…ANOTHER LIFE THAT HAD BEEN LIVE…

Hai! HOi!! *tajuk diatas adalah sangat merepek -_-*

Gila malas nak update. tapi kena update jugak. tapi akan jadik tidak berkualiti kalau update tanpa aura seronok. tapi kalau tak update akan lupa.
hoihhh berapa banyak tapi kau ni!! tampa kang!

30hb March 2013

Berangkut-angkut ke rumah inche kawan yang dah selamat pon diijabkabulkan. inche Hasbul Wafi….
Tahniah Abam Wafi!!

Kononnya nak bertolak jam 8am la dari sentul ni ha. sekali ambik kau pukul 10am baru sedar diri memasing dah lambat. 9am tu pergi mam mekdi bekpas dulu lepas tu habis sejam melepak santai macam tak ada misi dan visi *visi kau!* lantas terus la gerak.
Sungai Sipot, here we comes!!!!

kenduri*kualiti gambar agak kureng, kerana ku pakai tablet samsung sajork, cesss*

Sekali lagi ambik kau, jauh nak meninggal hooihhh!! selama ni ingat… “alaaa perak tu 3 jam je laaa, boleh ulang alik” kata lah si riak bongkak sombong dan takabur aka aku. ye akhir cerita 5 jam atas jalan raya. hebat!!! serious montot aku kebas gila aku rasa, siap pekej leper terus tak ada montot tau. pejam celik pejam celik masih ditempat yang sama….

5 jam sebabnya lalu jalan bandar, tak ikut highway, yeayy!! kami bijak kan??? -_-”
maka marilah berkesesakkan lalu lintas disitu. Grr!! nasibla kereta besa. kalau kancil mau aku turun je dari kereta jalan kaki, maunya tak, sangatla tak selesa beramai ramai dalam kereta sambil panas panas peluh peluh. serious, Perak is panas gilaaaa!!!! cuma panas kat Perak tak sama bahang macam kat KL. nasibla tak hujan jugak, kalau tak ada yang duk 8 jam dalam kereta. 5 jam tu kalau diikutkan aku dah boleh sampai terengganu tahu!

sampai je pengantin dah santai dah, siap bukak butang baju, buang tengkolok. kusi pon orang dah susun susun. kesian tau! nasib ada lagi nasi and lauk pauk. lau tak ada jugak ku bedal nasi tuan rumah masak. 

tema pengantin silver (kelabu) pink…. tapi pinknya sikit je…. majority kelabu and putih la… encem laaa kawan saya! semat sangat walau dah berpeluh peluh sebab cuaca panas nak meninggal.

IMG_20130330_160443

habis makan makan pengantin ajak bergambar. wahhhh!!! rejeki jangan ditolak. kok mula mula tu malu lah sangat kan, masing masing berat montot nak gerak. sekali sorang bangun semua bangun macam mak and anak anak ayam. lepas amek gamba dengan photographer professional, terus tak ada segan silu dah hocey. sila buat pelamin tu macam pelamin engkau sendiri! cesss…..tadi kenkonon malu la sangat kan.

kenduri1*with da pengantin… hasbul wafi and syamimi! congrate!!*

IMG_20130330_154715*pengantin dan bakal pengantin….weho!*

kenduri 2*close up sikit… suka nengok muka dak wani sbb dah macam paten liyana gitu*

IMG_20130330_155445*cik kawan and cik adek pulak*

lupa nak gitau sampai dalam jam 4pm, by 5.30pm tu kami dah beransur pulang. takut malam sangat lak sampai. kali ni request guna highway je sebab ku memang dah tak mampu nak bertahan another 5 hours dah. by 8pm dah jejak bumi selangor and hujan rerenyai. nasib!

p/s:: eza doakan wafi bahagia dengan isteri tercinta. bahagia sampaila ke syurga. jatuh bangun dalam perkahwinan adalah biasa. ianya asam garam kehidupan. jadikannya untuk maju setiap tapak kehadapan. semoga menjadi pemimpin yang unggul pada isteri dan anak anak kelak. in shaa Allah. janji Allah itu pasti.

