… KEHILANGAN …

Assalamualaikum!

Hi!

Duduk tak duduk… harini dah genap 6 tahun bersama wordpress.
Entry tak banyak mana pon… tak berbaloi selama 6 tahun tu..

Lupa pulak aku nak blog pasal “KEHILANGAN NI”
Berzaman dah rasanya cerita dia… tak salah aku tahun lepas punya cerita

Ada satu malam tu, aku and inche sebeng pergi mentengok wayang cerita hantu thailand
tapi aku tak ingat tajuk apa….
Mahap mak inchik memang agak menyanyuk setahun dua ni -_-

oke don’t worry aku bukan nak cerita hantu. aku tak de pengalaman.
kalau ada pon aku tak mau cerita. kalau cerita pon mesti korang tak seram.
k pape jelah

so aku tengok wayang tu di MBO Ampang.
sebabnya memang register sebagai member disitu
agak mudah la kan. harga pon murah and ada rewards loyalty pemenda semua
its been about 4 years macam tu aku kekal bersama MBO
memang akan pergi sana jelah sebab bagi aku best la jugak
well, sebenarnya cinema mana-mana pon sama je. kecuali kau masuk yang VIP
bayangkan 4 years.
bukan masa yang singkat aku rasa.

cumanya sangat mengecewakan akhirnya
(mahap ayat BM aku yang cerca merba)
lepas je tengok cerita thailand tu, inche hasbeng aku perasan dompet dia dah hilang
kemungkinan jatuh bawah kerusi
tapi tak sangka la secepat tu orang cleaner (aku memang syak cleaner tu)
sebab kami sempat keluar kejap baru dia perasan dompet dia jatuh
dan cleaner dah masuk pon
tak sampai berapa minit pon cari satu pawagam memang tak ada.
jadi kau rasa?

impossible kan benda tu hilang camtu je
aku memang syak dorang dah ambik, peduli la.
then kami pergi report dekat lost and found
at the same time, jumpa manager dia
nama apa aku lupa.

tengok dalam buku lost and found ramai kehilangan (kecuali dompet)
memang rata-rata akan dapat balik
lega la sikit
jadi manager dia cakap akan kol besok. sebab ni dah malam sangat

oke takpe. buat police report incase terjadi apa-apa
(sebab naluri aku memang cakap tak kan jumpa. tapi aku tak nak percaya)
so nanti senang kan nak buat ic baru kena ada police report

then esok sampai ke lusa tunggu memang tak ada panggilan
pergi sana balik, tak ada maklumat terkini
masuk akal?
bagi aku TAK! punyalah yang lain kau boleh dapat balik takkan aku punya tak dapat
dan manager kau buat apa???? tak ada ke tanya pekerja ke apa ke?
tak ada buat spot-check? apapun tak ada?
nonsense!

cerita dia macam ni la yer. if kau nak ambik duit dalam tu ambikla semua sekali
aku and hasbeng tak kisah pon, aku dah jangka memang tak kan dapat balik duit
siapa je yang mata dia tak kabur oleh duit???
tak pe ambikla. dalam tu ada rm200 oke ambik semua
tapi please la ada hati perut sikit kot?
Boleh tak kau consider sikit? dah ambil duit, pulangkan je dompet tu balik boleh?
kami nak i/c and kad kahwin dalam tu je.
yang lain tak penting
yang tu paling penting pon.
tu sebab aku mintak kau consider la sebagai seorang manusia bukan iblis!

sangat mengecewakan bila pihak MBO tak ambik apa-apa tindakan
serious aku rasa kecewa. Loyalty konon! ceh…
sampai sekarang pon aku masih terasa

and sorry MBO, nama kau dah tak ada dalam buku hidup aku
aku ban terus seumur hidup.
senang betul kau buat kerja. tindakan? follow up?
semua tak ada.
atleast call cakap jumpa ke tak jumpa.
tak ada oke. memang macam tak wujud la masalah tu.

so MBO… pergi terjun lombong sana.
YOUR SERVICES IS SUCK!
gua doakan bisnes korang lingkup! k tu je nak cakap
*panas hati walau pun cerita setahun yang lalu*

 

 

notakakitangan: semua entri gua tak bergambar. peh-mah-las nak transfer gambar. sekian

 

2 thoughts on “… KEHILANGAN …

  1. alahai babe memang frust kalau hilang segala kad tu. walaupun cash penting, tapi kad tu lagi menyusahkan. nak ulang alik kesana sini . hadoi. hurmm tapi bukan ke dalam wayang ada cctv? org beromen boleh nampak, takkan orang amek wallet takleh nampak kan?

    • tula dah satu hal kena buat balik IC tu, dah la rm100. duit kena amek, nak buat ic kena pakai duit lagi. ouh lupa. lesen kereta pon hilang
      kalau dia nampak pon buat2 tak nampak. kan ai dah kata service dorang banggang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s