… NO CAPTION, NO WORDS, NO NOTHING …


Advertisements

… HIDUP …

Lamanya tidak mencoret.
Bukan kerana lupa, tapi mungkin ter-alpa.
Bukan tak ada apa nak dicerita, tapi mungkin lebih kepada hal yang terlalu peribadi untuk dicerita.
Yang gua rasa banyak buruk dari baiknya.
Manusia pemerhati sentiasa ada dimana-mana
Tambah-tambah lagi yang memang nak sangat tengok saat kejatuhan diri
Maka akan bersorak gegak gempita.
Jika diri sedang bahagia, akan diperli sekerapnya.
Jadi, diam itu lebih indah.

Tak ada apa yang ingin dicoretkan…
Hanya terasa masa itu berlalu pantas.
Tahun ni terlalu pantas sehingga sedar tak sedar sudah hampir di penghujungan.
Allah… rasa banyak lagi yang tak tercapai.
Banyak lagi yang tak dibuat.
Banyak persoalan dan tanda tanya belum terjawab.

Sedar tak sedar juga, hampir setahun sudah usianya.
Hampir… moga Allah terus panjangkan usia untuk sampai ke setahun itu.
Moga semua nya baik baik sahaja. Moga Allah peliharakan semua
Moga Allah masih beri kesempatan pada kita bersama.
Amin ya rabbal alamin.

Sedar tak sedar juga, sudah menginjak usia remaja…
Hahaha remaja? ya remaja tua. remaja untuk usia 30an.
Alhamdulillah, masih diberi ujian dan dugaan. Tanda Allah masih sayang
Masih diberi kasih dan sayang. Tanda Allah masih sayang.
Masih menangis merayu mengakukan kesilapan. Tanda Allah masih sayang.
Masih berharap diberi jawapan pada setiap dugaan. ya Allah masih sayang.
Alhamdulillah.

Hidup….
Mana pernah lari dari dugaan.
Mana pernah mungkin bahagia sepanjang zaman.
Tentu ada pasang surutnya, tentu ada bahagia deritanya.
Tapi walau sudah ke usia tua, tetap tak mampu untuk bertabah sahaja menerima.
Orang kata, hidup yang pancaroba itulah akan jadi manisnya.
Ya, jika jalan yang kau corak untuk hadapi pancaroba itu betul, memang akan ada manisnya
Tapi, jika jalan yang kau ambil untuk melangkah mgharungi itu salah, maka pahitnya kekal sampai bila2

Dikala usia menginjak tua.
Aku tak harapkan apa-apa.. berlian atau permata.
Aku tak harapkan apa-apa.. pangkat atau harta.
Yang aku harapkan adalah bahagia. Bahagia yang diredhaiNya.
Aku hanya ingin bahagia, cukup dengan itu sahaja.
Yang mana aku tahu, bertapa hebatnya dugaan itu… pahit pasti akan ada manisnya.
Aku harapkan bahagia dunia, bahagia akhirat jua.
Moga aku dapat apa yang aku pinta, moga bahagia itu milik kita selamanya.

Bersama hadapi dugaan, bukan lari darinya.
Bersama hadapi perselisihan, bukan berdiam diri semata.
Bersama hadapi rintangan, bukan kau dan aku berbeza cara.
Bersama hadapi segala kesusahan, kesenangan dalam apa jua cara.

Allah maha mengetahui, Allah maha pengasih, Allah maha pengampun.
Allah yang maha Esa.

Moga ribut ada surutnya.
Moga luka ada penawarnya.
Moga derita ada bahagianya.
Moga bahagia sampai ke akhirat sana…

 

_Still loving_
Ieyza Azmiey