…BUDIN, KAU JUGAK YANG KAWEN DULU YEAP…

Tarikh:: 24 Nov 2012

Masa:: Pagi ke Petang

Tempat:: Negeri Sembilan

IMG_7843

baiklah, jangan betulkan mata anda. memang tidak tersalah tarikh, tidak tidak dan tidak. memang itu tarikhnya, cerita ini berkurun dah oke… kalau aku mengandung dah terberanak mungkin. ini semua sebab tuan empunya diri aka bekas raja sehari tu kedekut gila nak bagi softcopy kat aku, tunggu punya tunggu nan hadooo….
harini tatau wayar putus dah tersambung balik kot baru egat nak bagi aku softcopy gambar… bengkek je, nape kau tak tunggu aku pencen je der? grrrr

antara kami berlima (ahli koir JMM yang rapat gila) tak sangka la yang mamat rappers aka budin ni akan kawen dulu.. majlis akad nikah di sebelah perempuan (pahang) pada 26 oktober 2012 dan ini pulak majlis sambut menantu di sebelah lelaki (negeri sembilan) pada 24 November 2012.

antara banyak banyak kawan lelaki and antara bebudak koir dengan dia ni la yang aku paling rapat, tiap kali jumpa nampak macam kucing dengan anjing kan? tapi senanya we olls banyak jugak meluang masa bersembang gila gila, mengumpat hal hal lagha tu memang berlambak hahaha…. at the end, dah jadi suami orang pon kawan aku ni… kawan bergelak ketawa, kutuk mengutuk bersama… menangis je belom bersama lagi… hehe

we olls bertolak dari HQ JMM lebih kurang jam 9.30am gitu, dua bijik kereta dan singgah di RNR seremban (yelah kot, aku tatau nama apa RNR tu) sebab cik kinah ni nak tukar baju kurung, dia pakai tracksuit je memula tu sebab dari bengkel. eh tracksuit ke? oke hilang ingatan~ masa ni memang tragedi bertimpa la, rasa nya macam nak buat rasukan ablasa pon ada waktu tu, ada la seseorang ni waktu dah nak bertolak ehhhh boleh pulak engkau pergi menapau kfc ya dik? masa mula2 berhenti kenapa engkau tak nak pergi dik ooiii, kitaorang dah settel semua, dah nak berjalan pon tetiba hairan kenapa kereta sebuah lagi tak ikut. makanya tanya la drivernya inche wafi, sekali dia kata cik kawan kami pergi menapau kfc. seriyes masa ni aku dah hangen… bukan aku la semua orang dalam kereta pon hangen oke… like…. helloooo we olls nak pergi kenduri kawen ni yunk bukan nak pergi berkelah bercanda ria di tepi pantai oke engkau nak menapau kfc segala. agak-agakla semua orang pon lapar, masa tu dah nak masuk tengah hari kot….. dah la laaammaa gilaaa, sebab ramai orang kan. masing masing dah bising, rasa macam nak pergi dulu je… tapi nasib la driver we oll ni penyabar jugak, marah marah pon still nak tunggu, kalau aku? memang aku blah je dulu…. apa nak susah, co-pilot dah bersedia dgn gps dia….
len kali sila la jangan buat lagi dik. tak terlarat we olls nak tunggu dalam kereta…

settel semua gerak la mencari rumah, gila punya susah nak cari rumah dia sebab rumah dia rumah tengah, pastu banting pe semua memang tak nampak. nasib la masa patah balik tu memang nampak banting dia akhirnya. masing masing pon serbu, lapar hoiiihhh!

 

IMG_7805

then siap makan pergilah bergambar dengan pengantin….memang cantik gila pengantin perempuan haritu… sebab makeup dia tak tebal… natural look, chantek sangat! dan boleh dikatakan merah adalah padanan sesuai mereka. sape kata orang kulit gelap takleh kai merah, kawan aku selamber je… ehhhh terkutuk pulak. kuikuikui….

pape pon aku doakan ko kekal dengan effa ya budin, biar sampai syurga. dan timang anak sepasukan bola…. biar ko buat kerahan tenaga sikit nak menjaga budak, baru ko tahu erti seksanya, ni nak harapkan bini je. mana bley kan effa??
*gip me five*
aku harap ko kekal bahagia… jagalah effa baik baik ya, bukan senang nak cari isteri sebaik dan setia cam dia. muka ko tak hensem pon dia redha je… ehhhh??? kahkahkah~ oke oke aku gurau… mahap…. bila lagi aku dapat kutuk ko. lepas ni dah jadi ayah makin susah la nak jumpa ko kutuk kutuk maki ko kan?
moga ko jadi suami yang baik dan ayah yang penyayang, dan semoga effa pon jadi isteri yang soleh dan ibu yang penyayang jugak~ in shaa Allah….

