…LAKSA JOHOR…

Tarikh:: 22 Januari 2012

Masa:: 7.00pm

Tempat:: Villa Zaimie, Kuala Terengganu.

 

Yeahh harini jom kita masak memasak stail masterchef US (ai tak minat malaysia punya, harap maklum)

ni sebenarnya resepi daripada pelakon RUBIAH SUPARMAN

so kalau tak sedap jangan salahkan ibu mengandung yea sila salahkan beliau… wakakakaka gila jahat!

ni aku nak bagi resepi, sebab ramai sangat yang request. ni untuk makan banyak. kalau korang nak buat sikit. pandai pandailah korang adjust sukatan dia. sila maklum.

RESEPI LAKSA JOHOR

*hambek ko sekali periuk aku kuarkan….peyok tak bertangkai lak tu hahaha gila sempoi mak aku*

1/2 kg ikan – ikut suka ikan apa, sebaiknya ikan parang.

# 1 inci lengkuas

# 3 ulas bawang putih

# 2 biji bawang besar

# sedikit belacan

# 1 sudu udang kering

2 batang serai – ketuk

1 paket kecil rempah kari ikan

2 sudu makan kerisik

500 gram santan

Asam keping, garam dan ajinamoto secukup rasa.

>>> 1) rebus ikan- ambil isinya dan kisar bersama bahan bahan yang bertanda #.

>>> 2) tumis bahan bahan bersama satu paket kari ikan hingga naik bau

>>> 3)  masukkan santan bersama isi ikan tadi. kacau hingga pekat.

>>> 4) letak asam, garam dan aji secukup rasa. akhir sekali, masuk kan kerisik.

boleh dimakan bersama laksa ataupun spageti. kalau nak sedap letak la fishball, fishcake, tauhu goreng, solok lada. lobak masin ke… ikut kreativiti memasing la nak sedap tu camne kan? okies itu aja.¬†

notatangan:: sila cuba pastu tinggalkan komen kat sini~

Advertisements