ECZEMA : RAWATAN MUDAH

Assalamualaikum!

Evening eberibodih… Happy New Year!!!!
(Baru sedo dah masuk tahun baru ke apa?)

Ehem!
Siapa tak tahu apa itu eczema?
ehhhh no no kita bukan nak menjual ubat. jangan cepat menyerah uolls
(statement kegilaan apakah?)
Kenapa tetiba kau nak bercerita macham doktor ni?

Sebenarnya gua adalah salah seorang yang menghidapi penyakit ini.
Boleh juga digelarkan kulit sensitip (sesensitip orangnya, gitcchhuuu)

Haaa jangan nak mengata gua buat cerita pulak, ritu kata gua menempel nak penyakit OCD
kang ni nanti kata gua menempel nak penyakit eczema. gila ke apa. sapalah nak jadi manusia
tak sempurna kat dunia ni?

Eczema merupakan sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit
menjadi kemerah-merahan, gatal, kering dan merekah serta menggelupas.
Macham gua, paling ketara adalah dikawasan tangan dan kaki, dimana senang lembap dan senang kering.

Punca eczema ni sebenarnya banyak. Salah satu adalah keturunan
Tapi setahu gua keturunan gua takde penyakit gitu jadi memang disebabkan sistem imun gua
tak berapa nak berfungsi la agaknya.

Menjadi manusia dengan penyakit eczema adalah sangat merabakkan kocek gua
sebab bukan sebarangan produk yang boleh gua gunakan.
sabun mandi juga berbisa jika tersalah pilih. apatah lagi sabun basuh kain, lagi tajam orang kata
termasuklah sabun basuh pinggan dan syampu dan semua-semua begitu juga sabun pencuci muka

Bukan setakat sabun, penghidap eczema tak boleh terkena sebarang kotoran melampau
akan terjadi gatal-gatal dan boleh menyebabkan radang kulit yang sangat berbahaya.

Masa sekolah dulu gua pernah cuci kelas bersih tingkap guna kain dan air.
ya itu adalah satu tindakan sangat bijak dan beras cap bernas dari kepalahotak gua
dah tau penghidap eczema masih nak berlagak “aku mampu buat apa saja, korang jgn pandang sebelah mata”
kesudahannya. esok tangan gua jadi gatal nak matik! tumbuh bisul pada permulaan
seterusnya menjadi nanah dan merekah.
sakit dia toksah cerita la sampai kena balut dengan kain sebab semua tangan keluar air bisa dan nanah

terpaksa pergi klinik pakar, bagi ubat sapu, antibiotik dan pemenda ntah
seminggu cuti sakit dan alhamdulillah akhirnya sembuh.

ramai orang ingat ada ubat eczema
tapi usahlah kalian tertipu dengan sandiwara semasa tu
hanya untuk lakukan ubat apa gamaknya.
(dah berapa riban gua habiskan duit untuk merawat dan beli ubat)
akhirnya doktor kata “ekceli eczema ni tak ada ubatnya cik. kena rawat secara berterusan. ia tidak akan hilang, jika hilang pon akan datang balik”
(mungkin doktor dah penat nak bagi harapan pelesu… eh salahkan doktor pulekkk)

jadi marilah kita redha.
tapi samping-samping tu marilah merawat eczema kita secara berterusan
senang je. cuma perlukan ongkos yang agak banyak sebab mahai la kalau beli berterusan

penghidap eczema tak boleh guna sebarang sabun
gua guna sabun sebamed
kau tau sabun tu? taktau nih ada gambo… tau ko pehmahlas nak google

sebamed-cleansing-bar-sensitive-skin-100g_4155921

haaa ni dia, tapi carilah yang patented bukan patent pending cenggini.
kau tau harga dia berapa? RM17.++ 150g bai.
boleh dapatkan di drugstore yer
kegunaan dia, selama 2 minggu. (memang cepat habis)
jadi sebulan dah rm34.++ ranap. tu baru sebulan, tabahlah.
tapi beli cleansing bar okay jangan beli liquid. penghidap eczema tak elok pakai liquid
memandangkan liquid lagi banyak bahan kimia.
sabun ni dahla mahal, tak ada bau pulak tu. buih dia memang sikit sangat.

tempat paling gua rekemen untuk beli adalah Guardian
selalu buat promo.
haritu dia buat promo 2 bar dapat rm16.++
free satu bar kecik
masa tu borongla bebanyak.

okay lepas habis mandi manda
malam malam sebelum nak tidur pakai la dermovate salap from GSK

dermovate-oint-0-05-_730cc442-1a36-4cfc-829a-9faa000a2dac

 

dermovate ni memang sangat elok untuk eczema
seriyes tak tipu.
setiap kali eczema menyerang gua, inilah yang gua cari
tetiap malam sapu sampai sekarang dah licin balik tangan

haa tu satu lagi masalah penghidap eczema kan?
bila tangan kering menggelupas, segan oih nak salam orang
terus keyakinan diri memang merundum serta merta!
percayalah.
memang sebijik macham muka kau dipenuhi jerawat masa nak jumpa orang penting
gitulah kejatuhan self confident nya

So memang gua sarankan beli dermovate, tahan lama. sebulan membawak ke 2 bulan jugak
sapu sikit-sikit kalau tangan tengah tak ada masalah
dalam beg gua memang sentiasa ada benda ni, buat stok.
tapi pastikan korang beli SALAP okay, bukan cream atau ointment…. pastikan SALAP
beli dekat farmasi. tempat lain tak ada jual kalau ada pun fake
baiklah pergi beli kat farmasi.
harga asal dia rm 38.++ tapi gua beli kat Farmasi ALPHA dapat rm28.++
kalau tak salah gua.
selalu lupa. nyanyuk sebelum usia

syampu buat masa ni gua tak ada masalah lagi, tangan masih okay.
kalau buat hal terpaksa la tukar syampu.
sabun basuh pinggan………………………..
gua tak basuh pinggan, orang lain tolong basuhkan, sekian.
sabun basuh baju… gua bantai je sabun apa pun┬ásebab gua pakai sarung tangan
waktu membasuh baju bajuan dan tudung tudungan
FWash gua pakai sutra masih okay takde mendatangkan masalah
Lotion gua pakai BodyShop and Vaseline aloevera pun okay takde masalah

IF ada masalah memang nangesla lepas ni nak cari yang bersesuai dan merabakkan.

 

okaylah sampai sini dulu.

panjang lebar dah sangat ni. jumpa next entri
(bujet ada orang baca)

byeeee!