DSC_0334

DSC_0344

DSC_0373

ini gambar terakhir yang paling aku suka n admire gila viva punya. serious chantek hoihhh! macam ada kat luar negara kau….curlasss jah!

IMG_8483

IMG_8477

p/s~ senanya ada lagi gambar tapi aku lupa la pulak nak bawak pandrive. dassarrr!

…SELAMAT PENGANTIN BARU ATUN ISNOR…

Tarikh:: 27hb Mei 2012

Masa:: Pagi – Petang

Tempat:: Negeri Sembilan —> Bangi —> Taman Jaya

(sambungan dari cerita sebelum)

Pagi tu masing masing bersiap siap di awal hari sebab nak meneruskan perjalanan ke destinasi lain pula
iaitu Bangi dimana salah seorang sahabat karib aku merangkap adik buchuk yang manja
akan melangsungkan perkahwinannya hari tu.
dah besar adik aku… dah bergelar isteri orang sekarang ni…sobsobsob…
eh tetiba aku pulak yang nanges kan?? motip sangat!

sebelum bertolak sempat singgah kedai mamak pekena roti canai dengan teh ais… hewhewhew,
nikmat gila minum teh ais diwaktu pagi…

*me on that day… macam aku pulak yang nak kawen kan? baju bling bling bagai*

*budin n his cutey cik aweks effa…tatau pe motip dak effa ni tutup mulut. misteri?*

*dengan abam wafi*

*ini ina si budak demam*

habis sesi sarapan, terus kan perjalanan ke bangi dah tak sabar sabar nak tengok orang kawen.
rasanya lebih kurang dalam jam 12 pm kami sampai ke rumah beliau. selamat jugak sampai akhirnya…

well, pengantin mana yang tak chantek kan? beliau sangat chantek…
ramai kata muka beliau nampak lain tapi maybe aku dah biasa tengok beliau makeup so tak la lain sangat cuma yang penting beliau sangat chubby, mesti bahagia sangat sangat nak kawen kan so badan menaik
dengan jayanya. wahhh aku pulak tumpang menjeles dan terharu tengok orang kawen. 

*Nurul Hidayyatun Nadeyya Mohd Isa n pasangannya Mohd Al-Hafeez*

tiada ucapan yang mampu diluahkan dengan kata kata adik,
hanyalah doa tulus ikhlas yang mampu akak iringi setiap saat apabila melihat wajah bahagiamu ini.
akak sentiasa doakan adik bahagia bersama suami tercinta biarlah perkahwinan ini kekal sampai syurga hendaknya disamping dikurniakan anak anak yang solehah.
ikatan perkahwinan bukanlah mainan, ianya suatu usia dan tanggungjawab yang indah.
menjadi isteri bukan mudah, namun akak percaya kamu mampu lalui setiap saat getir itu
dan jadikannya yang terindah. taatilah, patuhilah dan setialah pada suami mu insyaAllah al jannah tempat mu… akak tumpang bahagia dan gembira melihat engkau juga gembira dan bahagia.

tak dapat tangkap banyak gambar dengan pengantin,
sebab kenkawan sibuk nak membalikkan diri namau tunggu tunggu lagi dah.
jadi leh men aci snap je…huhuhu…

*masa ni pengantin berjalan menjemput sang arjuna hati… cewah!*

*bila dah sampai isteri pon kena la ciyom tangan suaminya sblm jalan beriringan*

*pelamin pengantin, chantekkan? ruginya tak dapat tengok beliau bersanding. bertabah jelah sebab tak dapat duduk lama. sobsobsob… besnya kalau pegi dengan inche waktu ni mesti dari awal sampai habis aku leh amek gambo*

*KAMI*

punyalah hazab aku ni kan sampai mak pengantin pon aku dah keliru,
yelah baru jumpa sekali pastu dia leh tegur n ingat nama aku. dan aku dok tertanya tanya siapa “kakak” ni, hambek ko kakak sekali aku bagi rupanya mak pengantin perempuan der,
gila muda muka dia dah macam kakak pengantin aku ingatkan sedara ke haper rupanya mak dia….
malu gila rasa. tinggal aku tak panggil kakak je lagi! pesal muka mak ko muda sangat atun??? adesss… 

ni pulak goodies yang kami dapat dari pengantin. chantek gila kotak dia. dalam dia  pon sedap…hohoho…

*belakang?*

 *depan?*

habis bersuka ria… encik driver (budin) anta aku ke lrt taman jaya sebab beliau nak teruskan perjalanan ke temerloh hantar cik awek beliau… 

sekian, laporan lengkap daripada aku.

