… POTLUCK …

Selalunya kami da gojes2 PA ni akan berkumpul semua pergi makan-makan dalam sehari setiap bulan
tapi rasanya cam lama sangat kot kami tak dapat berkumpul
sebab masing masing kebizian, ada yang bercuti la ada checkup la ada janjitemu lain la
so, memang berzaman sangat tak kumpul reramai

tapi dah pasang niat if berkumpul nanti nak buat style potluck la pulak
asyik makan kat luar je kan. ramai sangat yang malas nak berjalan

akhirnya dapat jugak rancang nak buat potluck saat2 akhir tu ha
tapi potluck kami lebih kepada hi tea la.
malas la pulak nak masak berat-berat kan
sebagai permulaan buat makanan ringan-ringan dulu
if dapat sambutan bolehla buat makan tengah hari pulak

selain tu tujuan asal nak buat potluck sebab nak meraikan baby Puan Yana dan Puan Ain
tapi sekali Puan Yana pulak tak dapek nak hadir…
haiiipppp suh ketuk ketampi lapanploh kali kang

20160902_123708Ain bawak walnut brownies with coin chocolate… omg shedap nyer lah hoih. tak cukuppppp!!!

20160902_123823

20160902_123811Kak Imah bawak Mee Bandung… curlasss jah naik motor boleh bawak mee bandung.

20160902_123804Dak Syam pulak bawak Meatball with Black Pepper Sauce. Sedap jugak!
meatball tu dia beli yang siap dah. frozen punya. so goreng jelah. tapi agak kemasinan sikit.
kalau dak syam sendiri buat ni mesti lapanplohlapan kali ganda sedapp!!

20160902_123749

20160902_123743Dak Wana pulak bawak fries and nugget. kata nugget itam jangan amek dedekat.. ahaha
tapi kita nengok okay je. sedap je makan takdelah hangus ke hitam ke tak masak ke.
gigih bangun kul 5am ya wana :p

20160902_123736Kak Effa, bawak sandwich sardin tuna and mayonis and egg mayonis..
pepandai je gua kasi nama. blasah la janji nama sedap kan

20160902_123725Gua bawak ni, Manggo Chessecake with strawberry.
tapi strawberry dah tunggang terbalik… habis jatuh berderai.
pastu susun2 dah tak jadi. malu aih!

20160902_123839Dak Zana bawak Cocktail. panjang betul cerita nak buat cocktail. satu pee jay tawaf carik
air batu. semata-mata nak buat ni ha. memang sekarang orang dah tak minum ais agaknya

tak banyak sangat kan menunya tapi tu pon tak larat nak makan dah tau
sampai menyandar semua orang, bawak sikit-sikit sorang
tapi alhamdulillah kenyang sampai ke petang

c360_2016-09-02-13-44-31-070sabo jelah tukang amek gambo ni. dengan tisu-tisu diambiknya…. aippp

c360_2016-09-02-13-44-02-355The P.A’s

tak sangka la pulak, pekerjaan kami ni ramai betul pendengki…. dok mengutuk belakang2
kesian betul orang macam ni. mungkin sebab dia setakat kerja tempat punggah barang2
tak glamour langsung.. elok dah dengan muka buruk tu, layak nya dia jaga cleaner toilet je
cleaner pon lagi cantik dari dia. asal nak mengutuk orang sangkut paut kerja orang. takde kena mengena pon. tapi dah tak ada modal kan. kesian sangat kak oi. balik cermin diri dulu please. muka buruk takpe kak tapi pangai tu biar cantik ya. pangai buruk sama dengan muka tu big problem kak. masuk bengkel sucikan hati ya lepas ni. mintak dengan jabatan akak.

c360_2016-09-02-13-33-10-285wakil ambilkan hadiah untuk dak yana

c360_2016-09-02-13-22-43-948selfie ah sikit, bagi orang lagi menyampah! kehkehkeh.

kbye!

