… ANOTHER TAGGING …

Tarikh: 22 Oktober 2015
Tempat : Opis Gua..

Kebosanan menyelimuti diri, kerja dah siap awal-awal pagi
maka marilah main permainan lama ini
tangging tangging, poking poking…

1. Anda rasa anda Hot?

~ memang tengah rasa hot n spicy ni.. ekon rosak.. panas berdentang… ditambah jerebu.
(cepatlah aku kurus kalau cenggini)

2. Upload gambar kesukaan/kesayangan anda..

3. Kenapa anda suka/sayang dengan gambar ini?

20131220_203022

berat gua 48.7 KILO uollssss!! Tak capai ideal BMI… oke bye. purrrrfffff!!!~~

Camera 360

  • gambar ni aku bukan nak tunjuk diri sendiri tapi nak tunjuk permandangan sekeliling
  • aku suka sebab first time aku dapat bilik khas sebagai seksisteri
  • aku suka sebab bilik aku besar nak matik, privacy
  • aku suka sebab keluar dari HQ
  • aku suka sebab aku rasa tenang gila dok sana, rasa bebas, rasa happy sangat sangat
  • aku rindu beg miu-miu aku
  • aku suka sebab bersatu dengan kawan kawan lama aku
  • dan sekarang aku benci…. benci sebab aku dipanggil balik ke HQ, kau dapat gambarkan tak kebencian aku duduk di HQ ni tahap apa?????? tak de perkataan yang dapat gambarkan!

4. Bila kali terakhir anda tak puasa?
~ tak ingat bila

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
~ She’ll be loved by maroon 5 tanggal 22 oktober 2015 jam 8.00am

6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
~ Bukak online banking sebab hari ni gaji. tapi dari tadi benda ni dok loading sampai aku rasa fed up

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
~ Nur… auchhh rasa nak bagi penampa. Nuri gonna be okay.

Aku lebih suka orang panggil aku Ieyza or Nuri, rasa lebih dekat and rapat. Tapi aku paling tak suka orang panggil nama penuh, tahu lah nama aku pendek. kalau gitu panggil la dengan binti sekali. Dah alang-alang kan. Dan aku tak suka kalau orang dengar panggilan Nuri tu tetiba rasa nak geli geleman what so ever, dah kau kenapa? sawan? nama aku kan, yang kau terasa tu kenapa? aku pon tak kata apa…wat lek wat peace je

… TAGING – POKING – FLIRTING …

1. Bekas kekasih saya adalah…
~ amboih awal-awal sudah panas soalannya. errrr…. tak perlu diungkit cerita lama… cerita masa lalu.. cerita kau dan aku… gituuu.

2. Saya sedang mendengar…
~ Incomplete by Backstreetboys, sesuatu sangat

3. Mungkin saya patut…
~ Kurangkan cara berbelanja yang bukan-bukan, makan berlambak-lambak supaya dapat simpan duit jadi jotawan

4. Saya suka…
~ Menghabiskan masa buat benda yang berfaedah sahaja cthnya bershopping, berblogging, tengok drama2 luar negara… mungkin tak ada faedah pada anda tapi berfaedah pada saya >.<

5. Sahabat-sahabat baik saya…
~ Biarlah rahsia, saya tidak mahu ada manusia yang kurang kasih sayang dan tiada perhatian merampas rerakan saya. LOSER!

6. Saya tak faham…
~ Kenapa sampai sekarang aircond masih belum dibetulkan? kenapa tombol boleh tercabut? kenapa bilik air asyik rosak dan kenapa saya masih berada disini… dijabatan ini.

7. Saya kehilangan..
~ Memori? tak memasal… kehilangan rasa CINTA? oke tak memasal jugak…. Saya kehilangan JIWA

8. Ramai yang berkata..
~ Saya ni garang… muka je lembut tp garang nak matik. huh! baru tahu ke? *flip shawl* 
well, don’t judge a book by its cover. Kalau orang buat saya marah harusla garang, gua belum gila lagi nak garang tak memasal. Gua manja sebenarnya. tapi bukan jenis manja menggeletis sampai orang lain pon nak bunuh diri je tengok. oh ya, satu lagi orang selalu kata saya sombong, well……. memang sombong pon, ada masalah?