…KENDURI KAWEN PUAN MARIA HUSSIN…

Tarikh:: 27 February 2011

Masa:: 08.00am – 11.30pm

Tempat::  Sentul—> Klang—>N9—>Melaka—-> Sentul

Puan Maria Hussin ‘N’ Encik Faiz


TAHNIAH!!!

To my best friend puan NICKINDAJUNGLE aka MARIA HUSIN aka NIK HUSMARIA…. akhirnya telah menamatkan zaman bujangnya bersama inchik pilihan hati aka inchik FAIZ.

Eza doakan semoga nick dan suami kekal hingga akhir hayat dan dapat kebahagiaan yang melimpah ruah… doaku sentiasa mengiringmu… wink3.

So, nak senangkan citer pew kata aku buat list…. hurmmm… ok, i try!


8.00am – Bertolak dari rumah ke KTM SENTUL, 20minit kemudian KTM sampai dan terus bergerak mengikut aliran PELABUHAN KLANG. hoyehh!

9.20am – Sampai di Stesen Klang dan lebih kurang 10 minit puan SNOW aka ESARLI sampai dengan kereta satrianya yang dipandu inchik sominya (inchik AZRI) yang terchenta.

waaa… sebenarnya aku mang segan gilak dengan inchik somi snow, tapi nak buat camne terpaksa aku menumpang beliau kerana inchik chenta hati tiada disini. Kemudian kami bertolak terus ke RNR Seremban… tempat yg dijanjikan untuk berkumpul dan konvoi bersama-sama.

10.20am – lebih kurang la…  muahahhahahha kami bertiga tiba di RNR Seremban dan terus ke sebuah restoran makanan, maaf kerana tidak dapat mempromosikan restoran anda akibat kemenyanyukkan tahap ketara di bahagian otak… kat situ kelihatan Cik QASEH, Puan AYU n her hubby (inchik LAN), Cik DANIA, Cik LISA n inchik KOZ (pasangan merpati dua sejoli)… kami sempat minum pagi kat situ memandangkan perjalanan agak jauh lagi (kononnya lah!) sesambil menunggu sepasangan lagi ahli sepaku… inchik NUOX aka ERO SENIN n his waip… mereka sampai lebih kurang jam 11.25am dan terus kami memulakan perjalanan ke rumah pengantin Tampin, Negeri Sembilan.

12.30pm- Tiba di rumah pengantin… tapi memandangkan masa masih awal, dan kami semua malu malu bewak nak masuk ke rumah pengantin dimana pengantin sedang bermake up so kami pon buat persidangan terbuka dibawah pokok manggis sesambil sesuka aty memetik manggis orang dan memakannya dan duduk bersila beramai2 dibawah pohon manggis itu…. ok aku tipu!  kami membuat persidangan di bawah pohon yang tak dapat  aku kenal pasti akan baka apakah ia… sesambil merancang mau kemana sementara tunggu pengantin bersanding jam 1.30pm nanti dan rancangan utk kami lakukan selepas kenduri kawen…

Bincang punyer bincang, las las semua amek keputusan dok dalam kete je sementara tunggu pengantin diarak….

1.00pm- bergerak ke rumah pengantin sambil berjalan kaki dengan rasa terik mentari… waaa… terbako kulit aku! Masing2 ke arah mak pengantin untuk memberi hadiah…tapi disebabkan mak pengantin kelihatan sibuk melayan tetamu, jadi kami berikan aja kepada sesiapa yg berkenaan…hak3

Kemudian, masing2 sudah beratur tuk amek makanan, tahap kelaporan yg maksima… sayangnya mungkin semua orang datang serentak dan meja pulak kurang banyaknya… kami berdiri sambil memegang sepingan nasi n lauk pauk sambil menunggu meja kosong… (bayangkan!) lebih kurang 5-10 minit berdiri…baru ada tempat duduk… so, mohla kita mensantap dulu nasi minyak (ye ke nasi minyak, aku balun je kasi nama ni) dengan ayam masak merah dan dalca sayur….nyum nyum!

