… FENOMENA VITAGEN by LANUN RANGGI (AUJINZ)…

Hi! Assalamualaikum…

Yeay bersiaran akhirnya. Alasan yang sama… Bizik!
Ni baru dapat bernapas dengan lega.
Alhamdulillah, dapat jugak bernafas… kalau tak dapat langsung terus camna?

Okeh now terfikir nak cerita jugakla sikit
Kalau perasan dah viral kat muka buku pasal abam ojinz up pasal vitagen putih
Ramai betul share dan ramai jugak komen,
Dan… tak sangka ramai jugak sentap. adeh!
lahai, pasal vitagen je pun masing masing nak sentap.

Vitagen

Nanti kat bawah cerita gua kasi link untuk kronologi cerita sebenar ya
Sila baca cerita cerita beliau kalau nak tahu lebih lanjut.

apa yang gua nak bagitahu kat sini,
pasal gaduh-gaduh komen ni jugakla gua sampai pegi giant semata-mata nak try vitagen putih tu, tahu?

dasat?
selama ni memang gua tak pernah rasa pon kaler putih dan gua tak teringin pon nak rasa
takut tak sedap
takut termuntah nanti
tapi bila dah ramai-ramai perjuangkan nasib si vitagen putih ni
gua sampai terjebak sekali nak merasa

first try. mak aiiii…. apa rasa ni? dah macam antibiotik hoih rasa nya
tak sedap langsung
tapi telan la jugak kot mana tau boleh terima
dahla gua beli yang ada dua vitagen putih tu
yang lain hasbeng gua dah bantai minum…. yang putih tinggal kat gua
Cantik punya perangai

seriyes, terasa ditipu…. kenapa korang tipu gua kata yang putih sedap?
kenapa?kenapa?
eiiiii rasa nak muntahkan balik tapi dok dalam kereta
tak tergamak pulak rasanya

last semalam gua habiskan jugak yang putih tu
sekali togok… tak kuasa nak rasa banyak banyak kali
eh tetiba rasa okeyla bolehla tahan, tak adalah pelik sangat
mungkin sebab sekali togok kan? tak rasa apa.
oke boleh terima…
tapi kalau terpaksa la, kalau sesaja nak pergi beli tu tak lah kot
tak sanggup la pulak nak aniaya diri sendiri.
kalau masih ada pilihan lain, gua pilih yang lain dulu la… ahahhaahhaih

okeh, nah kronologi cerita dari blog lanun ranggi by prinz aujinz

Cerita 1 ~ Yang selalu tersisih

Cerita 2 ~ Mem Kecik Punya Rasa (Facebook Page Lanun Ranggi)

Cerita 3 ~ Backup Vitagen Putih (Facebook Page Lanun Ranggi)

Cerita 4 ~ YangTersisih dan Disisih… (Kan Oleh Mem Kecik)

Okeh, semua link kat atas tu boleh klik. Termasuk Link Blog Lanun Ranggi by Prinz Aujinz tu.

Nak cilok, biar berhemah katanya….

:p

nota kaki tangan : terguna “gua” sebab dah terbiasa tulis kat facebook macam tu. abaikan jelah ya. malas pulak nak padam balik

…MARI KITA MEREMBESKAN AILIO…


Tarikh:: 06 Julai 2012

Masa:: 10.30am

tadi gatal tangan pergi bukak satu satu belog ni lepas tu pergi pulak baca dari first entri beliau sampai terkini. banggang sangat kan? sendiri cari pasal sendiri meroyan. padan muka!

tahu belog saper aku bukak?? haaa aku ni senanya nak sangat tengok kak senduk tu camne orangnya, dalam belog beliau aku tak boleh tengok gambar semua jadi tanda seruan gitu <!> tak paham kenapa, jadi gigihla mencari kat belog kawan beliau. chantek rupanya kak senduk ni…. ^_^ chantek chantek!

tapi aku salah masuk belog…. aku pegi masuk belog yang mampu merembeskan ailio (baca:: air liur) iaitu tak lain tak bukan belog HoTmaMa katanya… terus aku meroyan mentengok gambar gambar di dalam

Nak! nak! nak!!
*Ciskek snickers namanya… kalau aku bukan saja extra stoberi, snickers…almond semua aku nak extra…kehkehkeh!*

