… Beauty Routine 1 : Makeup Remover …

Assalamualaikum!

Hi uolls…

Menjelang tahun baru ni tetiba rasa nak menceburi lebih mendalam bidang kecantikkan.
gittchuuu.

seronok tengok orang review….gua pon nak join sama la…
review without payment. so segala yang diperkatakan ini adalah dari hasil pengalaman gua
tidak dibayar oleh sesiapa dan mana-mana syarikat

seperti yang korang sudah maklum ataupun masih ada yang belum ambil maklum.
makeup remover adalah satu rutin harian yang penting dalam penjagaan kulit.
without makeup remover waima ko berus pon muka kau still nanti bila kau pakai toner
kotoran bedak akan melekat di kapas muka tu nanti. percayalah… gua dah melaluinya
Gua sendiri kompius kenapa pakai hari-hari muka tak nampak bersih and jerawat cepat naik.
itulah puncanya sisa-sisa makeup tu akan clog kau punya pores
so senang jerawat nak muncul.

even tak pakai makeup pon kena cuci jugak dengan makeup remover tu ya.
macam gua sejenis manusia yang pakai bedak je pegi kerja
kadang kalau rajin pakai two way cake. kalau pehmahlas pakai bedak johnson je
still gua cuci pakai makeup remover. bila cuci yg bedak johnson boleh nampak hitam kotor debu tu

okay. nak share makeup remover yang pernah gua pakai

first try NUTOX cleansing oil
ini terbeli tanpa sengaja. nak cari yang lain tapi terbeli yang ini sebab aunty guardian sangat pandai berkempen

gua tak nak beli satu sebab dia oil satu lagi sebab duta dia fazura. mahap gua tak minat langsung minah ni

tapi terbeli sebab malas dengar dia membebel suruh beli.
and ada blackhead whitehead remover.
masa tu harga pengenalan dia rm45 kalau tak salah.

lama dah gua purchase tahun lepas bulan 11 kalau tak salah jugak.
rasanya tahan 2 bulan ni.
tapi buat masa ini memang first choice if tadak choice nak beli lain
sebab memang rasa bersih bila pakai and rasa lembut muka tu. takde side effect. sangat best
gua pakai kat kapas then lap memang tanggal segala kotoran dan blackhead (cuma blackhead memakan masa yang lama untuk hilang)
Cumanya gua tak suka sebab dia oily. tapi ada orang dia guna terus dimuka.
macham gua gua tak suka sebab berminyak so ai is geli
komen gua: okay je. buat masa ni 3 bintang dari 5
repurchase again? : if takde choice
price:  RM4+.++ (but boleh dapat murah di guardian sekitar RM 25.++ promotion price)

second try garnier micellar cleansing water

credit to : miharujulie blog (klik)

 

gua beli sebab ramai kata garnier bagus sesangat dan sebab ia air
tapi sayangnya tak sesuai dengan gua.
bila pakai dalam 2 minggu naik bintik-bintik ruam penuh satu muka.
paling ketara di dahi.
jadi gua ambik kesimpulan ia tak sesuai dengan kulit muka gua. so gua stop and tong sampahkan
nasib murah takde la sayang sangat nak buang walaupun tak sampai separuh
komen gua : kesesuaian adalah bergantung pada kulit.
repurchase again? : never
price : RM 14.50 (guardian/ drugstore)

 

third is pixy gentle and moist cleansing lotion


gambar diambil dari blog ini : keikoku (klik)

serious lama gila gua cari makeup remover ni.
dari dulu lagi gua nak try tapi hampa semua tempat takde jual pon
dari megamall ke drugstore. yang lagi sedih takde orang pernah dengar pon nama ni

akhirnya gua jumpa di terengganu. balik kampung gi kedai runcit nampak ni terus terkinja-kinja
eksaited nak beli katakan.
sayang sekali lagi tinggal sebotol yang kecik je, kalau la ada seploh gua rembat semua gamaknya

ini memang best. dahla water base dari tokyo pulak tu.
(even thou manufacture di indon… blasah je janji memang jepun keluarkan)
sejuk sangat bila apply and wangi gila!
suka nomnomnom rasa (gua tatau kenapa nak kena ada nomnomnom kt makeup remover)

tapi tulah kejap betul habis. sebulan je pakai
dan nak beli dah tak ada. * ikon nanges keluar ayer ingus *
komen gua : sangat bagus. 4 bintang
repurchase again? : of course if any
price: RM7.90 (50ml) / RM13.90 (100ml)

yang terkini setakat ini
hada labo gokujyun hydrating makeup remover

ini yang terbaru sekali aku guna.
its like semi oil based. but just need to pump into dry palm and rub on dry face
lepas tu rinse with water.
macam tu aja? ya macam tu je. errrr tu sebab gua tak berapa nak gemar
bila basuh macam ni tak rasa yang ia betul betul bersih
sejenis manusia yang tak percaya bila tak ada bukti kekotoran dikeluarkan
tapi ianya sangat mudah untuk digunakan
tak payah buang masa buang tenaga
picit-gosok-basuh settle.
cuma kadar betul-betul bersih ke tak itu masih diragui, nanti gua cuba dulu
sebelum ni lupa je nak cuba tempelkan kapas lepas guna nak tengok betul-betul bersih ke idok
komen gua : sangat mudah dan mesra pengguna. buat masa ini 3 bintang
repurchase again? : masih dalam pertimbangan
price: RM5+.++

okey tu je dulu.
entri lain kita review benda lain pulak. banyak nak review nih