1.30pm-selesai makan… kami menghampiri pengantin yang sudah siap sedia untuk diarak… waaa chantteekkk gilos puan NICK berbaju oren sedondon dengan pengantin lelaki… cuma kaler baju pengantin perempuan lebih orenges dari pengantin lelaki… dengan make up yang natural… memang sahabatku ini kelihatan sangat sangat chantek dan ayu pada hari itu…

then kami “diminta” diulangi oke DIMINTA (muahahahahha)  untuk bergambar sekeping dua bersama pengantin sebagai kenangan (mak pengantin yg mintak… perghhhh mak sporting gilak la mak pengantin tu!! pastu ramah plak tu… mak sapa lah tu?? )

kali ni agak kuciwa la sikit… sebab kami tak dapat nak meroyan bergambo banyak banyak macam kenduri puan SNOW ritu,tak boleh nk buat macam pelamin tu kami yg punyer… huk3…. so tak dapatlah nak meneruskan aktiviti gedix santai disitu.

Siap bgambo… semua bersalaman dengan pengantin perempuan dengan doa supaya mereka kekal bahagia dan bersama hingga ke akhir hayat. amin~ Tapi amat kuciwa disitu… bila AKU dan puan SNOW tak dapat pon bunga telur pengantin yg chantek kaler orenges tu…. sangat terkilan… xdew kenang-kenangan sudah… huk3… Akhirnya kami bersiap2 untuk beredar dari situ… memandangkan puan NICK juga sibuk tak dapat melayan kami dan ramai tetamu yang datang… so kami mintak diri dulu…. sempat bersalaman dengan mak pengantin yang ramah tamah itu

(errr….. taaaapppiii kann…. mana goodies nyer??? apsal kami tak dpt goodies ni?? aiyarkkkk! dah la tak dapat munge telor, goodies pong tak dapat. hukhukhuk. hampanya!)

Bergerak dari rumah pengantin lebih kurang jam 2.15pm (kot!)

2.30pm- semua ahli ahli konvoi amek keputusan untuk teruskan perjalanan ke Melaka, melawat bandar bersejarah itu… alang alang dah sampai Negeri Sembilan katanya so apakata kita terus naik ke Melaka…. sebenarnya aku baru je tau las minit perancangan ni… semua ni dibuat tanpa perancangan awal… yelah selalu kalau rancang mesti tak jadi so kali ni bila tak merancang dan semua pon nampak free… jadi kami teruskan niat suci murni macam minyak tiga kali tapisan tuh! Ahli ahli konvoi meneruskan perjalanan… kecuali Nuox yang tidak dapat atau tidak mahu mengikuti perancangan ini tanpa diketahui sebab dan musababnya…

4.30pm- Sampai di Melaka…. waaa pes time aku menjejakkan kaki kesini… dan lokasi utama yang kami serbu adalah area A’Famosa… mula mula kami berjalan sekitar menara taming sari dan puan AYU dah excited giler nk naik menara taming sari yang cambest tuh! disebabkan aku tak bawak duit masa tu jadik ku telan jelah hajat ku itu… muahahahahha!! caj yang dikenakan rm10/pax. puan AYU naik bersama suaminya yang sporting itu… dan kami yang pakat2 melangut tgk menara itu naik perlahan perlahan. seterusnya kami meneruskan perjalanan masuk ke Museum Melaka… tempat tujuan utama Muzium Kecantikkan… waaa chantek tak hengat… ngeri jerk aku nengok…. haishhh…. kami diberi masa setengah jam dan caj rm2/pax dikenakan…. tp pakwe cik LISA yang amat baik hati itu… dah belanja kami semua melawat muzium… waaaa mekasih inchik KOZ!! dengan ucapan len kali belanja lah lagi…wakakakakka!!!