9. Makna nama saya..
~ Saya tak pasti, yang saya tahu NuR (cahaya) Iza? (kesejahteraan) jadi? Cahaya Kesejahteraan barangkali. patutla sejahtera aman sentosa je hidup. jajajajaja.

10. Cinta itu adalah..
~ Berkorban apa saja demi melihat dia bahagia walau bersama atau tidak bersama kita. *angguk angguk*

11. Di sesuatu tempat, seseorang sedang..
~ Mengarahkan orang yang sama itu dan ini, memeningkan kepala orang begitu begini, time orang semua la, time dia? lepas tu cari salah orang. hurmmmm… kbye.

12. Saya akan cuba..
~ Menyimpan. Aduhai susah nya….. saya lebih suka menghabiskan dari menyimpan… lepas tu awal bulan meroyan :p

13. Ayat selamanya membawa maksud..
~ Allah S.W.T sahaja yang selamanya. tiada yang kekal dan semuanya dusta kecuali DIA.

14. Telefon bimbit saya..
~ Samsung Galaxy S4 yang saya beli dengan duit hasil titik peluh suka duka saya sendiri dan sekarang tengah pandang sinis je sebab selalu hank. nak aja saya buang semua mak nenek didalam ini. tapi nanti saya juga yang menyesal. banyak gambar2 lama yang masih belum berpindah… errr maksud saya dipindahkan

15. Bila saya terjaga dari tidur..
~ kalau hari bekerja tengok jam, mamai mamai dulu then terus gi mandi untuk siap-siap pegi keje. kalau hari biasa pon tengok jam, mamai mamai dulu then terus bangun mandi untuk siap-siap masuk dapur. :p

16. Saya paling meluat apabila..
~ tengok manusia yang gedik.. yang manja tapi gedik.. setakat manja itu normal, kalau gedik pon itu normal tapi kalau manja gedik tu nampak sangat kurang kasih sayang. sampai kan perihal dalam kain pon mahu dikebarkan untuk dapatkan perhatian. oh lupa… LOSER.

17. Pesta/Parti adalah..
~ makan makan bersama sahabat sahabat BFF dan bersembang tak ingat donia. oh kalau yang ada lagu-lagu membingitkan telinga, pakaian singkat menyakitkan mata tu tak payah la jemput saya. saya takut anda kecik hati jika saya blah begitu sahaja.

18. Haiwan paling comel yang saya pernah temui adalah..
~ muchkin cat and dwarf rabbit… tak pernah tengok depan depan, tengok gambar je itu pon dah kegeraman. kalau depan depan nanti mati pulak saya kerja kan. comel sangat!

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya..
semua. kerana saya seronok menjadi saya. tapi kalau boleh mahu saya mengulangi masa 3-4 tahun lalu, agar tiada sengketa bersama dia, dia dan dia. 

20. Hari ini..
~ masih berjerebu, masih kelabu… haishhh bilalah nak habis musim ini, tak sanggup menghirup bau bau. Dan… harini murah betul rezeki, semua orang blanja itu ini. Trimas!

21. Malam ini saya akan..
~ gosok baju, mandi, main games hidden object then tido awal sebab esok kerja. 

22. Esok pula saya akan..
bangun kemudian tengok jam, mamai mamai dulu then terus gi mandi untuk siap-siap pegi keje. 

23. Saya betul2 inginkan..
~ semua yang saya inginkan ada di depan mata saya sekarang tanpa sebarang halangan. wahh  mendalam tak maksudnya. ok tak, bye.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..
~ tak ada masa nak telek wajah kat cermin, saya buat kerja semua dengan kadar segera. tak de masa nak telek dan perasan cantik.

25. Pusat membeli belah atau arked permainan..
Pusat membeli belah, haruslaaaa….. saya boleh duduk dari pagi sampai malam di pusat membeli belah. saya cerewet jadi barang semua saya akan betul betul telek.

26. Makanan Barat atau Jepun..
~ Barat. Saya tak tertelan Sushi, jadi saya takut tak dapat telan makanan jepun, tapi saya minat makanan korea!

27. Bilik yang gelap atau terang..
Gelap. saya paling tak suka keadaan terang. samar samar saya boleh terima. sebab tu rabun!

28. Makanan segera adalah..
~ Saya kurang makan makanan segera. saya selalu makan kerepek kerepek sahaja. apakah itu juga dikategorikan makanan segera?

