…DAY 30:: A PHOTOGRAPH OF YOURSELF TODAY + THREE GOOD THINGS THAT HAVE HAPPENED IN THE PAST 30 DAYS…

Alaaa napalah suka mintak gambar aku yang dah tak berapa suka nak bergambar sekarang ni? huhu. later later kalau aku rerajin aku letak. malas la nak amek gambar, pastu nak kuarkan memori masuk kat usb card reader pemenda semua… perghhh MALAS. sekian terima kasih.

Three good things yang happen yeap….

1. Hubungan aku dengan inche bertambah baik and rasa seronok sangat sangat sebab dah kenal kuarga beliau. hubungan dengan adik beliau pon dah bertambah baik. betul la kot ya kata orang kalau orang tu betul betul serious and sayang kan kita. dia akan temukan kita dengan kuarga dia and akan datang jumpa kuarga kita. tak macam yang sebelum ni. ntahla….. aku tak tau apa motipnya kat situ.

2. aku dapat rasakan tahap kerajinan aku seimbang dengan tahap kemalasan. hahaha. ni sebab ada idea baru reti nak hapdet and berjaya la jugak hapdet sampai habis 30 hari kan? cuma kalau tak buat camni, cerita tahun ni ada la yang dibawak ke tahun depan. macam apa yang akan ku ceritakan nanti ni.

3. hidup aku sekarang ni penuh dengan aktiviti. sampaikan aku rasa rumah tu dah macam hotel. balik keje keluar lagi. hujung minggu pon macam tu. sesubuh hari pas solat siapkan diri nak joging pastu bekpas ringan ringan (ringan kata kau kan? padahal…..) then balik mandi buat aktiviti riadah pulak…. sampaila malam pegi sana sini, kerja itu kerja ini. tapi badan tak jugak jugak kuyus. hisssss

tu jelah, aku tak mampu dah nak merepek lagi. ini pon mengarut gila sebab otak tak dapat fikir apa yang go0d, yang pertama je aku boleh berfikir dengan waras. yang lain aku bantai je…kehkehkeh….

[UPDATE:: INI GAMBARNYA]

berpeluh peluh, comot gila aku. panas weiiiii panas!! dah la betul betul depan dapor. hambek ko…… habis basah satu badan T.T

DSC00001

Advertisements

…DAY 29:: SOMETHING YOU COULD NEVER GET TIRED OF DOING…

1. Updating My Blog~ aku tak pernah penat/bosan nak menghapdet blog. sebab aku ni suka nak bersembang, menulis what-so-ever. tapi masalah sekarang aku adalah pemalas. malas menghapdet adalah lain dari letih menghapdet.

2. Bergambar~ pon tidak pernah letih/bosan. datang time gila bergambar sehari suntuk pon aku mampu. cuma landscape biar chantek yeap. tapi yang buat aku jadi malas, aku tak reti dah nak bergaya. hilang idea weii. 

3. Membaca and menulis novel~ semua semua bukan sebab aku tired tapi aku malas. itu je topik untuk hari ni. Malas! Malas! Malas! Grrr…. aku pernah hasilkan novel dan bila nak buat balik aku dah jadi malas sebab banyak sangat aktiviti dan aku tidak cukup masa (konon) hewhewhew~

yang tu jelah kot buat masa ni. ohhhh pergi dating dengan inche tak pernah malas, letih dan bosan. mihmihmih~

…DAY 28:: YOUR FAVOURITE MOVIE…

aku tak banyak movie yang aku suka, sebab aku rasa banyak yang tak sampai taraf 5 bintang aku. setakat minat adalah tapi tak adalah yang jadi favourite, hanya ada 3-4 movie yang aku boleh berikan taraf 4 setengah bintang…. 

