mahal pon dia promote yang murah??? bukankah lagi bagus kalau beli yang mahal?
      nanti ai nak buat kursus untuk perokok la.. lembs sangat otak! hahahahaha tu yg ai sokong. yang diraikan makan tak habis lagi tapi yang tak de kena mengena dah bawak penapau bertingkat2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s