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang..
~ belum ada ayat terakhir. sebab saya selalu cakap dan cakap. buat masa ni baru lepas cakap JAS menipu. err bukan Jaslinda Jamal yer… :p

…WHAT’S IS IN YOUR BEG?? :: SEGMEN BERSAMA TANGAN PUNYA KERJA…

terajin pulak harini, memalam buta update blog. memula memang aku nak buat maklumbalas untuk entri dak ojinz ni (KLIK SINI) tapi pemalas yaa ampunnnn… dah la aku memang jenis suka nak menjawab entri dia kan. plus arini aku banyak kerja,

tapi tetiba rasa menarik tertarik kau memang gwyomi kat entri tangan punya kerja ni, sebab dia ada anjurkan segmen. kebetulan aku memang nak utarakan maklumbalas kan. so, alang alang apa kata ku join sajork segmen ini.

so mohla kita. segmen bersama tangan punya kerja. klik gambar untuk ke blog beliau dan boleh sertai segmen ini bersama =)

IMG_1608 - Copy

beg aku besar gedabak oke… tapi…. ia bukan milik aku….. kenapa? jeng jeng jeng….

ini beg gi jalan aku yang beso gedabak.

MIU MIU STRIPE BEG

DSC06461#belum sampai setahun pakai, baru beberapa bulan tapi macam dah lapan tahun pakai kan -_-
aku tak tahu camne aku lenjan sampai jadi buruk macam ni… dahla mahal nak meninggal harganya#

apa ada dalam beg aku… tak banyak… don wori….

ada:-

1. BEG MAKEUP (entri panjang klik sini)

DSC06051#ini untuk memudahkan aku kalau pergi solat. untuk tanggalkan makeup, walau aku pakai bedak je tapi aku tak bawak pencuci maka wet tisu dalam ni penting. and bila dah solat kot nak tepek bedak balik, dalam ni macam macam ada… leh baca entri khas untuk beliau. beliau?#

2. BEG DUIT GUCCI (entri panjang klik sini)

DSC06156#ini perkara wajib bawak…lau tak nanti aku kena hantar balik indon ke, myamar ke… payah lak#

4. KUNCI RUMAH
(tapi tertangkap sekali kunci opis, jadi abaikanlah kunci opis itu)

DSC06462#yang ni pon wajib, kalau tak camner aku nak kuar masuk???#

5. HANDPHONE

DSC06163*gambo recycle sajork, malas nk amek lain. maka abaikan duit itu*

#my kesayangan, walaupun cikai tapi ku sayang kamu =) #

itu aja yang ada dalam beg aku, simple kan? tapi bila dah jumpa inche. ia tidak sesimple mana lagi. sebab beg aku yang ringan bak kapas ni dah jadi berat nak matik! macam kendong 10 kilo beras tahu?

sebab apa?? sebab ini

551503_617950441566272_1925251474_n

 

dan ini….

Galaxy-10.1*terpaksa ambik gambar ni sebab inche amik gambar pakai tab beliau makanya camne dia nak amek gambar tab dia sendiri kan. redho jelah ye pokcik google*

semua adalah kepunyaan inche…. segala mak nenek dia tumpang letak, kekadang tu boleh jugak dia menumpang botol air mineral di dalam…. nasib dia tak letak kain baju sekali dalam tu kan….. siap pakej sweater dia yang maha tebal tu…. memang aku bawak beg akademi fantasia je lepas ni… fuhhhh!

p/s:: so inche ojin, beg 4 dimensi adalah berguna ya….. untuk kesenangan kaum adam -_-

…MISI MEMBONGKAR RAHSIA…

baca balik Kak D punya entri blog yang lama…. tiba tiba ternampak sesuatu yang terlalu rajin nak dibuat. gitu…….. daripada dok bergossip, mengumpat, memaki menghamun orang baiklah buat benda benda yang berfaedah sikit kan. 

A – Age: 28. Ye aku dah tua tapi wajah still jelita kan? kahkahkah!

B – Band Listening Right Now: One Direction ~ One Thing… boleh la… layankan aja..

C – Career: Penyimpan mohor mohor besar.

D – Drink or smoke: Both… muahaha… eh haruslah aku drink… nak mati tak minum, kalau tak makan tu tak pe ar lagi…

E – Easiest person to talk to: My Third Sistah and Mr HER~

F – Favourite song/s at the moment: Ku Akui~ Hafiz.

