…HARAP KELUAR LEBIH JAUH LEPAS INI…

Lama tak bersiaran, kan?
Kerajinan aku diragut akibat perpindahan.

Akhirnya keluar jugak dari bangunan utama jabatan untuuk kali yang kedua.
Haritu sempat enam bulan je, ini tak tahu la bertahan berapa lama pulak

2 tahun? harapnya…

Dah tak larat lak aku nak packing pindah sana sini.
Kalau dapat pindah jabatan terus, bersemangat la jugak

Dan, yang paling bestnya pindah ni,
aku dah keluar dari drama2 yang sering berlangsung di tingkat 4 dan 2 bangunan utama tu, cumanya bangunan admin je yang aku masih tak mampu nak hindari
Kalau keluar jabatan mungkin boleh la kot.

Tak kuasa sebenarnya nak menghadap admin, lebih2 lagi nampak orang itu
Grrrr…… seluruh kebencian pon meresap serta merta

Ting 2 dah ku hindari sikit demi sedikit
Kalau la kat sini ada PAR/PAP rasanya terus tak menjengah la
Tak kuasa nak pandang muka dia tu, tapi memang selama ni buat2 tak wujud jer
Cumanya tak perlu nak bertekak dah kat sana
Well, pembetulan… aku pon bukan jenis suka bergaduh ya
Cuma nya, aku tak suka orang pijak kepala

Ada orang kata “Tak nak la bergaduh, kita nak kerja lama lagi kan?”

Nope! bagi aku salah sama sekali, bergaduh dan mempertahankan adalah dua benda yang berbeza
Aku pon tak suka bergaduh, ingat aku kaki gaduh ke apa?
Tapi bila dah tahap kesabaran aku orang pijak2, mampu lagi ke sabar?
Untuk apa? untuk dia pijak kepala pulak?
Yar…. cakaplah kalau kau memang baik, aku tak……
Aku lebih rasa dari apa yang mereka rasa. So tak de guna nak argue.
Buat penat!

Cuma yang tak besh dekat tempat baru ni,
kena naik turun tangga, kalau ting 2 its sokay la
Ni tingkat 4 diknunnnn…
Semua orang macam… bagusla boleh kurus, boleh sihat, boleh fit.

Yar…. cakap senang, sebab kau naik pastu turun nanti bila balik
Aku ni naik turun naik turun tahu?
Sebab skop kerja aku dan kau berbeza

Yang paling parah lutut aku dah start sakit balik
Dulu masa2 kecik injured sebab entah apa penyakit aku  ni
Asik jatuh je kerja, nak kata mak tak bedung… tiap2 hari mak aku penat lelah membedung.

Doktor pon dah tak bagi lasak lasak, tapi dah besar besar ni ingat okeyla
rupanya jadi balik la pulak….

sebab tu aku tak aktif sukan
bukan sebab aku malas, aku lembik, aku pemenda yg kau fikirkan tu lah
macam aku kata semua orang ada cerita disebaliknya
kalau tak tanya masakan mahu bercerita
so bila dah sakit balik terpaksa la kurangkan berjalan, bersukan….
ingat nak start joging, tapi terpaksa lupakan dulu…. lutut masih sakit
tapi masih memaksa diri untuk naik tangga, sobsobsob…..

bertabahlah wahai hati.

 

notatangan: nak pindah KLIA buleh? kbai.

 

Advertisements

… DESI DAMAYANTI SKINCARE cv TABITA : RAMAI MASIH KELIRU …

Assalamualaikum!

Ok, kita nak cerita sikit ni. 

Rasanya dah setahun lebih Tabita Skincare telah bertukar nama kepada Desi Damayanti Skincare, tapi rata-ratanya masih ramai yang keliru.

Ramai yang WhatsApps bertanya itu ini dan semuanya mengenai Tabita Skincare.

Untuk para pengguna yang disayangi sekalian.
Untuk sekalian kalinya saya tegaskan disini. Semenjak hujung tahun 2014 arwah Ibu Desi Damayanti iaitu pengasas Tabita Skincare sendiri telah membuat pengumuman dan keterangan bahawa beliau telah menukar kan daripada TABITA SKINCARE kepada DESI DAMAYANTI SKINCARE cv TABITA

Sebab apa ia ditukar?
Untuk membenteras kepalsuan produk yang terlalu banyak sangat dipasaran sekarang. Terlalu ramai orang meniru produk Tabita SKincare sehingga tidak ragu-ragu untuk menjualnya secara berleluasa

Oleh itu, bolehlah dirumuskan jika masih ada lagi penjual diluar sana yang menjual atas nama Tabita SKincare ini, ianya adalah terbukti FAKE PRODUCT!!