… FENOMENA VITAGEN by LANUN RANGGI (AUJINZ)…

Hi! Assalamualaikum…

Yeay bersiaran akhirnya. Alasan yang sama… Bizik!
Ni baru dapat bernapas dengan lega.
Alhamdulillah, dapat jugak bernafas… kalau tak dapat langsung terus camna?

Okeh now terfikir nak cerita jugakla sikit
Kalau perasan dah viral kat muka buku pasal abam ojinz up pasal vitagen putih
Ramai betul share dan ramai jugak komen,
Dan… tak sangka ramai jugak sentap. adeh!
lahai, pasal vitagen je pun masing masing nak sentap.

Vitagen

Nanti kat bawah cerita gua kasi link untuk kronologi cerita sebenar ya
Sila baca cerita cerita beliau kalau nak tahu lebih lanjut.

apa yang gua nak bagitahu kat sini,
pasal gaduh-gaduh komen ni jugakla gua sampai pegi giant semata-mata nak try vitagen putih tu, tahu?

dasat?
selama ni memang gua tak pernah rasa pon kaler putih dan gua tak teringin pon nak rasa
takut tak sedap
takut termuntah nanti
tapi bila dah ramai-ramai perjuangkan nasib si vitagen putih ni
gua sampai terjebak sekali nak merasa

first try. mak aiiii…. apa rasa ni? dah macam antibiotik hoih rasa nya
tak sedap langsung
tapi telan la jugak kot mana tau boleh terima
dahla gua beli yang ada dua vitagen putih tu
yang lain hasbeng gua dah bantai minum…. yang putih tinggal kat gua
Cantik punya perangai

seriyes, terasa ditipu…. kenapa korang tipu gua kata yang putih sedap?
kenapa?kenapa?
eiiiii rasa nak muntahkan balik tapi dok dalam kereta
tak tergamak pulak rasanya

last semalam gua habiskan jugak yang putih tu
sekali togok… tak kuasa nak rasa banyak banyak kali
eh tetiba rasa okeyla bolehla tahan, tak adalah pelik sangat
mungkin sebab sekali togok kan? tak rasa apa.
oke boleh terima…
tapi kalau terpaksa la, kalau sesaja nak pergi beli tu tak lah kot
tak sanggup la pulak nak aniaya diri sendiri.
kalau masih ada pilihan lain, gua pilih yang lain dulu la… ahahhaahhaih

okeh, nah kronologi cerita dari blog lanun ranggi by prinz aujinz

Cerita 1 ~ Yang selalu tersisih

Cerita 2 ~ Mem Kecik Punya Rasa (Facebook Page Lanun Ranggi)

Cerita 3 ~ Backup Vitagen Putih (Facebook Page Lanun Ranggi)

Cerita 4 ~ YangTersisih dan Disisih… (Kan Oleh Mem Kecik)

Okeh, semua link kat atas tu boleh klik. Termasuk Link Blog Lanun Ranggi by Prinz Aujinz tu.

Nak cilok, biar berhemah katanya….

:p

nota kaki tangan : terguna “gua” sebab dah terbiasa tulis kat facebook macam tu. abaikan jelah ya. malas pulak nak padam balik

… TAGING – POKING – FLIRTING …

1. Bekas kekasih saya adalah…
~ amboih awal-awal sudah panas soalannya. errrr…. tak perlu diungkit cerita lama… cerita masa lalu.. cerita kau dan aku… gituuu.

2. Saya sedang mendengar…
~ Incomplete by Backstreetboys, sesuatu sangat

3. Mungkin saya patut…
~ Kurangkan cara berbelanja yang bukan-bukan, makan berlambak-lambak supaya dapat simpan duit jadi jotawan

4. Saya suka…
~ Menghabiskan masa buat benda yang berfaedah sahaja cthnya bershopping, berblogging, tengok drama2 luar negara… mungkin tak ada faedah pada anda tapi berfaedah pada saya >.<

5. Sahabat-sahabat baik saya…
~ Biarlah rahsia, saya tidak mahu ada manusia yang kurang kasih sayang dan tiada perhatian merampas rerakan saya. LOSER!