G – Gummy bears or Gummy worms: seyes aku tak paham pe yang kau nak.

J – Junk food you like: chipsmore… thihihi…. roller coaster kot.

L – Longest car ride ever: KL to Singapore, Singapore to KL… errrr tapi bukan aku yang drive pong, hahahaha~ tapi jauh ke?? macam tak je.

M – My favourite sport/s: Badminton yg pukul angin. Boling yg masuk longkang -..-  

N – Number of relationship you’ve had: errr relationship yg camne ko nak?

O – One wish you have: RICH

P – Phobias: Tangga and Darah.

F – Favourite Qoute: Dah ko kenapa? Jadah apa ntah… hewhewhew~

R – Reason to smile: Sbb hidup aku dikelilingi kebahagiaan, ada family yang bahagia, kawan2 yang baik dan Inche yang penyayang.

S – Song: Kerna Ku Sanggup~ Agnes Monica, Zombie~ Cranberries.

T – Time you woke up: 5.45am for subuh prayers. kalau hari bekerja terus la mandi2 bersiap pe semua, lau hari cuti… harus aku sambung tido balik… hargai hari cuti anda oke.

U – Unknown fact about you: i oso dunno….

V – Vegetables/fruits you hate: Kobis, sebab aku dah bosan mam kobis. kalau fruits is Ciku…aku tak makan… tak payah susah2 nak bagi kat aku.

X – Xray you had: Masa first time dapat kerja gomen, kena buat medical checkup.

Y – Yummy foods: Laksam…oh goshhh! shedap hoihh mengidam ni.

Z – Zodiac sign: I’m Libra Girl The Balance.

p/s:: thanks for calling me, asking my condition…paksa makan ubat jumpa doktor. takpe, t awak tak perlu risau ya ^_^ thanks

…QUESTION MARK…

Sleep with or without clothes?
Haruslah with clothes, aku sangat tidak reti nak tido tanpa baju….. errrr….. tak rela…

Prefer black or blue pens?
Black opkoz… kakitangan gomen kan? ohhoiii

Dress up on halloween?
Puteri gunung ledang. boleh?

Like to travel?
Opkoz ai do… nak nak lagi tempat bgambar yang chantek2… shopping dengan ribu riban…. macam tayah pk pape dah….

Like someone?
My inche lahhh…. bistu watpe kapel lau aku tk suka dia… iskkk!!

Do they know?
Merujuk kepada apakah they itu? mereka yang disukai atau orang sekeliling.. kalau disukai haruslah dia tahu……. orang sekeliling, some of them~

Who sleeps with you every night?
My Sistah

Think you’re attractive?
Sangat!

Want to get married?
Ada ke yang tak nak? nabi tak ngaku umat tau. sedang mentunggu inche masuk minang. hahahaha~

To?
Andy Lau Tak Wah. gitewww~ tapi dah jadi ayah orang pon dia tu. kosserr la.

Are you a good student?
Akulah student yang amat mematuhi peraturan sekolah rasanya. skema melampau.

Are you currently happy?
Tak happy tapi BAHAGIA…..BAHAGIA…..BAHAGIA….. *ikut lagu najwa latip and sleek*

Have you ever cheated? been cheated on??
Sape je yang tak pernah menipu kan? menipu untuk menyelamatkan keadaan. Ditipu? dah namanya semua orang pun pernah menipu, haruslah…. tapi macam baru je terjadi… DITIPU oleh SI PENIPU tapi terkantoi~ aisehhhh kesian.

Birthplace?
HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

Christmas or Halloween?
Both…. sebab akan ada citer best best kat tibi dan panggung. ngeh ngeh ngeh.

Coloured or black and white photo?
Coloured opkoz….

Do long distance relationships work?
Nope! i’ve been through all of this and strikely difficult… sekarang diri ini tidak menaruh sebarang kepercayaan dan harapan utk PJJ. no no no….

Do you believe in astrology?
Nope. nak membaca pon malas apa ntah lagi percaya. aku cuma suka bandingkan karakter saja.

Do you believe in love at first sight?
Nope. aku susah nak tengok terus jatuh chenta. kalau suka mgkn ya, tapi this love thingy…. i said no.