sesudah semua selesai… kami berjalan lagi…. kali ni terpaksa mendaki tangga yangg tinggi tak hengat tapi rasanya masih tak mampu nak kalahkan tangga tangga kat batu caves tu… waaa…. tinggi weiii mau parkinson esok ni…. wawawawa….. tapi sempat jugak berposing atas tangga nan tinggi itu…. naik 5-6 tangga benti melepaskan penat seminit… wakakakakka!! sejibik macam orang tua tua… adesss!! akhirnya berjaya kami daki ke kota A’Famosa… waaaa ini lah A’Famosa yang ramai org gembar gemburkan itu… salah satu kebanggaan kota melaka…. berposing lagi 10-20 keping gambo… kami turun ikut arah lain (rupanya ada jalan yang lebih mudah dari tangga2 yg menyeksakan tadi)…. ini kita panggil senaman selepas kenduri yeap! dengan baju kurung dan kebaya… ala ala model gadis melayu gitu… haisshh~~

admin-ajax (1)

admin-ajax

Part paling bes kat sini bila puan SNOW meninggalkan inchik suaminya diatas menara dan dia berlenggang kangkong turun bersama kami… waaa dah lupa suami ke cik kak?? baru jenjalan melaka dah tinggal suami kalo aku bawak balik kampung kat terengganu entah entah terus lupa dia bawak suami dia… hak hak hak….. kami menunggu dibawah sebab SNOW cakap suami dia suh kami turun dulu… agak lama juga menunggu tup tup SNOW amek inisiatif utk menepon suaminya… laaa suami dia tak pasan kami dah turun rupanya… isk isk isk

Kami pun akhiri perjalanan kami setakat disitu jea… perut pon dah lama mintak diisi balik… dan kami terus mencari jalan ke Restoran Ikan Bakar Umbai… walau pun sesat barat tapi alhamdulillah berjaya sampai. kalau tak disebabkan esok keje, aku rasa kami ni sampai jugak ke Johor Bahru ritu…muahahhahhaa!!!

7.05pm- Sampai di Restoran Umbai… waaa banyaknya kedai makan… tatau mana satu nak pilih…. jadi kami jalan jalan sekitar dulu sambil menyaksikan pemandangan laut dan matahari terbenam…. sesungguhnya aku kagum akan ciptaan Allah lebih kurang 15 minit kemudian kami berjalan masuk balik ke tempat makan, kami amik restoran atas, sebab kat atas boleh duduk bersila… lebih selesa.

meNTaRi TeRbeNAm

 

Sesambil tu beberapa orang pergi menempah makanan makanan yang dorang rasakan sesuai… tang ni aku tabik spring kat inchik AZRI… dia tak lupa menunaikan kewajipan pd yang ESA… dia sempat amek masa pergi menunaikan solat…. suami solehah… untung puan SNOW

tunggu yang tak brapa lama… makanan demi makanan pon sampai… waaa cepat jugak services dorang ni upernya… hebat hebat… aku kasik empat bintang untuk service….

ni antara pesanan hidangan kami…

sEpaHaT@SiPoT buLuh maSAk saMbaL

soTOnG CeLuP@GoREng tePUnG

tOmYAm sEaFooD

kAiLaN ikAn maSIn

IKan siAKaP BakAR

AiR siRaP n AiR seJoK aIS

pUaN sNOw aka isTeRi mIthALi

bila semua dah lengkap dan semua dah ada… inchik LAN mengetuai bacaan doa makan dan apa lagi… kami melantak sampai kekenyangan… sehingga cik LISA pun dah tersadai… surrender dah… yang best makanan dia menepati citarasa cuma agak kurang tahap kepedasan tomyam dia tu. untuk pengetahuan u olls yang memang tak nak tahu pun senanya, aku ni kuat makan pedas, bila tak pedas rasa cam tak ada selera… tapi oklah sebab tomyam dia agak pedas walau tidak menyengat…

ni pulak resitnya… jeng jeng jeng …. bahagi punya bahagi dapatlah rm17 sorang kena bayo (nasib la aku ada rm20 dlm wallet) so… berbaloi atau tidak…apa kata survey?? wakakakkaka!!