TRANSFORMERS 3:: DARK OF THE MOON

462062-transformers_dark_of_the_moon_poster_62_1356931297

KABHI KUSHI KABHI GHAM

KabhiKhushiKabhiGham_Poster

tumblr_m895l1ig2F1qe97tjo1_1280KAJOL n SRK ~ i love both of them when their together, superb couple in cinema

KUCH KUCH HOTA HAI

Kuch_Kuch_Hota_Hai_1998

24oa8ev ANJALI SHARMA~ SANA SEED

yang ni napok huduh tapi kat bawah ni napok lain lew pulop. apakah?

sanas1

GHAZAL UNTUK RABIAH

he he he …. aci tak aku nak letak nama ni. oke ini bukan sebab cerita dia tahap superb tapi ini sebab ada wilma. aku kan die hard beliau. seriously minat sangat sangat dan bertambah minat bila tengok penampilan pertama beliau dalam ni.

tak dapat aku sertakan poster nya, sebab sekarang kan dia dah bertudung. jadi aku menghormati hak peribadi dia dan tak elok la kan nak tunjuk gambar gambar dia tak bertudung.

Wilma-Muhammad1-565x441

katanya sudah berkahwin lain JUN lalu kan? alhamdulillah kalau betul berita tu. 🙂

p/s:: tak jadi chantek tak apa, tapi jangan jadi bodoh boleh tak??

…DAY 27:: PUT YOUR IPOD ON SHUFFLE AND LIST THE FIRST 10 SONG

13279077001315239

bahawasanya saya tidak memiliki ipod wahai tajuk pertanyaan. sadis tak? saya cuma mampu milik mp3 sony ericsson sahaja. uhuk uhuk uhuk. tak kisahlah mp3 sahaja pong. yang penting saya sayang sebab emak yang berikan…
dan memang ia shuffle, tak perlu la saya shuffle kan lagik -..-”

1 – Pergi Saja ::Geisha::

2 – AdaMu ::Najwa Latif::

3 – Merindukanmu ::D’Massive::

4 – Lepaskan ::Wanna Ali::

5 – Hilang Naluri ::Once Mekel::

6 – Biar Sampai Ke Bintang ::Asmidar::

7 –  Terhenti Disini ::Asfan::

8 – Tuhan Jagakan Dia ::Motif Band::

9 – Ku Akui ::Hafiz::

10 – Muara Hati ::Siti Nurhaliza and Hafiz::

…DAY 26:: THINK BACK TO HOW YOU WERE 5 YEARS AGO. HOW HAVE YOU CHANGED SINCE THEN…

panjangnya tajuk. aduii nya pon kan~ 5 years back…. oke lets start!

2007

masa ni umur aku berapa ya? jap jap nak kira…… oke dah dapat. masa tu umur aku 22 tahun baru…. auwwww! mudes remajessss sangat u ollsss!! masa tu aku baru berhenti kerja jadik sales girl untuk kraftangan kaca yang berhubung dengan Noor Arfa Batek, Terengganu. Biasalah. aku ni cepat bosan dalam buat kerja kerja macam ni…. asal keje 3 bulan je berhenti. padahal lumayan jugak tu pendapatannya. Pendapatan ikut hasil jualan.

masa ni tengah bengong bengong lagi. dan ada kenal dengan mamat ni. well tak hensem pon. mak kata muka macam antu raya. aduiii! yelah aku suka pon bukan secara rela meh. dia “guna gunakan” aku. kata orang ilmu agama itu, dia guna melalui asap rokok and air minuman. hambik kau. sekali pakej dia kasi. nasib kau tak masukkan nasi kangkang untuk aku. aku ni sampai pernah la bergaduh and derhaka kat mak ayah sebab dorang tamau terima mamat ini. bodoh sengal!!! pasal dia guna gunakan aku, aku dah tak reti hormat orang tua and lupa diri. Grrrr!!! tapi tak lama. puan emak dan cik kakak cari orang untuk ubatkan aku dari jauh. sebab aku ni berubat pon tak nak tau. dasat gila penangan dia ni. dia ni dah kahwin tau ada dua orang anak. masa mak dah tolong berubat tetiba aku tak boleh pandang muka dia. buruk yang amat plus benci gila tengok dia. then break off siap dia ugut ugut aku lagi nak buat itu dan ini. tapi Tuhan tu ada. Dia Maha Mengetahui. takpelah kau nak buat apa pun, kot mana balasan Dia pasti ada. kau ingat kau boleh lepas?

