…TABITA :: FAKE vs ORIGINAL, PILIHAN DI TANGAN ANDA…

last post 6 sept… now 18 sept….
tengok… bertapa rajinnya aku update blog sekangkang kera ini..

sekangkang kera???dasar!

semenjak tak boleh buka dkt chrome, aku dah malas nak bukak blog ni and nak komen blog orang yang kena pakai ID wordpress ni…. serious gua malas. maka edit2 gambar pon aku jadik malas…
apa nak jadikla dengan aku ni?
sebab aku rasa cam masa aku sangat berharga, berkualiti kalah emas berlian skrg.
tu yg nak bazirkan masa edit gambar macam tak berbaloi… ehhh?? berbaloi oke, saham akhirat tu!

benda yang baik, banyak betul nates tak kasi buat…
takpe.. slow2, satu hari edit satu entri… in shaa Allah…

oke, ramai…. alotttttt of people tanya aku camne nak bezakan FAKE TABITA and ORIGINAL TABITA

woha!! tetiba aku rasa cam aku ni lak Ibu Desi, Pengasas Tabita dek nunn!
walaweh pecah peluh nak jawab ni
aku bukan terel pon… seyes tak terel langsung bab2 fake ke tak fake ni…
aku lebih kepada belajar dari pengalaman dan kesilapan.
2 kali kena fake… twice on da road.. eh betul ke?? kehkehkeh…

susah jugakla nak tau fake ke idok sbb skrg ramai dah terel buat yg fake nampak ori….
aku hanya mampu kongsikan apa yang aku tau

since tabita dah new packaging so aku tak boleh sgt nak buat perbandingan untuk pencuci n toner
hanya boleh buat untuk krim malam and siang, sbb yang tu belum ditukar.

 

1 – FACIAL SOAP
:: ada serat2 halus pada sabun, sebab buat daripada papaya.

:: ramai cakap, kenapa awak punya cair… ori tabita pekat taw! ~ ehhh tau kak… apa pulak tak tau. 2 kali kena fake, setahun saya kekal dgn tabita, harus saya tahu. tapi cuba la pk secara logik wahai sayang, tabita ni (aku jual) di order terus dari Ibu Desi, Jakarta sana… so apa ko espek?? naik jet ke bot ke kapal ke.. tentula berhujan berpanas… berhari jugak nak sampai. apa kau ingat pagi ni order kang tengah hari sampai???? pintu doremon mampula dik.
so mestilah tekstur dia dah tak sama, akan cair kena panas, beku kena hujan ke apa ke kan, maksud aku cuaca sejuk panas la…
letak dalam suhu bilik air, sejuk… in shaa Allah akan pekat balik.

2 – SMOOTH LOTION:: tak bewarna pekat, hitam atau kicap atau coklat… warna dia cam kuning2 cair gitu…. disimpan lama pon ia tetap kaler cair, tidak akan jadi hitam atau coklat

3- DAY CREAM

IMG-20130602-WA0006

::  yang KANAN is ORIGINAL. tekstur day cream tabita yang original adalah lebih halus, tidak begitu berminyak.. kecuali ko pakai banyak2 and sari suntuk harusla minyak muka tu yang keluar dan pekat. terdiri daripada tumbuh2an, sayur and i think a little bit of “kunyit”?

:: yang KIRI is FAKE. tekstur nya lebih berkilat dan kerana mineral oil yang tinggi, tapi bukan sebarang mineral oil, its chemical derived. bahan dia gua tarak tau… yang pastinya semua adalah bahan chemical terlarang.

4- NITE CREAM

IMG-20130602-WA0005

:: yang KANAN is ORIGINAL, warna tidak terlalu putih, sort of mutiara maybe? and tidak hitam. tekstur tidak berubah walau lama mana pon korang simpan. its still putih mutiara. neither dark nor black.

:: yang KIRI is FAKE. the colour look obvious is it?? TERLALU PUTIH! ini kerana merkuri yang tinggi dan dicampur tretinon. and some sort of barang terlarang la yang aku sendiri tak pasti la kan. tapi fake ni, kalau korang simpan lelama sikit, its will became darker and darker.. mula akan berubah ke warna cokolat dan akan terus jadi cokolat pekat…

so… yang mana pilihan anda? tepuk dada tanya selera….
people always asking me, why cream awak tak putih melepak macam saya tengok dalam gambar orang lain…. well dear, macam mana lagi cara saya nak beritahu “percaya saya, kerana saya pernah terkena, sangat banggang diri ini kalau dah terkena pastu masih nak pakai n jual yang fake lagi, seriously gua banggang kalau buat macam tu”
and macam mana cara saya nak kata “itu fake”, tak semudah itu sayang…. umpama menutup periuk nasi orang pulak.
anda pengguna? so perlu bijak menilai.

aku bukan main jual je, tapi aku pun pengguna… apakah motip aku menjual tapi tak guna??? tak tahu pape, so apa yang aku nak sembang dengan customer kalau dia tanya???so, harusla aku beli yang ori dan jual yang ori, sangat tak ada kerja aku nak beli ori utk diri aku and jual yang fake.
itu banggang kuasa duabelas namanya.

so, pengguna diluar sana. hati2 lah dalam menilai barang, kaji dan tanya pada diri… mahu terus beli yang fake tapi at the same price of the original one???kalau mahal sikit pon, it worth.. its ur face…
jangan hanya mencari yang murah dan akhirnya sesal pendapatan

oke… for order, kindly wassap me 018 3242373. TQ

notatangan:: moga terjawab soalan pada yang bertanya… mahapla dik, ahkak tatau nak tulis, kecuali adik tanya satu persatu. kehkehkeh