6. Saya tak faham…
~ Kenapa sampai sekarang aircond masih belum dibetulkan? kenapa tombol boleh tercabut? kenapa bilik air asyik rosak dan kenapa saya masih berada disini… dijabatan ini.

7. Saya kehilangan..
~ Memori? tak memasal… kehilangan rasa CINTA? oke tak memasal jugak…. Saya kehilangan JIWA

8. Ramai yang berkata..
~ Saya ni garang… muka je lembut tp garang nak matik. huh! baru tahu ke? *flip shawl* 
well, don’t judge a book by its cover. Kalau orang buat saya marah harusla garang, gua belum gila lagi nak garang tak memasal. Gua manja sebenarnya. tapi bukan jenis manja menggeletis sampai orang lain pon nak bunuh diri je tengok. oh ya, satu lagi orang selalu kata saya sombong, well……. memang sombong pon, ada masalah?

9. Makna nama saya..
~ Saya tak pasti, yang saya tahu NuR (cahaya) Iza? (kesejahteraan) jadi? Cahaya Kesejahteraan barangkali. patutla sejahtera aman sentosa je hidup. jajajajaja.

10. Cinta itu adalah..
~ Berkorban apa saja demi melihat dia bahagia walau bersama atau tidak bersama kita. *angguk angguk*

11. Di sesuatu tempat, seseorang sedang..
~ Mengarahkan orang yang sama itu dan ini, memeningkan kepala orang begitu begini, time orang semua la, time dia? lepas tu cari salah orang. hurmmmm… kbye.

12. Saya akan cuba..
~ Menyimpan. Aduhai susah nya….. saya lebih suka menghabiskan dari menyimpan… lepas tu awal bulan meroyan :p

13. Ayat selamanya membawa maksud..
~ Allah S.W.T sahaja yang selamanya. tiada yang kekal dan semuanya dusta kecuali DIA.

14. Telefon bimbit saya..
~ Samsung Galaxy S4 yang saya beli dengan duit hasil titik peluh suka duka saya sendiri dan sekarang tengah pandang sinis je sebab selalu hank. nak aja saya buang semua mak nenek didalam ini. tapi nanti saya juga yang menyesal. banyak gambar2 lama yang masih belum berpindah… errr maksud saya dipindahkan

15. Bila saya terjaga dari tidur..
~ kalau hari bekerja tengok jam, mamai mamai dulu then terus gi mandi untuk siap-siap pegi keje. kalau hari biasa pon tengok jam, mamai mamai dulu then terus bangun mandi untuk siap-siap masuk dapur. :p

16. Saya paling meluat apabila..
~ tengok manusia yang gedik.. yang manja tapi gedik.. setakat manja itu normal, kalau gedik pon itu normal tapi kalau manja gedik tu nampak sangat kurang kasih sayang. sampai kan perihal dalam kain pon mahu dikebarkan untuk dapatkan perhatian. oh lupa… LOSER.

17. Pesta/Parti adalah..
~ makan makan bersama sahabat sahabat BFF dan bersembang tak ingat donia. oh kalau yang ada lagu-lagu membingitkan telinga, pakaian singkat menyakitkan mata tu tak payah la jemput saya. saya takut anda kecik hati jika saya blah begitu sahaja.

18. Haiwan paling comel yang saya pernah temui adalah..
~ muchkin cat and dwarf rabbit… tak pernah tengok depan depan, tengok gambar je itu pon dah kegeraman. kalau depan depan nanti mati pulak saya kerja kan. comel sangat!

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya..
semua. kerana saya seronok menjadi saya. tapi kalau boleh mahu saya mengulangi masa 3-4 tahun lalu, agar tiada sengketa bersama dia, dia dan dia. 