Do you consider yourself the life of the party?
Tak… aku ada ke tak ada ke party is party….. tak ada mende pon kan? bukan orang penting~ hewhewhew…

Do you drink?
Semua orang minom la….. nak mati ke haper? peberet neskopi ais, tapi semenjak MR HER membuat larangan keras untuk tidak menyentuhnya… aku dengan berat hati memandang neskopi ais itu perlahan lahan pergi dari ku…. uhuk uhuk uhuk!

Do you make fun of people?
Aku ni jenis penjaga hati orang kalau orang pon jaga hati aku… errr menjawab soalan tak? hahaha

Do you think dreams eventually come true?
Dreams yang mana ko nak tu? kalau mimpi tidur toksah la mengharap… tapi kalau angan angan…In Shaa Allah its will come true, tapi kenalah usaha kan. pe jadah kah engkau duduk tercongok dibawah rimbunan pohon mengharap semuanya jadi kenyataan?

Favourite Fictional Character?
Fictional yang macam mana tu? Charmed One masuk list tak??? i love forth of them…

Go to movies or rent?
Sejak kenal dengan inche, movies adalah keutamaan…. rent? aku tak minat kecuali beli sendiri.

Have you ever moved?
Move? apa move? moved on? eh lantaklah…. kedua dua pon aku pernah. berpindah randah mcm orang nomad tu dah selalu… berpindah cari kehidupan baru, bangkit dari kegagalan pon selalu. eh?

Have you ever stolen anthing?
Mr Her heart~ kuikuikui….

How’s the weather right now?
Sejuk gegel gegel, sebab aku dalam opis…. luar opis pong sejuk gegel gegel sebab hujang secara marathon.

Last time you cut your hair?
Early of this year, potong pendek terus pastu meroyan nak rambut panjang balik cepat sikit. padan muka!

Last person you talked to on the phone?
Eh, aku lupa lah dengan manusia mana aku cakap semalam… jap nak cek diari minda dan hati…. laaaa dah terdelete pulak nama orang tu dari kehidupan. amp00n… NEXTT!

Last time you showered?
Showered will not be last~ agaggagaga

Loud or soft music?
Errr… aku tak paham. yang aku tahu aku suka soft music tapi aku suka buka kuat2. hahahha ikut pangai mak~

McDonalds or Burger King?
Kentucky Fried Chicken.

Night or Day?
Both….

Numbers of pillow?
Three~ dua kepala satu peluk… maklumlah blom ada yang sedia nak jadi bantal peluk…

Piano or Guitar?
Piano.

Future Job?
Suri rumah tangga sepenuh masa. dok umah goyang kaki. duit masuk hari2. terbaik!

Current Job?
Suri rumah tangga separuh masa.

Current Love?
My Inche Biey~ Mr Her…..

Current Loging?
Huh???

Current dissappoiment?
Seseorang yang dah kenal aku tapi masih nak menyalahkan aku atas semua sebab…

Current annoyance?
Seseorang yang tak mau ngaku salah tapi asik mencari salah orang. apa kau ingat kau malaikat?

Last thing you ate?
Roti telur… Harap la tak menjadi makanan terakhir aku hoihhhh!

Last thing you bought?
Barang dapor untuk masak kepada diri sendiri 

Most recent thing you are looking forward to?
Baju…. baju…. baju……. hewhewhew~

What are you hearing right now?
Suara dua orang perempuan yang sedang berbincang untuk satu agenda jabatan. tapi sebenarnya ada tiga orang, kenapakah suara wanita ketiga itu tidak kedengaran? jengjengjeng.

Plans of the weekend?
Nothing, tunggu ketibaan mak ayah and kakak dari kampung kot. 

What did you do today?
Jadik macgyver jap pagi ni. cungkil tombol pintu sebab kunci tertinggal dalam rumah. gud job! masuk opis…keluar lunch…masuk opis then balik…. masak… makan… tido… menarik tak?

Pick a lyric, any lyric or song?
Matilah kauuu….. di dalam hatiku…

Pick a movie qoute?
aku tak pernah nak hapal hoihhh, kosser la. jadik satu kerja aku nak hapal kan?

p/s:: diambil dari blog kak D, tade keje aku kan. jadi sesuka hati aku pick soalan dari blog orang n jawab kat sini.. har har har