*Yang ni pong sama ciskek snickers… shedap jugerk…semua extra*

*Oke letss nanges! huhuhu…. juling mata mentengok Blueberi Ciskek ini…kakak kenapa engkau mendera aku sebegini*

dah puas mendera mata dan mengesat ailio..?hehe.. so apa lagi bagi yang dah kempunan tahap gaban macam aku sila ke belog beliau (hotmama) atau korang boleh ajek email beliau di ibualesha(at)yahoo(dot)com or add beliau di pesbuk Nurlela binti Mazlan (kalau tak salah aku…kehkehkeh)

aku bukannya tak boleh nak membeli kek kek ini semua tapi kalau aku beli saper nak pick up? puchong tuhh! naik moto boleh pickup tak? memang taklah, celah mana engkau nak letak kan? kena mentunggu inche amek kereta dulu baru boleh mendera beliau ke puchong segera yang mungkin. kehkehkeh! *inche, dengarlah rayuan ku ini…(sambil mata sinar sinar macam sinchan)*
memang nak sangat aku tempah dengan hotmama ni, sebab rata-rata ramai yang kasik respon positif dan ramai orang tempah, dah tentu tentu la shedap kan?? kalau tak caya boleh tanya kawan aku yang comel tu kaka Zuran (kakak, ko hengat den tatau ko tempah kek dengan beliau twice? eh… kakak kan?? ke saya salah?? kehkehkeh)

apapun aku nengok harga keknya pon berpatutan, susah oke nak cari kek murah sekarang ni, tapi kalau harga lama masih beliau kekalkan memang boleh juling la mata korang tengok, murah hokey! untuk maklumat lanjut si ke kaunter 9….(tanya beliau la pe lagi)

notatangan:: nak…saper buleh tolong pickupkan??? huhuhu

notatangan2:: maaf malas nak layan.

REVIEW BLOG:: LANUN RANGGI~AUJINZ

ohok ohok *bunyi cam haper entah*

dah berzaman orang ni ada belog kedua, aku baru tahu. kah kah kah. *loser -..-* selama ini beliau sangatlah merajinkan diri mengkomen di belog picisan aku yang tak best dan tak glamer ini ….ouh beliau glamer dan beliau pemarah…eh? peramah actually… sangat suka mengkomen di belog beliau sebab beliau tak macam blogger pemes yang lain. nak aku sebutkan nama? oke……

antara blogger pemes gila tapi tak suka balas komen cuma suka approve komen….

1…..

errr tak payahla kot. tak pasal-pasal dari 3 orang mengkomen jadi 300 orang…. semua kutukan! oke hati tak kebal so silakan lupakan niat. *ayat cam haper!* cukupla aku cakap blogger pemes ni selalunya kalau kita komen, bulan jatuh keriba pon mereka tidak akan membalas komen hanya mengapprove sahaja… alasan… sibuk….yelahhh engkau sorang jelah sibuk, orang lain semua dok umah goyang kaki… eh? sentap pulak! oke berbalik dari sesi meraban, beliau ni memang rajin membalas komen… walau dok kata beliau tidak pemes, tak ada orang nak baca belog beliau…. beliau pentipu oke… banyak kot pengkomen tegar… oke jeles -..-‘

aku selalu ingat beliau hanya ada satu belog sahaja CLUELESS MUMBLE sebab tu aku tak hairan kat url yang diberikan… tetengok beliau ada dua belog. oke nak sentap sekali lagi, sampai ati kan kamu aujinz sorok-sorok belog dari eden! errr ada ke orang sorok sorok belog? ngee~ belog beliau satu lagi nama LANUN RANGGI (seperti header diatas…klik di tulisan merah itu dan boleh klik di header untuk ke belog beliau oke)

belog yang ni pon mabeles! aku suka riang ria dihari raya membaca dari awal post sampai abes, marathon 3 hari… *napok sangat tak buat keje* setiap kali baca, ketawa terbahak-bahak. gila la ayat beliau buat aku boleh imagine! baru aku tahu beliau ini pandai masak senanya dan beliau kacak….errrr… perlu ke? okeh tipu, aku tatau beliau kacak ke tidak sebab tak ada gambar beliau, beliau sensorang dok perasan kacak… hahaha! *ampon* belog LR ni bes sebab berkisarkan hidup beliau. CM juz kata-kata touch heart (touch heart?) bukan buthurt… don wori dan lukisan beliau yang mabeles. senanya kedua-dua belog ini mabeles. so silalah menyemak di belog beliau bersama menfollow beliau. 

notatangan:: inche aujinz… pomot pomot ni dapat pizza hut pree tak?? lalalala….