20. Hari ini..
~ masih berjerebu, masih kelabu… haishhh bilalah nak habis musim ini, tak sanggup menghirup bau bau. Dan… harini murah betul rezeki, semua orang blanja itu ini. Trimas!

21. Malam ini saya akan..
~ gosok baju, mandi, main games hidden object then tido awal sebab esok kerja. 

22. Esok pula saya akan..
bangun kemudian tengok jam, mamai mamai dulu then terus gi mandi untuk siap-siap pegi keje. 

23. Saya betul2 inginkan..
~ semua yang saya inginkan ada di depan mata saya sekarang tanpa sebarang halangan. wahh  mendalam tak maksudnya. ok tak, bye.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..
~ tak ada masa nak telek wajah kat cermin, saya buat kerja semua dengan kadar segera. tak de masa nak telek dan perasan cantik.

25. Pusat membeli belah atau arked permainan..
Pusat membeli belah, haruslaaaa….. saya boleh duduk dari pagi sampai malam di pusat membeli belah. saya cerewet jadi barang semua saya akan betul betul telek.

26. Makanan Barat atau Jepun..
~ Barat. Saya tak tertelan Sushi, jadi saya takut tak dapat telan makanan jepun, tapi saya minat makanan korea!

27. Bilik yang gelap atau terang..
Gelap. saya paling tak suka keadaan terang. samar samar saya boleh terima. sebab tu rabun!

28. Makanan segera adalah..
~ Saya kurang makan makanan segera. saya selalu makan kerepek kerepek sahaja. apakah itu juga dikategorikan makanan segera?

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang..
~ belum ada ayat terakhir. sebab saya selalu cakap dan cakap. buat masa ni baru lepas cakap JAS menipu. err bukan Jaslinda Jamal yer… :p

… ANNYEONGHASEYO …

assalamualaikum dan salam sejahtera = )

BIG smile…….
very very the BIG smile….
very very very the BIG smile….

 

tak tahu kenapa sekarang terasa IN sangat dengan Korea!
matiklaaaaaaaaaaa……..

adakah ini semua salah kekasih hati yang tinggal nun jauh di Korea,
maka kerinduan pon membuak2 sebab lama tak jumpa…
lantas semua pasal korea adalah telah melekat?
lagu2 korea…. cerita2 korea… sampai makanan korea pon dah tersangkut!
dari keminatan terhadap jepun dah beralih arah ke Korea.
sebab inche bekas pakwe dulu dah nak kahwin? atau pun beliau sudah tidak seperti dulu
*cewahhhh ayat…. ko ni kalau kena penampo buaya 18das pon bagus jugak ni… bior insaf sikit*

nasib mak jijah dah ada cinta baru….
harap cinta baru tak main kayu besbol dengan mak jijah T.T

 jang-geun-suk-mook2011-2*kredit to naesukkie.blogspot.com, kamshamida*

cam perempuan? hader aku kisah??? lalalalalalalala

nak cerita jumaat yang lepas weollsss Da’ Gojes PA pergi ke NU SENTRAL yang baru bukak tu….
mak aiiiii cantik bak hangggg!!!! mall dia superb la jugak. macam2 adoooo….
taklama lagi nak buka pawagam n pusat bowling katanya! huntunglaaaaa……
dapat la lelepak kat situ jek nanti, tayah g jejauh. tapi yang pastinya setiap minggu akan sesak!
dan yang besh ada SEPHORA!!!
aku kan tengah gila kumpul NYX lipmatte/lipcream/lipstik… kat sephora tu ada, murah lak tuh!
yang tak beshnya cepat nau stok dia habis….. laku bebenor nyx ni sekarang

mula2 tu misi nak pergi merasa makanan kat Korea,
Kak Effa kasik cadangan untuk kuar sesama pergi DUBU_DUBU RESTAURANT
yang baru buka cawangannya kat NU SENTRAL

Dubu-dubu

sampai jek orang dah penuh dalam tu. jadi kenalah beratur kat luar.
nasib kami jadi orang pertama yang beratur… kalau panjang dah tu matiklaaa nak nunggu
memang kena gi shopping dulu la gamaknya

so santapan aku haritu
KIMCHI BEEF SOONDUBU JIGAE!