OuR reCEiPT :: RM 152.40

9.45pm (lebih kurang)- kami pun berkumpul dan bersalam-salaman peluk ciyom bagai sebab nak berpisah dah… kali ni aku tumpang kete puan AYU sebab satu jalan ke sentul… nak naik tren takot tak sempat… sebab tren pon abis waktu operasi jam 11pm….

kat atas jalan raya ni pulak berlaku adegan pecut memecut cam lumba haram plak rasa… kejap kejap kang kete satria potong kete pesona… kejap kejap lak kete pesona potong kete satria… yang paling bes kete kancil ijau itu memecut tak hengat! muahahahaha…. semua pun bawa haluan masing2.

dan bila masuk highway paling bes ayat inchik LAN ” okey da masuk highway, korang semua boleh tido” hak hak hak… seporting wooo!! kami pun apa lagi dah mintak kami tidur kami ni pulak jenis “saya yang menurut perintah” terus terlelap la…

11.20pm- aku sampai kat umah kakak… puan AYU anta sampai depan lif! huh~~ mekasih banyak banyak kakak ku…. muachhhxx!! dah smpai… mandi… say camat malam kat chenta hati terus bo00mm…!! tido tak sedar kediri dah!

esok dapat biter semua ngantok tahap tak hengat (eh3 kenapa aku sorang je yg tak ngantok ni?? adess!!!) dan inchik KOZ… sudah MC akibat ceri beri….wallah penangan sepahat yang pedas gilos dorang kata tu…


-THE END OF THE STORY-



notatangan 1:: sowi yeap korang kalau ada citer yg tertinggal… aku xdapat nk egat n nk tulis semua…. banyak sangat….

notatangan 2:: bila lagi dapat buat kerja giler macam ni…. thanks to all korang memang sekepala yg gile!!

…WEDDING MY BESTFRIEND-SNOW…

senanyer, cerita dah 3 bulan berlalu tau. baru sekarang dapat hapdet.
sowi yea kepada pengantin, beruk sengal nak meninggal!
orang itu dah beranak baru la tergedik-gedik nak hapdet cerita kawen dia
(makluman:: itu andaian jerk ok…tiada kena mengena dgn yg idop atau yg tlh meninggal dunia atau yg akan meninggal atau yg akan lahir)#

Tanggal 05 November 2010 telah sah sahabat baik aku yang paling best ni
bergelar Puan kepada pasangannya itu.
masa orang sibuk-sibuk nak meraikan deepavali
dorang lak sibuk sibuk nak angkat nikah.
dan pada 06 November 2010 mereka dah selamat disandingkan di rumah pengantin perempuan di Klang yang katanya berhampiran dengan Padang Jawa, isn’t?
maklumlah aku ni buta jalan… harap maklumla yeap.
seploh kali korang bawak pon aku gerenti sesat jugak.

kami rakan-rakan SEPAKU turut hadir memeriahkan majlis
yang memang dah tersedia meriah itu.
pengantin dapat dilihat mengenakan busan ala-ala kebaya moden dan baju melayu warna sedondon lemak ketam.
eh wujud warna cenggitu? suka suki ko je kan?
dah aku rasa macam rancangan nona pulak! muahahhaha!!
boleh dikatakan majlis kahwinnya dibuat secara besar-besaran la jugak,
siap ada potong-potong kek lagi pastu ada persembahan dan karaoke lagik, fuhh!
mang dasat giler r.
ti aku kawen aku nak buat 7 hari 7 malam nyanyik tanpa henti…hahahha!
amacam ada berani? eh eh eh aku kawen? apakah??

kitaorang pergi pun dah petang sangat masa tu
sebab memang cadangnya nak pergi lewat.
dah set masa siap-siap sebab kalau pergi lewat dapatlah
bergambar bersama pengantin kan?
dan memang termakbul lah impian tu.
banyak jugaklah gambar yang diambil, yang paling best jurukameranya sporting giler, siap suruh posing-posing gaya American Next Top Model lagi.
oke aku tipu.
tapi jurufoto puan snow memang sporting kebabom la.
terasa la macam artis jap bila semua berebut-rebut nak ambil gambar kami.  

apa yang penting kat sini, doa aku selaku sahabat yang menyayangi dirinya.
semoga Puan Snowhite aka Puan Esarli Budak Baik aka Puan Hidayah
dan pasangannya Tuan Azri aka Tuan Snowmen,
bahagia lah hingga ke akhir hayat hendaknya.
aku tumpang bahagia bila melihat mereka-mereka yang disayangi aku
gembira dan bahagia.
semoga kalian bahagia dan kekal, itu saja doa ku yang takkan pernah putus.

notatangan:: tak lama lagi merasa nasik minyak Cik Nicki pulop…weee~