…REVIEW BLOG:: KARBON KOPIE…

Tarikh:: 01 Februari  2012

Masa:: 2.40pm

Tempat:: Opis kecilku

kali ni tengah rajin nak review satu belog terbaek. akhirnya habis juga aku baca secara marathon ini belog dari awal sampai la sekarang. sebelum bercerita lebih lanjut. nak ini belog nya, milik akak julia … (akak la sangat padahal tua setahun je dari aku pun, dah jangan pasan muda sangat la eza!)

untuk ke belog beliau boleh klik header itu ataupun klik disini –>karbon kopie 

lets review:: memang best sangat baca belog beliau selain beliau memang dah ternyata pandai menulis, sampai aku boleh gelak terbahak bahak terhantuk kepala dimeja *hiperbolanya ayat. perlu ke?* tp memang sangat sangat kelakar. nasib orang sebelah meja tak dengar aku gelak maunya dia telefon guard kt bawah tu suh bawak aku g tanjung rambutan. mentally disorder….*suka suka ati aku nak letak nama* hohoho 

selain pada tu, sebabnya dia ni duduk di negara luar, negara saudi arabia erk tak salah aku… lupa plak… muscat? something like that la. dia ni surirumah sepenuh masa, duduk pula dibumi asing… jadi memang rasa tertarik sangat nak baca citer dia. apa yang dia alami hari-hari dan macam mana dia bawak diri di rantau orang. FYI, aku memang sangat berminat dengan blog blog yang mana penulisnya ada diluar negara. nak mengharapkan aku ni pergi melancong, kirim salam la kan, harus tak lah. jadi melalui pembacaan jelah aku dapat info camne rasanya keadaan di negara luar. memang best.

korang, aku sarankan follow belog beliau. kalau tak nak follow pon silalah melawat. memang tak menyesal! penulis dia pon baik oke, penah komen kat belog aku. walau femes tapi tak menyombong. salute!

notatangan:: pengalaman dia buat aku teruja. harus ajak sesaper yang nak duk luar negara tu, tanggung aku nak duk sana gak. hahahha!

…REVIEW BLOG :: INCHIK CLUELESS MUMBLE…

Tarikh:: 07 September 2011

Masa:: 10.15 am

Tempat:: Depan PC Opis

setelah membuat regangan mulut dengan menguap berkali kali tanpa simpati sehingga mengalirkan air mata (bughok nau!) maka mengambil keputusan perlu membuat kerja berpaedah sedikit hari ini… iaitu belogwalking… jenjalan dan jenjalan menggunakan jejari dan tetikus maka tetiba terjumpa satu belog yang sangat cun melecun, mantop dan memang sangat sangat da bes. korang pon patut belog walking ke belog beliau ini. lukisan memanglah simple dan chantek dan kata-kata yang beliau tulis buat aku teruja sensorang… paling paling aku suka satu entri dia berkenaan ini ::

chare kan lukisan dia?? nak tengok lebih jelas dan nak baca entri entri beliau yang sangat menarik korang leh aja terus ke belog beliau, sebab bila aku besarkan gambo dia jadi kelabu so terus la klik kat gambo header dia ni.

~gambo header pong da comel tahap gaban kan??~

memang terbaekkk!! belog beliau sangat cool sebab tak perlu tulis penuh satu muka surat, cukup dengan ayat-ayat simple begitu dah terkesan dihati. keep up da g0od work bebeh!! aku memang suka giler dengan belog engkau! 

senanya aku ada mintak permission nak letak tentang beliau kat belog beliau tapi belom lagi sempat beliau memberi kata putus aku dah canangkan kepada warga warga kampung belog aku…sebab memang teruja nak kongsi dengan korang, tak pe ye inchik Aujinz… tak pe kan tak pe kan?? hehehe *muka bersalah*

oh ya! mekasih juga tidak terhingga buat cik Gadis Misteri sebab belog beliau lah aku leh kenal belog Clueless Mumble itu… thanks sesangat sudi buat review cenggitu jadi senang untuk aku belog walking… korang pon dipersilakan untuk jengguk2 belog beliau yang same- same suka melukis doodle itu… juz klik kat sini::

okeh dah abes review, ada belog belog menarik akan ku review kan lagi yeap. mengambil masa yang lama kerana aku tidak mudah untuk terjatuh cinta kat belog sensorang, ni dah memang jatuh chenta dengan belog CLUELESS MUMBLE itu… ngee~~ happy belogwalking guys!

notatangan:: sesaper tau belog menarik leh tinggalkan link untuk aku terjah

notatangan 2:: aku tidak tahu dia lelaki senanya… blom khatam belog dia kubaca… maaf ya maaf….. *termalu sendiri*