sedap bak hanggggg!!!! DAEBAK!

aku suka laaa… kira boleh masuk tekak…
egatkan orang Korea makan tak berapa nak pedas, rupanya boleh tahan jugak la pedasnya tu
cuma nasi tu aku rasa dia tak guna sepenuhnya beras korea, dia campur beras biasa and beras pulut
supaya ko makan sikit tp dah rasa kenyang tahap melampau!
then dalam 3jam nanti ko lapar balik. hahahaha

kimchi dia pon sedap, walau ramai jek yang tak leh telan tapi aku boleh jekkkk!!
sedap sebab pedas… rasanya masam2 tapi pedas.
tapi memang besh la soondubu jigae dia tu…!

20140829_131844

yang timun jepun tu aku tkleh telan sebab rasa halia dia kuat sangat
and lobak putih jeruk pon aku tak rasa nak telan.
kalau masak sayur lobak putih aku leh makan tapi kalau bagi macam ni jek jangan harap ye aku nak telan

air dia pon besh.
aku amek citron pemenda ntah…
memang sodap!

10425447_532627270201014_1138255677034636121_n

pendek kata… siapa yang tak pernah lagi makan tu silalah cuba!!
memang bebetul sedap punya! daebak!!

20140829_125505

IMG-20140829-WA0002

IMG-20140829-WA0003

…EVENT FOR US…

Cerita zaman purbakala…
Ada yang dah tahu dan ada yang tak tahu, oh ya ada jugak yang buat buat tahu dan tak tahu.
Tak kisahla mana mana pon kan, yang penting aku baru nak bagitahu. hari ini dan saat ini.
Sebab apa baru nak diberitahu arini…. yeaaaa… pandaiiii oke bai.

tak salah aku tarikh berlangsung adalah 3 Mei 2013. kira bagus lagi aku baru nak tulis sekarang, bukan 3 hb akan dtg… 
-__- dasar!

kami personal assistant yang baik, cantik dan lemah lembut ini telah pon membuat perayaan sendiri sebab masing masing buat donno je kan. maklumla bukan orang penting jabatan, terima la hakikat. maka aku, kak effa and zana setuju untuk tukar tukar adiah sesama sendiri. sambil celebrate di pizza hut. huh! pizza hut lagi? nampak tak…?? nampak tak mana datang lelemak tepu di badan aku?

946986_591357687548953_183584871_n

sangat mabeles pizza nya. tapi aku tak sempat nak rasa yang bahagian aku… emm takpelah lain kali, boleh keluar makan dengan inche pulak kan.

946771_591357644215624_1247865643_n

417803_591357624215626_432908825_nhasil makanan mengikut pilihan tekak masing masing.

395611_591358010882254_309334683_n

315944_591357767548945_1256835145_n

yeahhh kami yang tersadai kekenyangan…. elok je condong dari kanan. hahaha. sampai kat aku terus menegak. pekehal entah.

antara PA2 yang cun, gojes, menarik, tertarik kau memang gebaboom…

197623_591357794215609_136861475_n~~Musyrifah aka Suriey Eriefa~~ Our First Batch Senior

946412_591357894215599_78459809_n~~Syazwana aka Wana Syazz~~ Our Second Batch Senior

~~Nuriza aka Ieyza Azmiey~~ Third Batch Senior/Me

945563_591357927548929_1933440463_n~~Hazanah aka Deactived Account~~ Our First Batch Junior

Hasil pertukaran hadiah

190449_310138689116541_586859282_n

Cute Teddy Bear With Chocalate From Zana

Pasu Kaca and Selendang/ Tudung From Kak Effa

Novels From Cik Kakak…

p/s:: tenkiu uolls… !! nanti kita sambut lagi ya. itupun lau ai wujud lagi lah kat jabatan tu… tehehehe