2008

photo has been removed 

muka matang untuk budak berusia 23 tahun T.T

photo has been removed

aku tak paham kenapa aku nak kena senyum cam jongang. motip? ni kat dataran syahbandar kuala terengganu.

tak ada yang menarik, masih menganggur cuma akhir tahun tu adalah hepi! aku dapat panggilan untuk duduki exam Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dekat INTAN WILAYAH TIMUR (INTIM). exam trengkas, dimana kau kena amik minit dan taip dalam masa yang diberikan. dengan format yang betul. dalam sebulan macam tu aku dipanggil interview pulak. sekali lagi hepi. terus pergi. masa ni aku dah tak ingat kat mana ntah. tapi aku ada jumpa sorang budak kelantan ni. chantek siot!! then akhirnya dalam bulan 11 macam tu aku diterima masuk sebagai penjawat awam. masa tu tayah cakaplah weiii. rasa nak buat kenduri besar besaran!! 
we olls kena kursus 2 minggu di IKWAS pulak (INTAN WILAYAH SELATAN) iaitu dekat Kluang, Johor. Oke itu seksa!! tak mampu la aku nak lupakan penyeksaan kami dapat selama dua minggu tu. macam nak pergi masuk berperang sebab yang ajar kami adalah askar. matik weiiii!! nak kena cita? me is malas. sekian terima kasih. cukuplah korang tahu we olls dah lembik kena dera masa bersukan kat sana. 
yang paling besh akhir penutup persembahan berkumpulan. kumpulan aku menang weho! oh ya masa kursus ni aku sekali dengan budak kelantan yang gojes ni tau. nama dia CKEEN~ sekarang dah jadi beshhhfrenggg aku dah pon. sayang ko ketat ketat keen. dia ni la tempat aku mengadu nasib. sobsobsob.

photo has been removed

my roomates, my beshfreng~

yang paling tak besh masa penutup menerima watikah, aku seorang je yang tercampak di KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI dan INOVASI (MOSTI) yang lain semua dapat mahkamah. nanges aku sebab tak ada kawan. lasss sesi salam salam peluk ciyom…. nanges lagi. 

then aku ditempatkan di MOSTI, Putrajaya sementara dalam seminggu tu untuk tunggu slip penempatan. masa ni aku kenal ramai pegawai yang kepala tingtong! besh!! dan masa ni jugak aku kenal seseorang. then awal bulan 12, aku officialnya menjadi pekerja dan warga JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA as a Personal Assistant

one of my beloved freng~ miss u so much!! sobsobsob

2009

terlalu banyak onak ranjau duri yang aku harungi selama berada di MET. aku pernah diberikan surat amaran untuk tindakan tatatertib sebab aku tak dapat buktikan kehadiran aku sebab biometrik tak boleh detact jari jemari ku yang halus dan mulus ini. mihmihmih. aku ditengking-diherdik-dimarah oleh inche bos aku. sebab yelah… budak baru kan…. manakan reti apa pun, megong kuasa tenuk. serious terlalu banyak benda yang terjadi. sampai aku tensen hari hari, nanges hari hari. sampai satu tahap aku rasa macam nak berhenti. tak main la tukar tukar kan berhenti terus senang. tapi mak ayah aku? sape nak tanggung? bukan cukup kakak aku sorang yang tanggung… aku tamau lagi mak ayah hidup dengan kekurangan. aku nak dorang rasa mewah. 

masa ni aku kenal sepaku.net. dan kenal ramai kawan dalam tu. dan yang paling kekal adalah berlima sekarang. PUAN NICKI, PUAN SNOW, CIK QASEH and CIK DANIA. tak sangka perkenalan dari forum boleh menjadikan kami kawan baik sampai sekarang.

puan nicki tengah membaling boling agaknya masa ni *bukan gambar 2009*

ini dia puan nicki… hehehe… teruk kan muka shayer masa ni…. *bukan gambar 2009*

pertengahan tahun 2009, aku berkahwin dengan jejaka pilihan yang sangat kurang diketahui latar belakang. yang aku tahu beliau dah bercerai dan mempunyai dua orang anak. perkahwinan yang aku sendiri tak sangka.