Saya mohon pengguna tidak terpedaya dan membeli produk tersebut. 
Mohon kaji dan selidik dahulu. 
Untuk memudahkan kerja anda, carilah agen-agen rasmi produk Desi Damayanti Skincare ini sendiri.

Bahana penggunaan FAKE product ini mungkin tidak akan terjadi dalam sekelip mata
Namun, akan terjadi bila sudah terlalu banyak merkuri yang masuk ke dalam kulit wajah anda dan merosakkan tisu-tisu anda.
Terjadinya kerosakkan kulit muka yang sudah tidak mampu dirawati dan juga kanser kulit lebih teruk.

Jadi, sekali lagi saya berpesan agar tidak terpedaya dengan kata-kata manis penjual, harga yang murah atau pun tawaran sampingan yang istimewa.

Carilah produk ini dengan nama baru DESI DAMAYANTI SKINCARE cv TABITA

Jika sesiapa mahu membeli DDSkincare cv Tabita yang ternyata ORIGINAL 
Boleh terus WhatsApps saya di nombor berikut

018 3242373



Bijak membeli, Menang Memakai

Agen Rasmi Desi Damayanti Skincare
_Ieyza Azmiey_

… FENOMENA VITAGEN by LANUN RANGGI (AUJINZ)…

Hi! Assalamualaikum…

Yeay bersiaran akhirnya. Alasan yang sama… Bizik!
Ni baru dapat bernapas dengan lega.
Alhamdulillah, dapat jugak bernafas… kalau tak dapat langsung terus camna?

Okeh now terfikir nak cerita jugakla sikit
Kalau perasan dah viral kat muka buku pasal abam ojinz up pasal vitagen putih
Ramai betul share dan ramai jugak komen,
Dan… tak sangka ramai jugak sentap. adeh!
lahai, pasal vitagen je pun masing masing nak sentap.

Vitagen

Nanti kat bawah cerita gua kasi link untuk kronologi cerita sebenar ya
Sila baca cerita cerita beliau kalau nak tahu lebih lanjut.

apa yang gua nak bagitahu kat sini,
pasal gaduh-gaduh komen ni jugakla gua sampai pegi giant semata-mata nak try vitagen putih tu, tahu?

dasat?
selama ni memang gua tak pernah rasa pon kaler putih dan gua tak teringin pon nak rasa
takut tak sedap
takut termuntah nanti
tapi bila dah ramai-ramai perjuangkan nasib si vitagen putih ni
gua sampai terjebak sekali nak merasa

first try. mak aiiii…. apa rasa ni? dah macam antibiotik hoih rasa nya
tak sedap langsung
tapi telan la jugak kot mana tau boleh terima
dahla gua beli yang ada dua vitagen putih tu
yang lain hasbeng gua dah bantai minum…. yang putih tinggal kat gua
Cantik punya perangai

seriyes, terasa ditipu…. kenapa korang tipu gua kata yang putih sedap?
kenapa?kenapa?
eiiiii rasa nak muntahkan balik tapi dok dalam kereta
tak tergamak pulak rasanya

last semalam gua habiskan jugak yang putih tu
sekali togok… tak kuasa nak rasa banyak banyak kali
eh tetiba rasa okeyla bolehla tahan, tak adalah pelik sangat
mungkin sebab sekali togok kan? tak rasa apa.
oke boleh terima…
tapi kalau terpaksa la, kalau sesaja nak pergi beli tu tak lah kot
tak sanggup la pulak nak aniaya diri sendiri.
kalau masih ada pilihan lain, gua pilih yang lain dulu la… ahahhaahhaih

okeh, nah kronologi cerita dari blog lanun ranggi by prinz aujinz

Cerita 1 ~ Yang selalu tersisih

Cerita 2 ~ Mem Kecik Punya Rasa (Facebook Page Lanun Ranggi)

Cerita 3 ~ Backup Vitagen Putih (Facebook Page Lanun Ranggi)

Cerita 4 ~ YangTersisih dan Disisih… (Kan Oleh Mem Kecik)

Okeh, semua link kat atas tu boleh klik. Termasuk Link Blog Lanun Ranggi by Prinz Aujinz tu.

Nak cilok, biar berhemah katanya….

:p

nota kaki tangan : terguna “gua” sebab dah terbiasa tulis kat facebook macam tu. abaikan jelah ya. malas pulak nak padam balik