2010

aku rasa ini la gambar 2010. lupa la pulak. mihmihmih

kerja masih macam tu, tiada perubahan. cuma lebih tahu apa yang perlu apa yang tak perlu dan sebagainya lah. kurang kawan sebab aku kan sombong. mana nak kawan dengan orang. jadi alone ranger la masa tu. tak ada apa yang menarik tahun ni… semuanya hanya duka. 
bila end of this year, aku bercerai. sekali lagi aku rasa diperbodohkan. berkahwin kerana “guna-guna” apa ke engkau tak ada kerja lain ke nak buat ha lelaki lelaki sekalian, selain dari guna guna kan orang? suka pakai ilmu? aku tak paham pe masalah kau. kau tak mampu nak ada daya tarikan ke apa ni? 
oke ini dia sendiri mengaku dengan aku, yang dia ada baca baca masa aku tengah minum dengan di genting highlands. terbaik?

lagi besh dia ada bekas bini yang meroyan sampai anak dia pon meroyan. tak paham aku. dia tahu aku nak kawen dengan bekas laki dia, ehhh dia pon tergedik gedik nak balik kat bekas ni tapi laki dia tak nak. bistu? ko nak suruh aku buat apa? yang beshnya dia pandai menipu, cerita dia boleh buat satu mesia percaya tahu? dasat dasat. dahla malas nak cerita pasal dia. kosserrr~

akhir cerita ni yang boleh sampai penghujung adalah sebab beliau adalah panas baran. kalau bergaduh habis rumah tunggang langgang. itu aku tak menjawab tu kalau dia marah. kalau aku menjawab? dengan aku aku sekali patah riuk. kesudahan barang barang rumah akan sentiasa bertukar yang baru. bagus tak? 
pernah sekali masa tu dah selesai makan dan aku berbincang dengan dia. dia marah yang bukan dan aku cuba betulkan apa yang dia salah paham. suara aku masa tu selembut lembutnya dah. tak tau nak lembut macam mana lagi. siap terang kan elok elok dan akhirnya dia melenting, aku tatau sebab apa. dia ambik pedang pendek dan letak di leher… pedih! serious tinggal nak berdarah je lagi kalau dia tolak sikit lagi…. aku dah agak mesti aku mati macam ayam kena sembelih. mati macam tu terus takpe. kalau gelupur terseksa camne? aisehhhh tak dapat bayangkan bukan?

mujur mak aku ada kat KL masa tu, aku mintak tolong mak untuk buat report dan failkan penceraian. dia cari aku sampai ke opis oke nak heret bawak balik. kau tahu tak betapa keciknya hati aku bila dia buat amukan kat opis aku. tahu tak?? nak lagi besh memang aku dah dapat instinct ni awal awal lagi dah. mak datang settelkan hal ni semua dan dia lafaz cerai dalam telefon.

naik mahkamah kes jadik panjang sebab dia tamau lepas dan dia tak hadirkan diri. tapi datang merayu di opis aku hari hari adalah tak apa pulak oke. 

2011

apa ya yang berlaku sepanjang tahun ni, aku dah lupa pulak. tetiba aku jadi hilang ingatan. sori laaa….
yang aku ingat aku berjumpa dengan dua manusia penipu, suami dan isteri. yang paling bagus isteri sangat pandai berlakon teraniaya oleh aku. alahai….. kalaulah ada award. dahla malas nak cerita. lagipun aku dah hilang ingatan la pulak pasal hal hal ni, siapa ntah yang hadir dalam hidup aku ni sepanjang tahun ni aku dah lupa. apa kenangan manis pahit semua aku lupa.

yang aku tahu. kerja aku semakin oke. inche bos pon dah oke jugak. buat perangai jugak tapi alhamdulillah aku mampu bersabar dan telan segala pahit yang ada. kaki ku masih teguh berdiri disini. walau dalam masa yang sama cuba cari peluang kerja di tempat lain. dan aku pes time buat passport antarabangsa untuk melancong ke singapore semata mata. mihmihmih

kenal seseorang yang lain tapi masa ni masing masing kecelaruan identiti. mihmihmih!! so takpe let alone situ. pening orang baca aku ni ramai sangat dengan orang itu dan ini kan? iskkkk

2012

 

tahun ni…. alhamdulillah… walau terlalu banyak kepahitan tapi kemanisan tak pernah lupa untuk singgah. saat menyukarkan adalah melupakan seseorang yang terlalu kau sayangi. tapi aku beruntung dalam kelukaan ini, ada seseorang yang lain cuba tolong aku lupakan kesakitan yang ada. 
tahun ni terlalu banyak teruji, ya tahun yang betul betul menguji. dengan serangan bertubi tubi manusia yang masih tak puas hati walau semua sudah jadi miliknya, dengan pertengkaran dengan beliau itu dan salah faham dengan adik beliau. 

akhirnya, lewat tahun ini aku mampu tersenyum bahagia. kerja pon semakin oke. semakin selesa di tempat ni. tapi masih mengintai tempat lain untuk bertukar. cuba rezeki belom ada. In Shaa Allah tahun depan mungkin? 

semua masalah telah selesai, cuma aku dengan manusia berlakon teraniaya tu jelah yang blom selesai kot. tapi disebabkan aku malas semakkan otak aku dengan beliau yang tak berfaedah so aku abaikan kewujudan beliau. lantak pi situ kan? bukan beliau yang tanggung aku pon selama ni. so bye bye.
aku dan mr her aka inche pon dah berbaik and kapel balik bulan 6 haritu…. cuma…… jengjengjeng, ada something wrong somewhere raya tahun ni adalah paling tak besh…. aku tak tau dimana silapnya. inche balik johor dan berjumpa dengan ex beliau makanya cinta lama terjalin kembali. aku tak tau kenapa instinct aku selalu betul. aku tak suka tau!!

merdeka tu kami ambik kata putus untuk berpisah dan biarkan dia memilih haluan dia. alhamdulillah tuhan itu penyayang bukan, dia tahu apa yang sebenarnya. inche minta peluang kedua, dan ya aku berikan dia peluang kedua. aku maafkan dia dan alhamdulillah, sampai sekarang aku bahagia dengan dia. banyak sangat perkara berlaku antara kami, dan banyak sangat yang kami lalui bersama setahun ni. aku sayang dia dan biarlah apa orang nak kata. sebab hanya aku dan Dia lebih mengetahui. sayangnya kenapa perempuan itu perlu menipu aku? aku tak paham. tak boleh ke engkau berterus terang?? kenapa perlu menipu?? kenapa perlu memaki hamun inche dan kemudian menerima dia kembali?? seriously aku tak suka attitude dia, dulu aku hormat dia sebab dia pernah menjadi insan kesayangan inche tapi bila dengan aku dia maki inche, terus aku terkesima dan blur……

dan aku juga sedang bertabah kerana inche sedang melalui frasa untuk melupakan seseorang yang paling disayangi. siapa yang tak tercuit? tak terasa? tak sedih? bila ini berlaku pada diri kau, tapi aku cuba belajar untuk bersabar dan bertenang. aku anggap ini semua ujian dari Allah…. dia menguji untuk aku kembali kepadaNya. aku tahu Dia takkan pernah hampakan aku.

akhir tahun ni jugak inche bawak aku jumpa keluarga dia di johor.
alhamdulillah aku dan cik adik dah berbaik 🙂

biar lah… cukup sampai sini saja… biar semua cerita hanya aku, inche dan DIA saja yang tahu tak perlu aku beri keterangan lanjut. tak perlu menambah kepedihan dihati.

apa yang aku harapkan aku dapat ubat mata emak yang semakin pulih. In Shaa Allah berkat usaha, tawakal dan doa kepadaNya aku rasa mata mak boleh sembuh. sekarang masih cuba ubatkan mak, suruh mak makan ubat tanpa henti. 
mak… eza sayang mak sangat sangat. apapun yang berlaku, eza akan ubatkan mak. ikut mana pun eza akan cari duit untuk rawatan mak. In Shaa Allah mak, kita ada Allah yang maha penyayang, Dia pasti bantu 🙂